BAB 1 ☀️

10.1K 449 43
                                    

Kem Iskandar, Mersing, Johor

Seperti biasa bagi mana-mana kem tentera, pasti bunyi suara tentera akan bergema kuat. Begitu juga di tempat mereka.

Shahim yang berdiri tegak sewaktu mengetui latihan kawad itu dengan cekap memberi arahan. Setiap arahan yang dilontarkan juga menggunakan suara yang cukup lantang.

Selesai latihan, semua kembali ke dorm masing-masing untuk menunaikan solat Zuhur dan menjamah makan tengah hari.

Shahim menanggalkan topinya dan duduk di sebuah bangku kosong itu. Yusuf yang kebetulan lalu di situ lantas duduk di sebelah Shahim.

"Settle dah semua?" Soal Yusuf.

Dia baru kembali daripada bilik Kapten Wadi.

"Dah. Lepas Zuhur mula semula. Tapi Naim take over" jelas Shahim dan meneguk air mineral itu.

"Baguslah kalau macam tu. Kau ni macam ada masalah je. Kenapa?" Tegur Yusuf.

Sejak dari awal, dia sudah perasan dengan kelainan di wajah Shahim itu. Terlihat seperti resah.

"Aku okay je"

"Okay kau cakap? Raut wajah kau pun aku dah tahu yang kau ada masalah. Kau ingat kita kawan dua hari ke?" Sindir Yusuf.

"Haish. Susah betul aku nak sembunyikan daripada kau"

"Haa, kenapa kau ni?" Soal Yusuf semula.

"Aku gaduh dengan Adra lagi" luah Shahim dan menunduk ke bawah.

Yusuf yang mendengar juga hanya mengeluh. Sejak dari dulu, hubungan Shahim dan Adra sentiasa tidak baik.

"Tentang?"

"Sebenarnya, aku ajak dia tunang sebelum aku join misi ke Indonesia dulu. Tapi sebabkan situasi dekat Indonesia tiba-tiba jadi gawat, aku batalkan pertunangan kita orang. Aku takut nyawa aku melayang dekat sana" jelas Shahim dengan nada lemah.

"Kejap. Kenapa kau tak bagi tahu aku yang kau nak tunang?"

"Sekadar plan dan janji je. Tapi aku dah musnahkan janji tu. So Adra betul-betul marahkan aku"

"Kau tak bagi tahu dia ke yang kau ada misi dekat sana?"

Yusuf mula terkejut dengan situasi itu. Dia masih ingat reaksi Shahim yang berkobar-kobar untuk ke Indonesia. Malah Shahim juga pernah menyatakan rasa tidak sedap hatinya sewaktu mereka ke sana.

Tetapi dia tidak pernah menyangka, hal itu juga berkait dengan hubungan Shahim dengan Adra sendiri.

"Tak sempat. Waktu tu, telefon Adra rosak. Jadi aku tak sempat nak pergi jumpa dia depan-depan. Sebab tu dia cakap, dia harap aku mati je kalau aku ada operasi"

"Masalah besar ni. Kau dah minta maaf dekat dia?"

Gelengan Shahim membuatkan Yusuf terdiam. Berat masalah sahabatnya itu.

"Better kau pergi jumpa dia sebelum hati dia tawar. Kau orang dah bercinta selama 15 tahun wei. Takkan nak putus macam tu je"

"Aku tengah cuba untuk jumpa dia, tapi tugas kita dekat sini tak menentu. Jadi aku tak boleh nak janji apa-apa dengan dia"

Yusuf mengangguk faham. Selepas misi ke Indonesia selesai, tugas mereka berjalan seperti biasa di kem itu. Susah untuk mereka memohon cuti tanpa sebab munasabah.

"Aku rasa hujung bulan ni, kita dapat cuti. Kau pergi pujuk Adra terus"

"Betul ke ni Yusuf?"

"Aah. Aku baru dapat info daripada Kapten Wadi tadi. Lepas cuti ni, kita kena join operasi semula" jelas Yusuf.

"Baik-baik. Aku akan cuba pujuk dia semula"

Dia benar-benar berharap supaya Adra tidak memarahinya dengan teruk. Hatinya benar-benar untuk Adra seorang. Mereka berdua juga sering bergaduh sejak dia dinaikkan pangkat ke Leftenan Muda.

☀️

"Adra"

Suara perempuan yang menegurnya dari belakang mengalihkan pandangan Adra. Sebuah senyuman diberikan ikhlas kepada sahabatnya itu.

"Dah lama ke sampai?" Soal Khai dan duduk di hadapan Adra.

"Baru je. Kau baru habis kerja ke?"

"Aah. Alang-alang kau ajak dinner sekali kan. Aku terus la ke sini"

"Terima kasih" jawab Adra dengan nada kendur.

"Kali ni, masalah apa pula babe?" Dia sudah lali dengan hal itu.

Adra tidak akan mengajaknya keluar semata-mata untuk berbual kosong. Pasti ada sesuatu yang berlaku.

"Pasal Im" ucap Adra dan mengacau air kopinya.

"Im buat hal ke? Setahu aku, mamat tu jenis setia. Perempuan pun tak pandang" fikirnya sejenak.

"Aku rasa nak putus dengan Im"

Khai yang baru menghirup air tehnya tersedak. Dia seperti tidak percaya dengan kata-kata Adra.

"Putus? Breakup? Kau biar betul Adra"

"Aku dah fikir masak-masak. Aku rasa hubungan aku dengan dia tak dapat kita orang teruskan"

"Kenapa? Beri aku sebab, kenapa kau cakap hubungan kau orang tak boleh pergi jauh?"

Adra terdiam buat seketika. Lama dia berfikir tentang semua itu.

"Dia selalu bermain dengan janji. Sekejap janji yang itu, sekejap yang ini. Sampai aku rasa diri aku ni tak penting buat dia. Aku faham kerja dia macam mana. Tapi hati aku? Dia pernah fikir tak. Aku sanggup tunggu dia selama 15 tahun, alik-alik perkataan 'nanti' yang meniti dekat bibir dia" luah Adra dengan nada getar. Cuba menahan sebak.

"Haish. Aku faham semua tu. Mungkin kau orang kena communicate dengan lebih mendalam. Berbincang baik-baik"

"Aku bukan apa, Khai. 3 bulan lepas, dia cakap nak hantar rombongan untuk bertunang. Tiba-tiba dia batalkan. Aku tak tahu sebab apa. Tapi lama lepas tu, baru aku tahu yang dia terlibat dengan operasi dekat Indonesia. Aku malu sangat dengan mak ayah aku. Dia orang asyik ternanti bila Im nak hantar rombongan untuk aku" jelas Adra.

Khai terpempan. Dia tidak sangka Shahim akan berjanji sejauh itu. Tidakkah Shahim sedar dengan risiko pekerjaannya yang tidak menentu. Dia faham dengan perasaan kecewa milik Adra.

"Lepas misi tu, dia ada contact kau tak?"

"Ada. Tapi macam biasa, hanya kata maaf yang lahir daripada bibir dia. Kau faham tak, aku penat. Umur aku dah 32 tahun, tapi masih tak kahwin. Mak ayah aku pun dah mula bertanya. Aku malu, Khai"

Tangan Adra dipegang lembut oleh Adra. Dia tahu betapa besarnya tekanan yang diterima oleh Adra.

Malah dia juga tahu, hubungan antara Shahim dan Adra yang sudah berjalan selama 15 tahun sejak di bangku sekolah. Pasti Adra mahukan penghujung yang indah.

Malah umur Adra yang sudah melepasi angka 30 itu juga akan memberi satu tamparan buat dia. Ibu bapa Adra juga pasti inginkan menantu dan cucu kelak.

"Aku tak mampu nak tolong lebih-lebih sebab aku takut akan bagi kesan dekat hubungan kau orang. Tapi apa yang aku boleh pesan, cuba berbincang dulu. Sayang kalau putuskan hubungan macam ni je" pesan Khai.

Adra hanya mengunci mulutnya sahaja. Dirinya benar-benar buntu ketika itu. Lama kelamaan, hatinya juga mula terasa tawar.

Dia seolah tidak mengenali lagi siapa Shahim buatnya. Di mana lelaki yang dulunya berpegang pada janji.


SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Место, где живут истории. Откройте их для себя