33: BAKAL PUTERI MAHKOTA

999 76 6
                                    

Lucena duduk di antara para gadis yang datang atas undangan rasmi darinya. Gadis yang akan menjadi puteri mahkota suatu hari nanti, bakal permaisuri kerajaan Earthland.

" Hari ini saya ingin mengucapkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Cik Muda sekalian kerana sudi menghadiri pesta teh ini. Semestinya anda semua tahu apa yang ingin saya sampaikan nanti setelah pesta teh ini berlangsung. Untuk hari, kita hanya bersantai dan Cik Muda sekalian bolehlah menyiapkan diri untuk adenga pada hari yang akan datang. Sila nikmati pesta teh yang tidak seberapa ini." ucap Lucena dengan rendah diri di hadapan para gadis bangsawan.

Suasana hening. Masing-masing menikmati teh hangat dan hidangan manisan di atas meja itu. Lucena hanya diam tidak berbicara hanya memasang telinga mendengar celoteh gadis-gadis muda di sekitarnya.

" Tuan puteri juga turut serta dalam pemilihan ini?" soal Varyna iaitu anak kepada salah seorang pembesar.

Pertanyaan Varyna membuatkan para gadis terdiam. Semua mata memandang wajah tenang milik Lucena.

" Saya hanya bertanggungjawab untuk memilih Bakal Permaisuri Earthland atas permintaan Baginda Yang Maha Mulia." jawab Lucena terus-terang tanpa berselindung.

" Tapi.... Semua gadis-gadis di sini mengetahui bahawa hubungan tuan puteri dan-"

" Itu hanyalah khabar angin yang disebarkan oleh orang yang tidak berakal... Saya tidak menyangka yang Cik Muda Marget mempercayai khabar angin murahan itu." Lucena ketawa kecil memotong bicara Varyna Marget.

Para gadis di hadapan Lucena diam tidak terkutik. Varyna pula berasa gelisah apabila melihat Lucena begitu tenang menghadapi situasi tegang ini.

" Saya dan Tuan putera mahkota hanyalah sahabat baik... Ketika Yang Mulia berada dalam kesusahan, sayalah yang menemani Yang Mulia. Sejak itu hubungan kami menjadi rapat namun itu hanyalah sebatas hubungan sahabat tidak lebih dari itu. Jadi Cik Muda sekalian janganlah risau, saingan anda semua bukanlah saya tetapi dari kalangan anda semua sendiri. Buatlah yang terbaik untuk Earthland. Buatlah yang terbaik untuk Bakal Permaisuri Kerajaan Earthland." Lucena senyum tipis lalu bangkit dari duduknya.

" Silalah nikmati teh ini sementara masih lagi hangat. Berboraklah dengan tenang dan santai. Saya ingin meminta diri terlebih dahulu."

Semua para gadis muda itu turut bangkit apabila Lucena ingin beredar dari ruangan itu. Masing-masing menunduk hormat pada Lucena menghantar bayangan Lucena keluar dari ruangan itu dengan ekor mata.

~~~~

Edward tenang menunggu Lucena di depan pintu pejabat Lucena. Bibirnya tidak lekang dari senyuman sebaik sahaja dia mendengar sendiri dari bibir ayahnya bahawa Lucena akan mengetuai percalonan puteri mahkota.

Kaki Lucena berhenti melangkah apabila matanya dihidangkan sosok tubuh Edward yang bersandar di pintu pejabatnya. Lama matanya menatap wajah manis itu yang langsung tidak menyedari kehadirannya.

" Patik menyapa matahari kecil kerajaan Earthland."

Edward segera berpaling ke arah suara yang amat dia kenali.

" Lucena."

" Ada urusan apa, tuanku datang ke mari?" soal Lucena dengan nada formal.

Senyuman Edward sedikit pudar apabila menerima layanan dingin dari Lucena. Dia tidak menyukai Lucena yang ini. Dia ingin Lucena melayaninya seperti dahulu.

" Saya datang-"

" Tuanku. Patik kerap kali berpesan pada tuanku agar tidak berbicara santai kepada patik. Patik bukanlah seseorang yang layak menerima layanan sebegitu rupa daripada tuanku yang mulia putera mahkota." potong Lucena dengan segera.

REWRITE MY OWN DESTINY (COMPLETE✔️✔️)Where stories live. Discover now