BAB 7 ☀️

5.9K 405 21
                                    

Adra membawa bagasi miliknya untuk turun ke bawah. Datin Qaseh dan Dato' Hamdan sudah menunggu di bawah. Berat hati masing-masing untuk melepaskan Adra pergi.

"Semua dah cukup?" Soal Datin Qaseh.

"Dah mama. Harapnya takdelah benda tercicir" balas Adra dan menilik beg kecilnya buat kali terakhir.

"Adra dekat sana. Jaga diri baik-baik. Jangan jalan sorang-sorang. Kalau nak keluar, biar berteman" pesan Dato' Hamdan.

"Baik Papa. Papa dengan Mama jangan risau. Adra akan jaga diri baik-baik dekat sana" jelas Adra.

Bunyi kereta yang tiba di luar rumah menarik perhatian mereka bertiga. Adra sempat mengintai terlebih dahulu kereta tersebut dengan nombor platnya.

Sama seperti yang dikatakan oleh Zura pada hari semalam. Kereta itu akan membawanya terus ke KLIA.

"Dia orang dah sampai tu. Adra letak beg kejap dulu ya" pinta Adra dan berjalan keluar.

Dato' Hamdan dan Datin Qaseh hanya memerhati dari jauh. Terdapat seorang lelaki yang membantu Adra meletakkan bagasinya di bonet kereta.

"Abang yakin nak benarkan Adra ke sana?" Tiba-tiba Datin Qaseh bersuara.

"Nak buat macam mana. Itu pilihannya. Kita kena doakan yang terbaik sahaja untuk dia"

"Tapi hati saya rasa tak sedap la, bang" luah Datin Qaseh.

"Tak sedap hati kenapa pula awak ni" Dato' Hamdan mula resah.

"Entah la. Naluri saya cakap jangan benarkan Adra pergi"

Belum sempat Dato' Hamdan membalas, muncul Adra yang mahu bersalaman dengan mereka berdua.

"Mama. Papa. Adra dah kena gerak ni. Nanti risau jammed pula" ucap Adra.

"Adra jaga diri dekat sana tau. Kalau ada apa-apa masalah, call papa terus. Papa pergi ambil Adra dekat sana" balas Dato' Hamdan bersungguh.

Selepas mendengar rasa hati isterinya itu, dia pula mula paranoid. Hatinya juga terus berdebar.

"Baik Papa. Dah sampai sana, Adra call mama dengan papa"

Adra langsung mencium pipi Dato' Hamdan dan Datin Qaseh. Kedua-dua mereka menunjukkan wajah yang muram sahaja. Pertama kali mahu membenarkan anak mereka ke sana seorang diri.

Selalunya jika Adra ke luar negara pasti, Adrian menemani sekali. Abang sulung Adra yang sememangnya kaki jalan akan selalu menemani adiknya itu.

"Assalamualaikum mama. Papa" ucap Adra dan melangkah masuk ke dalam kereta.

"Waalaikumussalam" jawab mereka serentak.

Dato' Hamdan lantas memaut lembut bahu isterinya. Dia perasan wajah Datin Qaseh yang sudah muram itu.

☀️

Di dalam kereta, Adra menilik telefonnya. Hatinya tiba-tiba terasa lain apabila tiada lagi panggilan dan mesej daripada Shahim.

Gambar yang dipost oleh Yusuf di status whatsapp membuatkan Adra tersenyum sesaat. Hatinya dihambat dengan rasa cemburu apabila melihat isteri Yusuf yang tersenyum bahagia itu.

Dia juga mengenali Yusuf dengan dekat. Dia, Shahim dan Yusuf merupakan rakan rapat sejak daripada sekolah menengah. Cuma dirinya sahaja yang masih belum berani untuk bertemu dengan Umay.

Dia cemburu dengan apa yang dimiliki oleh Umay. Semuanya berjalan dengan lancar. Yusuf juga tidak pernah memungkiri janji dalam mempertahankan rumah tangganya.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now