BAB 43 ☀️

4.8K 332 11
                                    

Dua hari berlalu selepas kepergian Shahim ke kemnya. Adra juga sudah mula bekerja selepas sebulan mengambil cuti.

Kaki diatur dengan berhati-hati sewaktu masuk ke dalam syarikat itu. Malah beberapa pekerja yang sudah mengenali Adra sempat menyapanya sewaktu berselisih.

Sewaktu menunggu lif, Adra ditegur oleh seorang lelaki. Senyuman terus muncul di bibirnya.

"Lama tak nampak kau dekat office" ucap Zayn.

Kali terakhir dia berjumpa dengan Adra adalah sewaktu kemalangan jalan raya hari tu. Itu pun sekejap.

"Baru habis cuti berkahwin. Biasalah" balas Adra dan melangkah masuk bersama-sama dengan Zayn ke dalam lif.

"Sebulan tu kau honeymoon. Aku nanti kena ambil cuti setahun la untuk honeymoon" selorohnya.

"Naik muak Khai nanti asyik pandang muka kau. Aku cuti sebab aku sakit haritu"

"Aku gurau je Adra. Aku tahu semua tu. So sekarang badan kau macam mana? Dah baik?" Tanyanya lagi.

"Alhamdulillah. So far baik"

"Alhamdulillah. Waktu aku dengar Khai cerita tu, terkejut aku. Kau yang aku tengok ni, tiba-tiba boleh sakit"

"Biasalah tu. Semuanya dah jadi kan" ucap Adra dengan senyuman kendur.

Pintu lif yang terbuka memisahkan mereka berdua. Zayn perlu naik ke tingkat 7 manakala Adra hanya di tingkat 6.

Adra terus berjalan ke arah bilik pejabat Kak Zura. Kak Zura memintanya untuk ke situ terlebih dahulu.

"Assalamualaikum Kak" ucap Adra sewaktu masuk ke dalam bilik itu.

Kak Zura yang sedang membelek dokumen terus meletakkan dokumen itu. Dia terus bangun dan bersalaman dengan Adra.

"Waalaikumussalam. Lamanya akak tak jumpa Adra" ucapnya dengan nada ceria.

"Maaf kak. Lama pula Adra cuti"

"Tak pe la. Adra sakit waktu tu. Akak faham. Duduk dulu Adra" jemputnya dan menarik kerusi.

Adra hanya tersenyum melihat layanan Kak Zura kepadanya. Masih tidak berubah.

"Adra betul ni dah sihat? Akak risau kerja nanti, Adra jadi penat" soal Kak Zura dengan nada meminta kepastian.

"InsyaAllah. Selagi Adra bernafas. Adra akan selesaikan tanggungjawab Adra" balas Adra dengan lembut.

"Baguslah kalau macam tu. Tapi kalau Adra rasa penat, bagi tahu akak ya. Kerja dalam bidang ni, tak mudah. Adra tahu kan"

"Adra faham kak. Kak Zura jangan risau"

Adra hanya tersenyum tipis. Dia juga mengharapkan supaya tubuhnya memberi kerjasama. Dia sukakan kerja itu.

"Okay. Kalau macam tu. Ini tugas baru Adra. Ada satu syarikat ni nak minta Adra jadi model dia orang untuk baju baru dia orang. Tapi akak tak pasti, sama ada Adra nak atau tak. Sebab syarikat ni berkaitan dengan baju abaya dengan tudung. Jadi dia orang minta Adra bertudung. Boleh ke?" Jelas Kak Zura.

Adra yang mendengar seolah berasa gembira. Itu juga adalah niatnya jika dia bekerja semula. Dia mahu meneroka dalam bidang hijab pula. Shahim juga memintanya berbuat sedemikian.

"Boleh sangat kak. Ini memang impian Adra. Adra nak cuba bidang ni pula" jawab Adra dengan bersungguh.

"Alhamdulillah. Lega akak dengar. Kalau macam tu, Adra boleh mula bersiap untuk hari ni. Kejap lagi, akak bawa Adra ke studio yang dia orang dah tempah" jelas Kak Zura.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now