51: AKHIR

842 72 2
                                    

Lucena dan Eric sama-sama melarikan diri dengan kuda dan dikejar oleh Edward bersama Henry dan pengawal istana yang telah menyedari kehilangannya. Lucena berusaha membawa Eric jauh dari istana itu kerana itu lebih penting saat ini jika ingin menyelamatkan Eric.

Edward segera mengeluarkan panahnya dan dengan teragak-agak memanah kaki kuda itu kerana dia takut ingin melukai Lucena namun dia tidak mempunyai pilihan dan akhirnya terpaksa melepaskan anak panah ke arah kaki kuda itu.

Akibat panahan Edward, Lucena dan Eric terjatuh ke tanah. Walaupun begitu, Lucena tetap berusaha memapah Eric untuk berlari sehinggalah mereka menuju ke lereng gunung Hollen.

Edward berjaya mengepung Lucena dan Eric. Dia dengan pantas turun dari kudanya dan menatap sinis wajah Lucena.

" Semuanya sudah berakhir, Lucena.."

Lucena menapak ke belakang melindungi Eric yang masih lagi lemah.

" Lucena.... Hentikan semua ini...." ujar Henry.

Lucena ketawa sinis bersama dengan lelehan air matanya.

" Kenapa kau tetap ada di saat aku terluka dan menderita, Henry.." ujar Lucena lemah sambil mengenggam kuat tangan Eric.

" Lucena... Mari kita hentikan semua ini... Kita selesaikannya di sini.." pujuk Lopez yang baru sahaja tiba bersama dengan anak-anak lelakinya.

Mereka mendapat berita dari askar bayangan yang menyatakan bahawa Lucena berjaya melarikan diri bersama Eric namun tertangkap oleh Edward di lereng gunung Hollen.

" Selesaikan? Apa yang ingin ayah selesaikan? bunuh Eric?"

" Lucena... Eric adalah bangsa iblis..." Learco menatap sayu wajah adiknya.

" Jadi? Kenapa dengan bangsa iblis? Kenapa dengan mereka? Tidak layakkah mereka hidup seperti manusia biasa?" balas Lucena.

" Itu adalah mustahil Lucena... Bangsa iblis adalah bangsa yang menyesatkan dan mempergunakan manusia untuk kepuasan dan kepentingan mereka-"

" Kau diam, Henry!" jerit Lucena lantang.

Eric menatap satu-persatu wajah di hadapannya yang jelas ingin memisahkan dia dan Lucena. Genggaman tangan kecil itu terasa erat memaut tangannya.

" Lucena..." bisik Eric perlahan.

Lucena segera berpaling menghadap Eric. Air matanya terus-menerus jatuh membasahi wajahnya.

" Eric..."

" Aku benci mengakuinya....Tapi... Aku.... cintakan kau, Lucena.." ujar Eric bersama tawa kecilnya.

" Lucena! Jangan terbuai dengan kata-kata cintanya... Dia adalah bangsa iblis... yang pada akhirnya hanya mempergunakan awak,Lucena." ujar Edward sambil memberi isyarat pada Herny untuk melepaskan anak panah jika diperlukan.

Henry bersiap sedia mengeluarkan pemanahnya untuk memanah.

Lucena masih lagi diam menatap mata hitam pekat Eric. Air matanya tidak berhenti keluar dari tubir mata membanhiri wajahnya.

" Dia tidak seharusnya wujud di dunia ini, Lucena... Kewujudannya membawa malapetaka." ujar Edward lagi menggasak jiwa celaru Lucena.

Esakan Lucena semakin jelas kedengaran, menyayat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya.

" Saya juga...cintakan awak, Eric..." bisik Lucena perlahan mengusap pipi Eric. Matanya menatap dalam mata hitam pekat milik Eric. Seolah-olah mereka sedang berbicara hanya dengan bertatapan mata.

Kaki Lucena dan Eric perlahan bergerak sehingga ke tepi jurang. Air mata Lucena semakin deras mengalir membasahi wajahnya tanpa henti.

Bibir Eric perlahan mengukir senyuman kecil. Tangan Eric naik menyapu air mata Lucena dengan ibu jarinya.

" Kita... seharusnya tidak wujud di dunia... ini..." ujar Lucena bersama dengan deraian air matanya dan esakan tangisannya lalu menolak tubuh Eric jatuh ke dalam lautan biru yang terbentang luas di bawah jurang Gunung Hollen.

Semua yang berada di situ terkejut melihat Lucena menolak Eric jatuh ke laut dalam. Mereka langsung tidak menjangkakan tindakan Lucena jauh sekali melihat Lucena dengan teganya menolak lelaki yang baru sahaja mengucapkan kata cinta kepadanya.

Henry perlahan menjatuhkan pemanahnya. Dia masih lagi terkedu dengan apa yang baru sahaja dia lihat. Edward senyum puas melihat Eric menghilang dari pandangan matanya. Malah dia merasa bangga melihat Lucena dengan sendirinya menolak lelaki itu jatuh ke dalam laut.

Lucena jatuh terduduk di tanah dengan esakan tangisannya. Tangannya naik memukul dadanya yang terasa sakit. Senyuman yang baru sahaja ditayangkan Eric kepadanya begitu menghancurkan hati kecil Lucena. Kata-kata cinta dan tatapan hangat itu menusuk jauh ke lubuk hati Lucena.

Lopez segera mendekati Lucena. Tubuh anak perempuannya itu dipeluk erat.

" Ayah... Kenapa... Kenapa harus Lucena yang menderita..." luah Lucena dengan esakan tangisannya.

Lopez tidak mampu meluahkan sepatah kata setelah melihat tindakan drastik yang diambil oleh anaknya, membunuh lelaki yang dicintai bukanlah satu keputusan yang mudah.

Lucena meraung kuat melepaskan segala yang terbuku di hatinya. Kesakitan yang dia rasai saat ini tidak sesakit saat dia merasakan kehilangan suatu masa dahulu. Melukai lelaki yang dicintainya bagaikan belati tajam yang menghiris hati kecilnya. Adakah ini akhirnya sebuah takdir yang ingin dia tulis?



REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now