BAB 35 ☀️

5.2K 345 9
                                    

Mereka semua sampai di Kampung Padang Malau pada jam 5 petang. Adra yang terlena sejak keluar dari bandar Selangor dikejutkan oleh Shahim.

Dia segera menenyeh matanya dan memandang sekeliling. Kawasan yang disekelilingi dengan padi sawah menjamu matanya.

"Kita dah sampai" ucap Shahim dan memandang ke arah Adra yang masih cuba menghilangkan rasa ngantuk.

"Cantiknya kampung Aunty Su" puji Adra.

"Yes. Kawasan ni memang milik Aunty Su. Tu rumah dia orang. Nanti kita menginap dekat homestay. Mama dengan papa je duduk dekat rumah Aunty Su" jelas Shahim.

Adra hanya mengangguk faham. Banglo yang dibina dengan konsep rumah kayu dipandang lama. Klasik dan berseni.

Terdapat juga beberapa buah khemah yang sudah dipacak di hadapan rumah itu. Dia fikirkan majlis itu di dewan.

"Jom sayang. Kita pergi jumpa Aunty Su dulu" ajak Shahim.

Adra lantas mengangguk dan turun daripada kereta. Angin yang agak kuat pada petang itu menampar lembut pipinya dan rambutnya. Dengan pantas Adra mengikat rambut panjangnya dengan gaya ekor kuda.

"Jom" muncul Shahim dan memegang tangan kirinya.

Adra hanya menurut sahaja langkah Shahim. Beberapa penduduk kampung yang memandang mereka berdua juga mula berbisik antara satu sama lain.

Mereka semua tertanya-tanya siapa pasangan suami isteri itu.

"Assalamualaikum" sapa Shahim apabila melangkah masuk ke dalam rumah.

"Haa. Tu dah sampai" ucap Puan Sri Khadijah.

Mereka telah sampai lebih awal daripada Shahim. Shahim bergerak agak lewat kerana perlu berjumpa dengan Naim atas urusan kerja.

Aunty Su yang memandang ke arah Adra hanya tersenyum. Itu pertama kali dia bersua muka dengan menantu kakaknya.

"Assalamualaikum Aunty Su" ucap Adra dan menyalam tangan Aunty Su.

"Waalaikumussalam. Lawa betul menantu Kak Long" puji Aunty Su.

"Biasalah. Tengok la rupa Im macam mana. Baru padan" balasnya dengan bangga.

"Kalau aku ada anak lelaki, aku pun nak menantu secantik ni. Dah macam anak mat salleh" puji Aunty Su lagi.

Adra hanya tersenyum malu. Segan pula dirinya apabila dipuji seperti itu.

"Aip Aunty. Jangan ya. Ni milik Im je" ucap Shahim dan memegang tangan Adra.

Bertambah malu Adra dibuatnya apabila Shahim berkata seperti itu. Tambah pula semua mata tertuju ke arahnya.

"Dia orang bercinta dah lama Su, cuma tahun ni baru langsung akad" celah Tan Sri Luqman selepas berdiam sejak sampai. Penat.

"Ouh. Patutlah sayang sangat Im dekat isteri Im ni. Si Odah pun kamu reject" ucap Aunty Su sekadar mengingat kisah lama.

Shahim yang mendengar nama tersebut lantas terdiam. Tan Sri Luqman juga menggelengkan kepalanya. Masih diungkit kisah lama.

"Haish kau ni. Kisah lama buat apa nak diungkit" tegur Puan Sri Khadijah.

"Benda pun dah lepas. Takde apa eh kalau disebut" balas Aunty Su.

Puan Sri Khadijah hanya mengeluh. Geram dengan mulut adiknya yang mudah lepas. Dia tidak fikir ke tentang Adra di situ.

Adra yang perasan dengan kelainan suasana di situ dapat mengagak sesuatu. Pasti ada kaitan antara Shahim dan Odah itu. Dia hanya mahu menunggu Shahim membuka cerita sahaja.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Donde viven las historias. Descúbrelo ahora