BAB 36 ☀️

4.6K 377 44
                                    

Pada malam itu, mereka semua berkumpul di rumah Aunty Su. Majlis nikah akan dilakukan selepas Isyak.

Adra memakai baju kurung biasa bercorak bunga bewarna light blue dan bunga kecil bewarna putih manakala Shahim memakai baju melayu bewarna yang sama.

Mereka berdua tidak duduk di bahagian yang sama kerana Puan Sri Khadijah meminta Adra untuk duduk di sebelahnya. Lagi pula tempat lelaki dan perempuan memang sudah diasingkan.

"Siapa perempuan tu? Cantik betul" puji seorang remaja perempuan yang duduk hampir dengan Adra.

"Itulah. Sampai overshadow pengantin" sambung kawannya pula.

Puan Sri Khadijah yang sempat mendengar ayat itu, lekas memegang tangan Adra. Dia tidak mahu Adra terasa dengan kata-kata mereka.

Adra yang melihat tangannya dipegang oleh Puan Sri Khadijah berasa senang hati. Suka dirinya apabila disokong oleh Puan Sri Khadijah.

Pengantin perempuan yang merupakan anak Aunty Su mula menoleh ke belakang. Dia mahu melihat siapa gadis yang diperkatakan itu. Saat melihat Adra, matanya bertembung sendiri dengan Adra. Dengan laju dia menjeling dan memandang ke hadapan semula.

Adra yang perasan mula berasa hati. Dia tidak sangka jelingan yang diberikan oleh pengantin perempuan. Dia sudah memakai baju kurung biasa ke situ. Tiada yang menarik pun tentang bajunya.

"Mama. Kalau Adra keluar tak pe ke?" Bisik Adra perlahan.

Dia sudah berasa tidak selesa di situ. Semua mata seperti memarahinya. Malah rengusan kecil daripada pengantin perempuan juga membuatkan dirinya terasa hati.

"Eh. Duduk je la sini. Mama kan ada dekat sini" halang Puan Sri Khadijah.

Dia juga sakit hati dengan pandang tetamu di situ. Tahulah menantunya itu cantik, tetapi tidak perlu memandang seperti itu.

"Tak pe ma. Adra duduk dekat luar je. Adra tak nak interframe gambar pengantin. Mama jangan risau ya" ucap Adra dan laju-laju berdiri.

Tanpa menunggu balasan daripada Puan Sri Khadijah, Adra sudah keluar daripada ruang tamu rumah Aunty Su itu.

Puan Sri Khadijah mengeluh perlahan. Dia berasa sedih apabila melihat Adra yang terpaksa mengalah sedangkan dia mahu Adra duduk bersamanya di situ.

Matanya lekas mencari Shahim. Dia tidak mahu membiarkan Adra seorang diri di luar. Bahaya.

Tetapi bayang Shahim juga tidak kelihatan di dalam rumah itu. Telefonnya lekas di bawa dan nombor Shahim dicari laju.

☀️

Adra berjalan ke arah meja yang kosong di luar. Walaupun masih ada mata yang memerhatinya, dia tidak mahu mengambil kisah. Asalkan dia tidak masuk ke dalam gambar pengantin.

Sewaktu Adra duduk di meja itu, matanya terpandang ke arah Shahim yang baru sahaja keluar daripada rumah. Dengan senang hati dia mahu memanggil Shahim tetapi semua itu terhenti.

Hatinya tiba-tiba berdebar apabila melihat Shahim yang berjalan ke arah seorang perempuan. Perempuan itu pula bertudung dan setia menanti Shahim untuk berjumpa.

Malah senyuman gadis itu juga membuatkan Adra sudah berfikir lain. Wajah Shahim yang dihiasi dengan senyuman tipis juga seolah mengoyakkan hati Adra.

Adakah itu Odah yang dikatakan oleh Aunty Su?

Duga Adra di dalam hati. Tidak dinafikan, Odah mempunyai raut muka yang sangat lawa. Sifat lemah lembutnya juga dapat dilihat dengan jelas.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now