BAB 51 ☀️

4.9K 378 64
                                    

Sebulan berlalu daripada kes tersebut. Tetapi ugutan demi ugutan tetap ada. Hanya Adra sahaja yang malas melayan semua itu.

Surat ugutan yang muncul di dalam peti posnya di pandang lama. Malah Adrian di sisinya juga sedang berdiam lama.

"Abang Ad rasa betul dah dia. Cuma dia upah orang lain dekat sini" ucap Adrian setelah lama berfikir.

Sandra yang mendengar kata-kata Adrian hanya tersentak. Dia juga berfikiran benda yang sama seperti Adrian.

"Dia masih tak puas hati dengan Adik?" Luah Adra sedikit kecewa.

"Nampaknya macam tu. Sejak Adik kahwin dengan Im, dia dah tunjuk perangai sebenar"

Adra mengeluh perlahan. Dia tidak sangka orang yang dulunya rapat dengannya masih menyimpan dendam.

"Jadi sekarang, pihak polis dah cuba untuk tangkap orang suruhan dia?" Soal Sandra.

"Pihak polis masih sedang mencari. Saya tak tahu kenapa susah sangat dia orang nak jejak dia. Benda dah sebulan kot. Takkan tak jumpa lagi" bengang Adrian dibuatnya.

Adra hanya mengunci mulut. Dia juga pelik kerana mereka susah untuk menemui si penghantar surat itu. Jika diperiksa di cctv, hanya kelihatan seseorang yang memakai baju hujan berwarna hitam beserta dengan topi hitam. Malah wajahnya juga ditutupi dengan pelitup muka.

"Saya syak, orang ni juga daripada orang terdekat dengan Adra. Mungkin daripada syarikat tu sendiri" tebak Sandra.

"Tapi siapa?" Balas Adrian dengan rengusan kecil.

"Tak apalah. Biarlah apa yang dia nak buat. Selagi Adik mampu bertahan, adik akan bertahan" celah Adra.

Adrian yang mendengar kata-kata Adra berasa sedikit risau. Dia tahu adiknya itu sudah penat. Pelbagai cara dilakukan oleh stalker itu hanya untuk Adra sakit.

"Sekarang ni kandungan adik macam mana?" Soal Adrian.

"Alhamdulillah, semuanya baik. Dr cuma minta adik berhati-hati je" ucap Adra dengan sebuah senyuman.

Dia baru sahaja pulang daripada hospital sebentar tadi. Usia kandungannya juga sudah masuk ke 3 bulan. Dan 3 bulan juga dia tidak menerima berita daripada Shahim.

"Okay la kalau macam tu. Abang Ad tak nak Adik kerja kuat sangat. Dari dua minggu lepas, adik tak rehat kan?"

"Takpe Abang Ad. Tubuh Adik masih okay"

Adra tidak mahu Adrian menyekatnya untuk ke tempat kerja. Jika dia berada di rumah, dirinya hanya akan bersedih kerana teringat kepada Shahim. Dia cuba untuk sibukkan dirinya sehabis mungkin.

"Haish. Degil sungguh. Kalau duduk rumah, takdelah stalker tu datang serang" ucap Adrian.

Dia tidak sedar dengan kata-katanya kerana berasa geram dengan stalker adiknya itu. Sandra yang mendengar marah Adrian juga terkejut. Tidak pernah Adrian menyebut seperti itu.

"Kalau Abang Ad penat nak jaga adik. Abang Ad boleh berhenti. Abang Ad fokus je dekat kerja. Tak payah hiraukan tentang adik. Adik dah besar. Boleh jaga diri sendiri. Maaf kalau adik susahkan Abang Ad" balas Adra dengan air mata yang ditahan.

Belum mendengar balasan daripada Adrian, Adra sudah menapak naik ke biliknya. Hatinya sedikit terguris dengan kata-kata Adrian. Bukan niatnya untuk membuat semua orang risau akannya. Tidak pernah diminta semua itu berlaku.

Adrian terkedu apabila mendengar respon Adra. Dia sedar salahnya kerana terlepas cakap. Cuma dirinya sahaja yang risaukan tentang keselamatan adiknya itu.

"Haish. Awak tahu tak kenapa dia nak bekerja? Sebab. Bila dia dekat rumah, dia akan rasa sunyi dan rindukan suami dia. Awak kan abang dia. Takkan awak tak tahu adik awak macam mana. Dia tengah cuba untuk kuat sekarang. Tapi awak marahkan dia sebab pergi kerja. Awak ingat dia nak ke kena semua ni. Fikirkan baik-baik Cik Adrian" tegur Sandra dan berlalu pergi.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu