BAB 37 ☀️

4.7K 355 25
                                    

Shahim berjalan terus ke arah Puan Sri Khadijah yang baru sahaja keluar daripada rumah. Dahinya berkerut apabila dia tidak nampak kelibat Adra bersama Puan Sri Khadijah.

"Mama. Adra mana?" Tegurnya laju.

"Haa. Mama call kamu banyak kali, kenapa kamu tak angkat?" Marah Puan Sri Khadijah.

Shahim terus melihat telefonnya dan rupanya telefonnya di setkan ke mod senyap.

"Kenapa mama call?"

"Sebelum majlis nikah tadi, Adra minta untuk keluar. Entah la tetamu dengan Si Cikin tu. Asyik jeling-jeling Adra. Jadi Adra tak nak rosakkan gambar nikah dia. Itu yang dia keluar. Mama ingat kamu dah ada dengan dia" jelas Puan Sri Khadijah.

"Sejak sebelum majlis mula?" Terkejut Shahim apabila mendengarnya.

Nampaknya sudah lama Adra keluar daripada rumah. Tetapi dia tidak pula terserempak dengan Adra. Hatinya mula risau.

"Ya la. Itu yang mama call kamu untuk duduk dengan Adra. Ni Adra dekat mana? Mama tak nampak dia lagi ni"

"Im pun takde terserempak dengan Adra dekat luar ma. Macam mana ni, Im risau" luah Shahim dan mencari di mana Adra berada.

"Haish. Kamu buat apa sampai tak jumpa dia. Takkan Adra nak duduk dekat tempat gelap" bebel Puan Sri Khadijah.

Belum sempat Shahim membalas, mereka berdua terpandang pada kereta Tan Sri Luqman yang baru tiba. Rizqi yang keluar daripada kereta segera berlari ke arah mereka berdua.

"Haaa. Yang ni pergi mana?" Marah Puan Sri Khadijah.

"Mama jangan fikir lain okay. Qi pergi hantar Kak Adra tadi" jelas Rizqi.

"Kenapa dengan Adra? Kenapa dia balik awal? Kenapa Qi tak bagi tahu Abang?" Desak Shahim.

"Kak Adra cakap dia penat sebab tu dia minta Qi untuk hantar dia balik. Lagi satu, Kak Adra tak nak Qi bagi tahu Abang. Ye la abang kan pergi jumpa dengan Kak Odah. So Kak Adra tak nak ganggu" jelas Rizqi dengan muka frust.

"Huh? Im pergi jumpa dengan Odah? Buat apa Im?" Terkejut Puan Sri Khadijah apabila mendengarnya.

"Mama jangan fikir lain. Odah ajak jumpa dengan Im sebab dia nak minta maaf. Itu je. Lagipun, bakal tunang dia ada sekali tadi" ucap Shahim apabila melihat raut wajah ketat di wajah mamanya.

"Haish. Mama rasa Adra dah salah faham ni. Baik kamu balik sekarang, mama tak nak dia susah hati fikir tentang kamu. Pergi balik" arah Puan Sri Khadijah dan menepuk kuat belakang Shahim.

"Baik ma. Kirim salam dekat Aunty Su dengan Uncle Su" ucap Shahim dan terus berlari ke keretanya.

Rizqi terlupa untuk memberitahu yang dia telah menceritakan peristiwa gelap itu kepada Adra. Tangannya lekas ditepuk ke dahi. Dia hanya berharap mereka berdua tidak bergaduh dengan teruk.

☀️

Shahim melangkah masuk ke dalam bilik mereka. Malah ruang tamu yang gelap di luar juga sudah menunjukkan tanda hati Adra bagaimana.

Shahim melepaskan nafas lega apabila melihat Adra yang berbaring di atas katil. Lampu bilik dibuka laju.

Kakinya terus di bawa ke arah Adra. Hati Shahim mula risau jika Adra berfikir buruk tentang dirinya dan Odah itu.

"Sayang?" Kejutnya perlahan.

Adra yang masih memejam mata membuatkan Shahim bertambah risau. Bahu Adra disentuh lembut dan digerakkan sedikit.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now