BAB 48 ☀️

4.6K 358 39
                                    

Adra duduk termenung di atas katil. Dia cuba memikirkan siapa yang mempunyai dendam kepadanya. Setahunya tiada ketika itu.

Tetapi Tina sudah berpesan yang dia mungkin akan mempunyai peminat yang fanatik selepas video shootingnya itu tersebar.

Adra mengusap lembut perutnya yang masih nipis. Masih terlalu awal untuk membesar.

"Mama akan jaga baby dengan baik. Sampai papa balik" ucapnya dengan semangat.

Dia tidak mahu gangguan itu menganggu dirinya dan anak yang dikandung. Itu hadiah buat dirinya dan Shahim.

Ketukan di pintu mengejutkan Adra. Jam sudah menunjukkan pukul 2 pagi. Mustahil jika mama dan papanya tidak tidur.

"Siapa?" Soal Adra.

Diam.

Tiada siapa yang menyahut.

Adra mula berasa debar. Langkahnya dibawa dengan cukup perlahan. Lubang yang sememangnya ada di pintu diintai perlahan.

Dia sempat membaca bismillah sebelum mengintai. Hatinya lega apabila melihat Mek Nah berada di luar bilik.

Tombol pintu terus dibuka dan kelihatan Mek Nah memandangnya.

"Kenapa ni Mek Nah? Tak tidur lagi?" Soal Adra pelik.

Lampu di bahagian ruang bawah juga masih terpasang. Hatinya pula merasa takut.

"Dato' dengan Datin minta Adra turun bawah. Ada seseorang nak jumpa" ujar Mek Nah.

"Seseorang? Im dah balik ke?" Ucap Adra dengan nada ceria.

"Bukan. Orang lain. Mari la turun Adra" ajak Mek Nah.

"Kejap"

Adra kembali ke dalam biliknya dan menyarungkan cardigen. Tubuhnya juga mudah kalah dengan sejuk aircond di bahagian bawah.

Saat dia melangkah turun daripada tangga, mukanya terus berubah kepada tidak percaya. Wajah yang cukup dia rindukan sejak daripada hari dia berkahwin.

"Abang Ad" jerit Adra dan berlari ke arah Adrian.

Adrian yang melihat Adra berlari ke arahnya segera menyambut pelukan adiknya itu. Dato' Hamdan dan Datin Qaseh juga hanya tersenyum melihat anak mereka berdua.

"Jangan dihayun adik kamu tu, Ad. Dia mengandung" tegur Datin Qaseh apabila sedar dengan keadaan Adra.

"Huh? Pregnant? Siapa yang mengandungkan adik Ad ni mama?" Soal Adrian tidak percaya.

"Apa kamu ni. Waktu kamu berlepas ke Perth kan, Adra kahwin. Kamu lupa" Datin Qaseh menggelengkan kepalanya tanda geram.

"Aah la. Ad lupa. Patut nampak wajah adik berseri-seri" puji Adrian.

"Heheheh. Mestilah. Anak dia nak mama dia sentiasa cantik" balas Adra dan tersengih lebar.

"Mana suami Adik?" Soal Adrian dan menoleh ke belakang Adra.

Dia tidak nampak pula lelaki lain selain ayahnya. Adra juga turun seorang diri ke bawah.

"Dia ada operasi. Abang Ad lupa ke yang Im kerja sebagai GGK?" Adra mengerutkan dahinya. Abangnya itu banyak betul lupa.

"Oh. Abang Ad lupa yang suami Adik ni si Shahim tu. HAHAHAHA. Ingatkan tak jadi" usiknya.

"Banyak lah tak jadi. Dia dah jadi suami adik dah nak masuk setahun" bebel Adra tanda geram.

"Haa. Cukup. Kamu ni Ad, kenapa balik pagi buta ni? Kata flight pagi tadi" soal Dato' Hamdan.

"Oh. Flight delay papa. Lagi satu, sebelum ke sini, Ad pergi jumpa kawan jap. Kebetulan jumpa dekat airport" jelasnya.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now