29: PERSIAPAN

978 84 0
                                    

Lucena terlalu sibuk menguruskan majlis penobatan putera mahkota yang akan berlangsung pada malam ini selama 3 hari 3 malam. Raja Edrian mengarahkannya menyiapkan majlis ini dengan mewah dan meriah. Jadinya, dia dan pekerjanya terpaksa berkerah lebih tenaga untuk majlis ini.

Edward hanya melihat sahaja dari jauh kesibukkan Lucena. Sejak dia ditabalkan menjadi putera mahkota, hubungan dia dan lucena semakin renggang. Dia yang sibuk dengan tugasnya sebagai putera mahkota, Lucena yang sibuk dengan tugasnya menjadi setiausahanya membuatkan mereka langsung tidak mempunyai masa bersendiri. Dia dan Lucena banyak menghabiskan masa di pejabat masing-masing. Merenung kertas dokumen dan pena di atas meja.

Edward hanya diam memerhati Lucena yang terlalu sibuk menguruskan majlis pertabalannya malam ini. Dia tidak mahu menganggu Lucena bekerja. Dalam diam, dia perlahan melangkah meninggalkan Lucena yang leka dengan kerjanya.

Lucena senyum puas melihat hasil kerjanya. Malam ini akan menjadi sejarah bagi Earthland. Untuk pertama kalinya, Bakal Raja dilantik dari kalangan anak gundik. Dan semua ini adalah hasil usahanya bekerjasama dengan Raja Edrian mengangkat Edward menjadi putera mahkota. Haruskah dia berbangga? Eyy semestinya dia bangga dengan diri dia sendiri. Selama ini dia berusaha mati-matian menentang kuasa pembesar yang lain. Dicemuh, dimaki, dihina kerana mengangkat keturunan yang dianggap kotor itu menjadi Bakal Raja semuanya dia lalui sendiri. Dia juga berusaha untuk mengelak peberontakkan berlaku dan juga menentang takdir kematian keluarganya. Nampaknya semua yang dia lakukan pada masa ini benar-benar mengubah masa lalunya yang tragis.

" Suka?" soal Eric yang entah dari mana tiba-tiba sahaja muncul di sisi Lucena.

" Iya. Saya tak sangka hasil kerja saya akan membuahkan hasil yang lumayan sekali." Lucena senyum bangga sambil menyilangkan tangannya di dada.

" Ceh.."

" Eh sekejap.. awak datang jumpa saya ni tak ada orang nampakkah?" Lucena memerhati keadaan sekelilingnya.

" jangan risau.. hanya kau seorang saja yang boleh nampak.." ujar Eric bersahaja.

" jadi maknanya, kalau orang nampak saya bercakap sendirian.. mereka akan gelar saya gila?" Lucena memandang wajah bersahaja Eric.

" hmm.. Nampaknya macam tulah.. lagipun, kau memang gila.."

" YAAAA!" Lucena meninggikan suaranya menarik perhatian orang ramai.

Eric senyum sinis. Lucena semakin geram dengan sikap endah tak endah Eric. Dia berusaha mengekalkan imej elegannya lalu tersenyum senang menatap wajah-wajah yang jelas memasang riak hairan dan pelik.

" Sebab itulah orang kata jangan melampaui batas.." Eric senyum senget mengejek tingkah laku ceroboh Lucena.

Lucena hanya mampu menjeling tajam ke arah Eric lalu kembali menatap hiasan dewan utama itu. Lebih menenangkan hati daripada menatap wajah sinis Eric yang sering menyakitkan hatinya.

" Oh saya hampir lupa.. Malam ini awak akan jadi pasangan saya...Ayah saya tak dapat datang begitu juga dengan abang-abang saya... hanya saya seorang sahaja keluarga Rodriquez yang datang menghadiri majlis ini.. Oleh kerana saya seorang perempuan.. saya harus mempunyai pasangan.. Jadi.. pasangan yang sesuai adalah awak.." jelas Lucena tanpa memandang wajah Eric.

" Okay.... aku tak ada masalah pun.." jawab Eric sepatah.

" Kalau macam tu.. ikut saya.." Lucena kemudian melangkah meninggalkan dewan utama.

" Pergi mana?"

" Cari baju untuk awaklah... baju pasangan saya haruslah sesuai dengan gaun saya nanti..."

" Perlu ke?"

" Wajib."

Eric mengeluh mengikut langkah kaki Lucena. Inilah antara sebab kenapa dia rimas dan benci duduk di dunia manusia. Semuanya harus mengikut etika, mengikut protokol.

" Dunia manusia memang-"

" Rumit." potong Lucena bersahaja menyebabkan Eric tergelak kecil. Setiap kali dia merungut dan mengeluh Lucenalah yang selalu memotong bicaranya. Entah kenapa hatinya tercuit dengan tingkah laku Lucena.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora