BAB 6 ☀️

5.9K 386 19
                                    

Adra mengemas baju-baju yang hendak di bawa ke Korea. Mereka akan berangkat pada hari esok. Matanya yang sembab dibiarkan sahaja.

Sudah seharian dia menangis selepas berjumpa dengan Shahim. Perpisahan dan pergaduhan mereka kali ini benar-benar memberi kesan yang mendalam kepada Adra.

Malah panggilan daripada Shahim juga sudah tiada. Tidak seperti sebelum-sebelumnya.

Telefon yang berbunyi secara tiba-tiba menyentak tubuh Adra. Adra segera bangun dan menjawab panggilan tersebut.

"Ya Kak Zura" ucapnya selepas menjawab salam.

"Adra dah bersiap ke semua barang?"

"Tengah berkemas lagi ni, Kak. Kenapa?"

"Kak sahaja je call nak tahu. Esok subuh, akan ada yang ambil Adra dekat rumah tau. Lepastu, nanti dia akan bawa Adra ke KLIA terus. Kita jumpa dekat sana" jelas Zura.

"Kak tak sekali ke gerak dengan Adra esok?" Soal Adra pelik.

"Maaf Adra. Kak terpaksa hantar Zaim ke tadika dulu. Dan dan Abang Zaki tak boleh hantar"

"Oh. Patut lah. Baik Kak Zura"

"No plat kereta tu, WRE3033 tau Adra. Jangan silap" pesan Zura.

"Baik Kak Zura. Kita jumpa esok ya" ucap Adra dengan senang.

Selepas selesai menghubungi Zura, Adra cuba untuk melihat log masuk panggilan. Tetapi tiada daripada Shahim. Kali terakhir adalah sewaktu dia meminta putus melalui telefon.

Sebuah senyuman terukir dengan paksaan di bibir. Itu yang dia mahukan. Jadi dia harus menerima dengan hati terbuka.

☀️

Shahim duduk termenung di ruang rehat rumah itu. Sudah beberapa hari, dia asyik murung selepas perpisahan dengan Adra.

Puan Sri Khadijah yang baru sahaja selesai memasak memandang sayu ke arah anaknya. Dia sudah tahu tentang pertelingkahan dan perpisahan anaknya itu dengan Adra.

Datin Qaseh juga menceritakan tentang semua itu kepadanya. Kecewa di hati usah di kata. Sejak dari dulu dia menginginkan Adra untuk menjadi menantunya.

"Jauh Im termenung. Ingat ke siapa?" Tegur Puan Sri Khadijah.

Shahim hanya tersenyum sesaat apabila melihat Puan Sri Khadijah duduk di hadapannya. Hatinya juga tidak semangat untuk menceritakan.

"Kenapa ni Im? Ada masalah ke dekat tempat kerja?"

Puan Sri Khadijah cuba untuk mengalihkan pemikiran Shahim daripada Adra. Biarlah anaknya itu sembuh sendiri.

"Takde pun mama. Im cuma penat sikit" luah Shahim.

"Lagi seminggu je kan kamu dekat sini? Pergi la jalan-jalan. Makan angin ke" cadangnya.

"Bosan la ma kalau keluar seorang. Nak ajak Yusuf pun, dia dah sibuk dengan family dia"

"Haa. Cakap tentang Yusuf. Macam mana dengan isteri dia? Dah selamat bersalin?" Soal Puan Sri Khadijah.

Dia baru teringat dengan sahabat karib Shahim iaitu Yusuf. Kawan sejak di bangku sekolah sehingga ke tempat kerja.

"Alhamdulillah. Umay dah selamat bersalin. Dia orang dapat kembar tiga" ucap Shahim dan tersenyum.

Senang hatinya apabila dikhabarkan oleh Yusuf tentang anak kembar itu. Beruntung Yusuf dikurniakan anak yang ramai dan isteri yang baik.

"Alhamdulillah. Rezeki Yusuf sungguh. Semua lelaki ke?"

"Tak mama. Dua lelaki seorang perempuan"

"Alahai. Betul-betul rezeki si Yusuf. Dah cukup sangat"

Puan Sri Khadijah pula yang gembira. Selepas ini, dia mahu mengucapkan tahniah kepada Puan Maria. Puan Maria juga teman rapatnya sejak dahulu.

Shahim hanya tersenyum mendengar keceriaan Puan Sri Khadijah. Andai dirinya juga mampu memberi cucu kepada mamanya itu.

"Im jangan muram je macam ni. Mama tak suka la tengok" ucap Puan Sri Khadijah tiba-tiba.

Geram pula dirinya apabila melihat wajah anak terunanya yang masam itu. Seolah-olah sudah hilang cahaya.

"Im biasa je mama. Takde benda nak sedih"

"Ye la tu. Mama tahu la apa yang jadi antara kamu dengan Adra. Benda yang lepas jangan dikenang"

"Tak akan dikenang ma. Dia sentiasa ada dalam diri Im. Im masih sayangkan dia" luah Shahim.

"Kalau sayang. Masuk minang terus. Mama dengan baba ni sentiasa tunggu Im untuk minang Adra. Kita orang dah beri restu dari dulu lagi. Im tunggu apa sebenarnya" Puan Sri Khadijah mula berasa tidak puas hati.

"Itu memang hajat Im mama. Tapi dah terlambat. Adra dah tak de hati dekat Im" jawabnya lemah.

"Hantar je rombongan dulu. Lepastu nanti, pujuk balik Adra. Mama yakin Adra masih sayangkan kamu. Hati perempuan ni lain Im. Sekali dia cakap sayang, selamanya akan sayang. Kecuali dia ada lelaki lain. Sekarang ni, Adra ada lelaki lain ke?" Bidas Puan Sri Khadijah.

Shahim terdiam. Dia juga tidak tahu untuk membalas apa dengan ayat Puan Sri Khadijah. Terasa ada batu yang menghempap dirinya sendiri.

"Kalau Im tak ego dulu, dah lama si Adra jadi isteri Im. Masalah ni pun akan selesai dengan baik. Mama tahu Im risau kalau nanti Im tinggalkan Adra. Tapi cuba Im fikir tentang hati Adra. Selama ni, dia sanggup tunggu Im. Terima pekerjaan Im. Apa yang tak cukup lagi buat Im?" Ujar Puan Sri Khadijah dengan nada kendur.

"Mama tak nak masuk campur urusan cinta anak mama ni. Tapi mama kasihan bila kamu macam ni. Sayang tapi tak perjuangkan. Lebih baik tak payah bercinta. Sia-sia. Lepas ni, kalau Im nak buat sesuatu, Im fikir ke depan. Apa yang akan jadi kalau Im tak pilih benda tu" sambungnya lagi.

"Mama masuk dalam dulu la. Adik kamu tu masih tak bangun dari pagi. Dah tengah hari, masih terbaring. Apa nak jadi la" bebel Puan Sri Khadijah dan melangkah masuk ke dalam rumah.

Shahim hanya mengeluh. Hatinya benar-benar terasa dengan setiap kata-kata daripada mamanya itu.

Jika dia tidak mementingkan diri sendiri, pasti hidupnya akan bahagia sama seperti Yusuf. Bersama yang tercinta buat selamanya.

Wajahnya yang kusut diraup dengan kasar. Tekanan mula terasa. Dia masih ingat dengan janji bersama Dato' Hamdan. Dia tetap mahu meneruskan hal itu.

Cuma dia harus berbincang dengan Tan Sri Luqman dan Puan Sri Khadijah.

☀️

Shahim yang berjalan naik ke atas sempat bertembung dengan Rizqi. Adik bongsunya.

Rizqi memandang Shahim dengan dahi berkerut. Jarang dia melihat abangnya muram seperti itu.

"Abang tak keluar jalan-jalan ke?" Soal Rizqi.

"Abang penat" jawab Shahim dan berjalan ke biliknya.

"Qi dengar Abang dengan Kak Adra dah putus. Betul ke?" Soal Rizqi dengan nada sedikit tinggi.

Langkah Shahim terus terhenti. Dia langsung berkalih mengadap Rizqi. Rizqi hanya menayangkan wajah toya sahaja.

"Jangan sibuk hal aku"

"Qi bukan nak sibuk. Qi cuma nak tahu. Kalau Abang dah putus dengan Kak Adra, boleh lah Qi ajak Kak Adra bercinta dengan Qi pula kan" ucap Rizqi dengan nada tidak bersalah.

"Sebelum muka kau hancur. Baik kau diam. Jangan sibuk hal aku. Adra tu masih kekasih aku" balas Shahim dengan nada serius.

"Kalau sayang kenapa tak kahwin?" Balas Rizqi lagi.

Shahim mula berasa panas. Sekali lagi mulut Rizqi berbunyi, memang dia akan melayang penumbuk.

"Okay. Okay. Qi main-main je. Abang janganlah serius sangat. Bye" ucap Rizqi dan terus turun ke bawah.

Dia berasa gerun apabila melihat wajah ketat milik Shahim. Jarang abangnya mahu memarahinya. Dia sengaja mahu memprovok abangnya itu selepas mendengar perbualan antara Shahim dan Puan Sri Khadijah pagi tadi.

Baginya macam pelik kerana dia sudah cukup kenal dengan Adra. Malah hubungan cinta abangnya itu juga sudah dikhatam olehnya. Cuma tunggu untuk berkahwin sahaja.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Où les histoires vivent. Découvrez maintenant