BAB 24 ☀️

5.1K 427 31
                                    

Adra yang baru sahaja selesai menunaikan solat maghrib duduk sebentar di atas sejadah. Dia baru sahaja membacakan doakan buat Shahim dan yang lain.

Tiba-tiba hatinya berasa resah. Perasaan aneh itu membuatkan Adra berasa tidak tenang. Dadanya lantas disentuh lembut.

Sejak dua menjak ini, dadanya sering menerima sakit yang agak nyeri. Terasa seperti ditusuk sesuatu.

"Ya Allah. Kenapa hatiku berasa tidak tenang. Kau lindungilah dia. Aku hanya mampu meminta pertolongan daripadamu" luah Adra sambil memegang dadanya.

Tetapi rasa sakit di dadanya tidak kebah sekelip mata. Ianya berlarutan sehingga Adra terpaksa berbaring di atas sejadah. Diurut lembut dan dia cuba untuk mengawal perasaannya ketika itu.

Lama-kelamaan, matanya mula berat dan akhirnya dia terlelap di atas sejadah itu.

☀️

"Im?" Soal Adra saat melihat Shahim yang berdiri di hadapannya.

Shahim yang menoleh ke arahnya dan tersenyum membuatkan Adra mengalirkan air mata. Dengan laju dia berlari ke arah Shahim dan memeluknya erat.

Shahim juga membalas pelukan Adra seerat yang boleh.

"I miss you" luah Adra dengan nada esakan.

"Maafkan saya" balas Shahim dengan nada perlahan.

Adra melepaskan pelukan itu dan memandang ke arah mata Shahim. Dia dapat rasakan ada sesuatu yang aneh.

"Awak tak rindu dekat saya?" Soal Adra.

"Maafkan saya sebab mungkir janji" riak wajah sedih milik Shahim membuatkan Adra berdebar.

"Apa yang awak cakap ni Im? Awak dah ada dengan saya sekarang?" Air mata Adra mula mengalir lebat.

"Maafkan saya sebab tak dapat pulang pada awak lagi. Maafkan saya, sayang sebab mungkiri janji kita" luah Shahim.

Kali ini wajah itu kelihatan sedikit tenang tetapi masih terlihat muram.

Adra yang mendengar kata-kata Shahim berasa lain. Dia rasakan seperti itu semua bukanlah nyata.

"Apa yang awak mengarut ni Im. Jangan main-main. Saya ada dengan awak sekarang. See. Saya pegang tangan awak"

Adra memegang kemas tangan Shahim tanda yang Shahim ada dengannya. Tetapi Shahim meleraikan pegangan tangan itu dan hanya mengukir senyum.

"Maafkan saya.."

"Saya tak nak dengar kata maaf awak. Saya benci dengan kata maaf tu. Kenapa perlu minta maaf kalau awak ada dengan saya sekarang?!!" Jerit Adra sekuat hati. Dia mula berasa serabut.

"Sebab saya tak nyata dekat awak sekarang. Saya hanya datang nak jenguk isteri saya sahaja" balas Shahim dan menyentuh lembut pipi Adra.

Adra terkedu apabila melihat Shahim yang semakin menghilang. Senyuman Shahim yang kelihat sedih itu membuatkan air matanya mengalir laju.

"Im" panggilnya lembut.

"Doakan saya. Saya tak boleh berjanji lagi dengan awak. Maafkan saya. My rouhi" ucap Shahim dan hilang daripada mata Adra.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon