BAB 15 ☀️

6.2K 392 37
                                    

Keriuhan di bawah menambahkan suasana di rumah Adra. Beberapa sepupunya sudah datang untuk bersama-sama dalam majlis pernikahannya esok.

Tambah pula majlis dilakukan di sebuah hotel. Mereka yang ada di rumahnya hanya sekadar mahu berjumpa dengan Dato' Hamdan dan Datin Qaseh.

Adra yang baru sahaja selesai memakai inai terus menuju ke dapur. Dia mahu membasahkan tekaknya dengan air sejuk.

Sedang dia meneguk air di gelas itu, muncul sepupunya dengan wajah yang sedikit tegang. Adra mula menarik mukanya juga. Dia sudah dapat meneka apa yang bakal keluar daripada mulut sepupunya itu.

"Tahniah. Kau dah nak kahwin" ucap Mia dan cuba memaniskan wajah.

"Thank you Mia" balas Adra dan meletakkan gelas ke sinki untuk dibasuh.

"Kau kahwin dengan siapa? Dengan Im ke?" Soal Mia tiba-tiba.

Adra yang sedang mencuci gelasnya lantas terhenti. Nampaknya peperangan dingin antara mereka berdua masih berjalan.

"Yes. Aku akan bernikah dengan dia. Kau ada masalah ke?"

"Takde. Cuma aku tak rasa si Im tu suka dekat kau" sindir Mia.

"Kenapa? Dia ada cakap yang dia sukakan kau ke?" Balas Adra semula.

Mia terdiam. Semua itu tidak pernah berlaku. Cuma dirinya sahaja yang ada hati kepada kekasih sepupunya itu sendiri.

"Diam maksudnya tak de kan? Dengar sini Mia. Kalau aku tahu kau cuba goda Im lagi macam dulu, aku tak teragak-agak nak bagi tahu Uncle Haziq. Aku tak ganggu life kau, jadi aku harap kau tak ganggu life aku. Knows your place" pesan Adra dengan nada serius.

"Kalau ditakdirkan Im untuk aku, kau dengan dia akan berpisah juga. Kita tengok je la nanti. Siapa yang akan dapat dia" balas Mia dengan berlagak.

"Who's care? Esok aku dengan dia akan bernikah. Dan kau hanya mampu gigit jari. Aku tak kan lepaskan hak aku pada betina macam kau. Kau ingat aku sejenis hati tisu? Ugut sikit terus kalah? No way" bisik Adra sewaktu berjalan menghampiri Mia.

"One more thing, Mia. Aku dengar Uncle Haziq dah carikan calon untuk kau. Duda kan? Terima je la. Dia memang sesuai untuk kau. Jangan sampai jadi penyondol dekat rumah tangga orang lain. Cerdik sikit" sindir Adra buat sekali lagi.

Selepas itu dia langsung beredar daripada dapur. Dia malas hendak bertekak dengan Mia.

Hubungan mereka dulu cukup rapat. Malah Adra menganggap Mia sebagai keluarganya sendiri kerana terlalu rapat. Tetapi semuanya berubah apabila Adra membawa Shahim berjumpa dengan Mia.

Sejak hari itu, Mia sering bertanya kepada Adra tentang Shahim. Segala tentang Shahim akan ditanya oleh Mia. Sehingga satu masa, Adra terdengar luahan cinta Mia kepada Shahim.

Mujurlah ketika itu, Shahim menolak dengan keras cinta Mia. Dan disebabkan itu, Adra benar-benar marah dengan sikap Mia yang tidak tahu malu itu.

Dan sehingga kini, hubungan mereka sentiasa dingin kerana Mia masih mencuba untuk merampas Shahim daripadanya.

☀️

"Apa perasaan abang sekarang?" Soal Rizqi sewaktu menemani abangnya Shahim ke shopping mall.

"Happy" jawab Shahim sepatah.

"Nampaklah muka happy tu. Sentiasa senyum. Sampai minah yang selisih dengan kita pun dah mula perasan" tegur Rizqi.

"Jelas sangat ke?" Shahim mula cuak. Risau ada yang salah faham.

"Kalau tak jelas, takde lah minah tadi tu asyik terteleng-teleng dekat abang" rungut Rizqi.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now