35: TERIMA KASIH

855 77 0
                                    

Lucena duduk termenung di meja kerjanya. Matanya lama menatap ke arah sebentuk cincin yang dihadiahkan oleh Edward kepadanya. Satu keluhan berat keluar dari bibir mungil itu entah ke berapa kalinya.

" Aku dah cakap.. Jangan pandang rendah orang yang kau gunakan.." 

" Saya tak gunakan dia.." balas Lucena segera membantah Eric.

" Macam mana sekarang? Menyerah?" 

" Mustahil saya akan menyerah.. Lagipun ini adalah tugasan terakhir saya sebelum pergi dari sini." Lucena menyandarkan tubuhnya di kerusi.

" Pertunangan..." Eric memutarkan kerusinya sambil berfikir tentang perkataan itu.

" Ceh menyusahkan..." Eric mengeluh dia kemudian memandang wajah Lucena yang kepenatan.

Lucena memejamkan matanya. Tiada apa yang perlu dirisaukan lagi kerana Raja Edrian telah meluluskan pemilihan calon Puteri Mahkota. Lagipun Edward tiada hak untuk membantah keputusan yang telah dipersetujui sendiri oleh Raja Edrian. Mahu atau tidak, setuju atau tidak, suka atau tidak, Edward tiada hak untuk menolak. Tapi entah kenapa Lucena berasa tidak senang. Mungkinkah kerana pendapat dan perasaan Edward dibelakangi atau kerana dia mempergunakan hidup Edward untuk kepentingannya? 

Lucena mengeluh lagi. Kata-kata Edward masih lagi terngiang-ngiang di telinganya. Impian yang dimaksudkan Edward begitu menyentap tangkai jantungnya. Adakah dia seorang yang jahat? Adakah dia kejam? atau adakah dia manusia yang tidak berhati perut? Kerana mengunakan hidup dan takdir orang lain untuk mengubah jalan cerita hidupnya. 

Mata merah rubynya kemudian menatap wajah Eric di hadapannya. Orang di hadapannya adalah seorang raja iblis, hidup bebas menguasai dunianya. Namun kini, Raja iblis itu terikat dengan manusia sepertinya. Menderita penyakit Renfield kerana dirinya.

" Kenapa pandang aku macam tu?" soal Eric pelik.

" Saya memang jahat. Mempergunakan orang untuk kepentingan saya malah saya juga membuat awak, Raja iblis, menderita kerana keserakahan saya. Saya memang.... seorang yang jahat..." 

Eric terdiam. Dia kemudian bangkit dari duduknya lalu mendekati Lucena. 

" Tapi kalau bukan sebab keserakahan kau.. mungkin aku takkan pernah bebas dari penjara itu... 500 tahun.. Aku terkurung dalam kegelapan... 500 tahun aku menyimpan harapan untuk bebas walaupun aku tahu itu adalah mustahil... Tapi kau.. Kau bebaskan aku.. Kau bebaskan aku dari neraka itu.. Kau tarik aku keluar dari kegelapan itu... Kau.. selamatkan aku, Lucena." Eric senyum tipis, tangannya naik menyentuh lembut pipi Lucena.

" Kau bukanlah seorang yang jahat... Kau adalah orang yang paling baik yang pernah aku jumpa, Lucena. Jika benar kau adalah seorang yang jahat, kau takkan berusaha untuk mengangkat Edward yang jelas dicemuh dan disisihkan oleh mereka yang di sini.. Kau takkan memperlakukan Edward dengan baik selama 2 tahun ini..." 

" Tapi... Setiap kebaikan yang saya berikan semuanya untuk tujuan-"

" Tapi kau tetap memikirkan perasaan Edward setiap kali ingin membuat keputusan... Kau akan mengambil berat tentang pendapat Edward setiap kali kau ingin melakukan sesuatu yang berkaitan dengan Edward. Malah, pada saat ini, kau masih memikirkan Edward.." Eric senyum. ibu jarinya mengusap perlahan pipi Lucena seolah-olah ingin menenangkan gadis dihadapannya kini.

Lucena tersenyum. Dia terbuai dengan kata-kata Eric sebentar tadi.

" Tidak ada yang salah untuk lebih mementingkan diri demi kebaikan diri sendiri... Takkan selamanya kau ingin terus menjadi seorang yang baik sedangkan dulu kau hampir mati kerana kekejaman dan kejahatan orang lain. Teruskan mementingkan diri.. Jangan biarkan diri kau terluka lagi seperti terakhir kalinya.." 

Dengan pantas, Lucena memeluk tubuh Eric lalu menangis di bahunya. Inilah pertama kalinya dia mendengar seseorang menyuruhnya untuk menjadi jahat demi diri sendiri. Selama ini dia diajar untuk terus bersabar dan tetap tenang menerima takdir hidupnya yang kejam. Dulu ketika dia bertindak untuk menegakkan keadilan dirinya, dia digelar pemberontak, dia dicaci sebagai perempuan lapar perhatian, dia dimaki kerana ketamakkan dan keserakahannya mengejar cinta Henry. Berbeza dengan Eric, lelaki ini menyokongnya, lelaki ini juga memberi dia kuasa untuk mengubah takdir hidupnya, malah lelaki ini juga menenangkannya ketika dia menyalahkan diri sendiri. Dia senang, dia gembira dan bahagia, kerana Eric di sini, kerana Eric disisinya.

" Terima kasih..." pelukan dieratkan.

" Terima kasih untuk segalanya, Eric." 

Eric senyum lalu membalas pelukan hangat Lucena. Sesungguhnya, dia yang harus mengucapkan kata-kata itu kepada Lucena. Kerana Lucenalah dia kembali di sini, kerana Lucenalah dia bebas dari neraka itu. Dan kerana Lucena juga dia belajar sesuatu yang paling berharga dalam hidupnya iaitu erti bahagia dan cinta.

Terima kasih Lucena... Terima kasih untuk segalanya...


REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now