BAB 31 ☀️

5.8K 378 21
                                    

Selepas pemeriksaan akhir, akhirnya Adra dibenarkan untuk pulang. Kedua-dua belah ibu bapa mereka juga cukup gembira. Kesihatan Adra juga semakin membaik.

"Mama percayakan Im untuk jaga Adra. Walaupun mama yang nak jaga Adra, tapi mama nak kamu berdua luangkan masa bersama" ucap Datin Qaseh sewaktu mengemas beg Adra.

"Terima kasih mama"

Adra hanya melihat Datin Qaseh yang sedang mengemas pakaiannya. Shahim pula keluar sebentar kerana mahu berjumpa dengan Umay.

"Mama. Adra nak tanya sesuatu boleh?" Soal Adra tiba-tiba.

"Nak tanya apa?"

"Waktu Adra tak sedarkan diri, ada sesuatu yang berlaku ke?"

Soalan Adra membuatkan tangan Datin Qaseh terhenti. Dia sedikit terkejut dengan soalan Adra.

"Kenapa Adra tanya macam tu? Takde apa-apa yang berlaku pun" jawab Datin Qaseh.

Dia tidak mahu Adra mengetahui tentang rancangan Mia yang mencabut alat pernafasannya. Dia tidak mahu Adra berfikir negatif.

"Adra perasan macam ada sesuatu yang berlaku. Im macam sorok sesuatu" duganya.

"Takde lah sayang. Im cuma risaukan kamu. Dia betul-betul cemas waktu kamu koma sekejap tu" ucap Datin Qaseh untuk menyakinkan.

Adra hanya diam. Dia masih belum percaya dengan kata-kata Datin Qaseh. Hatinya kuat mengatakan ada sesuatu yang berlaku sewaktu dirinya koma.

Pintu bilik yang dibuka mengalihkan pandangannya. Shahim yang berjalan masuk sambil tersenyum membuatkan Adra berasa lega.

"Dah bincang dengan Dr?" Soal Datin Qaseh.

"Dah mama. Umay dah terangkan semuanya dekat Im. Adra pun dah hampir pulih" balas Shahim dan memaut lembut bahu Adra.

"Alhamdulillah baguslah macam tu. Ni mama dah siap kemas beg Adra. Mama serahkan tugas jaga ni dekat kamu ya Im. Jangan buat Adra sedih" pesan Datin Qaseh dengan nada serius.

"Baik mama. Im akan jaga Adra sampai dia betul-betul pulih" balas Shahim dengan kesungguhan.

Adra hanya tergelak kecil apabila mendengarnya. Dia juga mahu melihat sendiri macam mana cara Shahim menjaganya nanti.

Datin Qaseh juga hanya tersenyum. Dia juga berharap supaya Shahim mampu menjaga Adra dengan baik. Dia tahu bagaimana kasihnya Shahim kepada Adra.

☀️

"Selamat pulang isteriku" ucap Shahim saat menolak kerusi roda yang diduduki oleh Adra masuk ke dalam rumah.

"Selamat pulang juga buat suamiku" balas Adra dan tergelak kecil.

"Hahaha. Pandai dia kenakan orang"

"Saya tahu, awak mesti tak balik kan dekat rumah ni"

"Tak sempat sayang, lepas saya tahu awak dekat hospital, saya terus gerak ke sana. Takde masa dah nak jenguk rumah ni. Lagi pun rumah ni takde seri kalau takde awak" ucap Shahim dan duduk melutut di hadapan Adra.

Tangan Adra digenggam erat. Adra hanya membiarkan sahaja perlakuan Shahim. Sejak dia bangun, semakin romantis pula Shahim padanya.

"Kenapa pula ni?" Soal Adra pelik.

Shahim hanya diam sahaja sewaktu memegang tangannya. Satu perasaan aneh terbit dalam hati Adra.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2On viuen les histories. Descobreix ara