EPILOG ☀️

10.2K 449 81
                                    

Pukk!!

Pukulan yang agak kuat itu mengejutkan lena Shahim. Dia baru sahaja berniat untuk melelapkan mata. Dirinya juga baru tiba di rumah selepas 2 bulan berada di Kem.

Suara anak kecil yang sedang mengerang membuatkan mata Shahim terbuka. Bayang seseorang yang duduk di hadapannya dipandang lama. Matanya masih belum cerah.

"Bangun papa. Bangun!!" Jerit Lili berulang kali sambil melompat-lompat di atas perut Shahim.

Shahim terus mencelikkan wajahnya dan memeluk tubuh Lili. Senak di perut usah dikata. Memang sakit.

"Arghhh. Kenapa papa peluk Lili" rengek Lili minta dilepaskan.

"Siapa suruh pukul papa tadi. Sakit tahu tak" balas Shahim dan merenung mata coklat anaknya itu.

"Sebab papa degil tak nak bangun. Mama minta Lili kejutkan papa" jelas Lili dengan suara kecilnya itu.

"Oh. Jadi sebab papa tak bangun, Lili tepuk dada papa? Kalau macam tu, papa kena bagi denda la dekat Lili sebab dah buat Papa sakit" ulas Shahim dan mengeratkan lingkaran tangannya di pinggang anaknya itu.

"Tak nak. Tak nak. Lili tak salah. Mama!! Help" jerit Lili apabila Shahim mengucup lembut pipi Lili.

Lili ketawa kecil kerana berasa geli dengan kelakuan Shahim itu. Pintu bilik yang dibuka dari luar menghentikan mereka berdua. Masing-masing menoleh ke arah Adra yang berdiri dengan wajah ketat.

"Lili Izara. Mama cakap kejutkan papa kan? Bukan main dengan papa" tegur Adra dengan garang.

"Papa yang usik Lili, mama. Lili dah kejut papa tadi" jawab Lili dengan wajah sedih.

"Saya dah bangun ni sayang. Lili dah kejutkan saya tadi. Jangan la marah dia" ucap Shahim. Mempertahankan anaknya.

"Haish. Yela. Lili, ikut mama ke bawah. Kita sarapan" ajak Adra dengan nada lembut.

Lili terus terjun daripada katil dan berlari ke arah Adra.

"Dah tu saya? Tak nak ajak ke?" Soal Shahim dengan wajah terpinga-pinga.

"Selagi tak mandi, jangan makan" ucap Adra dan Lili serentak.

Adra juga terkejut dengan kata-kata Lili. Bagaimana si kecil itu tahu apa yang ingin diucapkan olehnya. Shahim sudah tergelak di atas katil.

"Amboi. Pandai ajuk mama ya" ucap Adra dan mahu menangkap Lili.

"Lari!!" Ucap Lili dan berlari keluar daripada bilik.

Shahim dan Adra hanya tergelak melihat sikap anak tunggal mereka itu. Banyak akal. Umur Lili baru sahaja 5 tahun. Tetapi semuanya sudah dicuba oleh si budak kecil itu.

"Im. Lepas mandi, terus bawah tau. Saya ada buat nasi lemak" pesan Adra sebelum keluar.

Shahim berbaring semula di atas katil. Cuba mengambil mood. Dia tidak sangka usia perkahwinan mereka sudah berginjak ke 7 tahun. Keseluruhan cinta mereka sudah masuk 22 tahun. Sebuah senyuman terbit di wajahnya.

☀️

Shahim dan Lili jalan bersama-sama ke dalam majlis tertutup yang diadakan di sebuah hotel terkemuka itu. Adra pula sudah bergerak terlebih awal kerana perlu melakukan sedikit kerja di syarikatnya.

"Yusuf!!" Panggil Shahim apabila ternampak keluarga Yusuf di sebuah meja.

Yusuf juga segera menyalami tangan Shahim. Majlis pada hari itu juga hanya untuk mereka yang bertugas sebagai badan uniform. Tetapi dihadkan sahaja kepada unit GGK.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now