44: BENCANA

873 68 3
                                    

Berita kemangkatan Raja Earthland tersebar luas di seluruh negara. Banyak para bangsawan menghadiri upacara pengebumian Raja Earthland termasuklah 4 keluarga terbesar di Earthland.

Lucena memandang sayu tubuh tua yang terbaring kaku di dalam keranda kayu itu. Air matanya jatuh menitis di pipi. Walaupun dia tidaklah begitu dekat dengan Raja Edrian tetapi kasih sayangnya sebagai rakyat kepada raja terasa mengalir di tubuhnya saat ini.

" Pergilah, Lucena.... Di istana ini tidak selamat untuk kamu duduki... Tapi ingat Lucena, sekali kamu melangkah pergi dari sini, jangan pernah menjejakkan kaki di istana ini lagi... Kerana peluang tidak tercipta untuk kali yang kedua..."

Pesanan terakhir Raja Edrian kepada Lucena masih lagi segar di mindanya.

" Bersemadilah dengan tenang... Tuanku sudah cukup menderita..." Lucena senyum tipis lalu turun mendekati ayahnya.

Upacara pengebumian Raja Edrian berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah pada petang itu. Namun suasana damai itu diganggu dengan amukan Putera kedua, Evoke Frans Adam. Kata hinaan dan teriakan amarahnya dilemparkan pada Bakal Raja Earthland, Putera Edward Frans Adam. Malah, Evoke tanpa memikirkan akibat perbuatannya, dia melemparkan tuduhan kepada Edward dengan menyatakan bahawa Edward adalah pembunuh Raja Edrian begitu juga abang sulungnya yang lumpuh.

" Kau anak hina! Anak aib keluarga diraja! Berani kau tunjuk muka kau di makam ayahanda! Kau jijik! kau kotor! Kau pembunuh!"

Semua yang berada di situ hanya berbisik di antara satu sama lain apabila Evoke melemparkan kata-kata hinaan itu kepada Edward. Lucena menatap simpati ke arah Edward namun dia tidak mendekatinya dan hanya membiarkan Edward berhadapan dengan Evoke. Dia tidak lagi berdiri di hadapan Edward mempertahankannya seperti dahulu kerana dia yakin Edward mampu mengatasinya sendiri.

Mata hitam pekat Edward tajam menikam wajah Evoke. Dia hanya berdiri kaku tidak beralih sedikitpun dari posisinya. Wajahnya kosong tanpa reaksi.

Evoke merasa tercabar apabila melihat wajah tanpa perasaan Edward. Tanpa sepatah kata pun, dia pantas merampas pedang dari pengawal di sisinya lalu meluru laju ingin menikam Edward.

Gerakan Evoke pantas tanpa sempat di halang oleh pengawal. Edward hanya berdiri langsung tidak melarikan diri. Lucena tergamam kerana tidak menyangka Evoke akan menyerang Edward dan ingin meluru ke arah Edward namun di halang oleh Lance. Edward yang tahu keberadaan Lucena perlahan menoleh, menatap wajah Lucena dengan tenang.

Air mata Lucena jatuh apabila melihat wajah tenang Edward. Kepalanya digeleng keras dan berusaha melepaskan diri dari pelukan abangnya. Semua yang berada di situ terkejut dan lengah melihat situasi tegang di hadapan mereka. Segala yang berlaku terlalu pantas.

Lucena memejamkan matanya apabila melihat mata pedang Evoke hampir mengenai tubuh Edward. Mereka yang berada di situ menjerit keras. Lucena takut ingin membuka matanya. Dia takut ingin melihatnya. Lucena bernafas laju, jantungnya berdegup kencang, air matanya tidak berhenti mengalir keluar dari tubir matanya.

" Cepat! Tahan luka baginda!"

Suasana yang tadinya tegang menjadi riuh dengan suara teriakan para pengawal. Lucena perlahan membuka matanya. Mata merahnya segera menangkap cairan merah pekat di lantai. Saat itu dunia Lucena terasa gelap. Dia hampir tidak mampu bernafas.

" Letakkan tuan putera Evoke ke biliknya dan panggil pakar perubatan! Cepat!"

Lucena tergamam apabila mendengar sebaris nama itu. Dia segera mendongak ingin melihat apa yang terjadi. Lucena bungkam apabila memandang susuk tubuh Edward yang masih lagi teguh berdiri dan perlahan matanya beralih ke arah bertentangan dengan Edward. Evoke tidak sempat melukai tubuh Edward malah dirinya yang terluka akibat serangan anak panah di bahu kananya.

Jadi darah itu.....

Lucena kembali menatap wajah Edward dan tanpa dia sedarinya Edward sedang menatap ke arahnya dengan tatapan yang sukar untuk Lucena tafsirkan. Jantungnya seakan-akan terhenti apabila melihat satu senyuman terukir di bibir Edward.

Dia... masih lagi mampu tersenyum dalam keadaan begini?

~~~~

Lucena duduk termenung di biliknya. Senyuman dan pandangan yang dilemparkan Edward kepadanya langsung Lucena tidak tahu ertinya. Satu keluhan halus keluar dari bibir mungil itu entah untuk kali yang ke berapa.

Sejujurnya dalam lubuk hati Lucena, dia amat risaukan keadaan Edward. Lebih-lebih lagi apa yang telah terjadi petang tadi di tapak perkuburan. Lucena tahu apa yang berlaku kepada Raja Edrian dan punca kematiannya. Dia tahu Edward yang meracuni Raja Edrian selama ini dan Raja Edrian juga mengetahuinya tetapi baginda tetap menerima racun dari anaknya. Jika itu mampu menghapuskan dosanya terhadap Edward maka dia sanggup menelannya sehingga akhir hayatnya.

Lucena merasakan dia tiada hak untuk menghukum Edward atas kematian Raja Edrian kerana dia tahu apa yang dilalui Edward selama ini. Dia tahu apa yang dirasakan Edward selama ini. Luka dihati Edward terlalu dalam dan besar malah semakin parah.

Lucena menyangkakan bahawa dia telah menghentikan malapetaka Earthland. Tapi benarkah dia menghentikannya? Kematian Raja Edrian disifatkan sebagai sakit tua, Putera kedua dipenjarakan atas kesalahan melakukan tindakan kekerasan dan Putera ketiga dihantar ke negara yang jauh dari negara asalnya secara paksa. Putera sulung Frans Adam mangkat kerana penyakit lumpuhnya dan Permaisuri dikurung di istana dingin kerana kehilangan kewarasan akibat kehilangan suami dan anak-anaknya.

Lucena bingung dan buntu. Benarkah tindakannya mengangkat Edward menjadi Raja Earthland? Benarkah dia telah mengubah tragedi besar Earthland? Benarkah kini dia berjaya?

Lucena sendiri tidak pasti apa jawapan untuk soalan-soalan itu. Kerana apa yang terjadi di hadapannya seolah-olah bencana baharu yang lebih besar daripada masa silamnya dahulu dan punca bencana itu adalah kerana dirinya.




REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now