BAB 21 ☀️

5.7K 419 43
                                    

Adra cuba menahan dirinya selepas melihat berita tentang apa yang berlaku. Perdana Menteri baru sahaja mengumumkan tentang darurat di bahagian Pantai Timur.

Pengemboman yang berlaku terlalu besar sehingga memberi kesan yang cukup mendalam ke atas penduduk sekitar. Malah kematian juga semakin meningkat dari hari ke hari.

"Mama. Im bertugas dekat sana" luah Adra dengan nada sebak.

Datin Qaseh lantas memeluk tubuh anaknya itu. Dia perasan dengan cara Adra yang mengigil ketakutan.

"InsyaAllah semuanya akan baik-baik. Im dengan yang lain pasti akan berjaya selesaikan operasi ni. Adra jangan risau ya" pujuk Datin Qaseh.

"Adra tak dapat bayangkan kalau Im terkorban dekat sana, Mama" ucap Adra dengan linangan air mata.

"Jangan fikir macam tu, Adra. Kita doakan keselamatan Im dekat sana. Takkan Im nak tinggalkan Adra sorang dekat sini"

"Adra takut ma. Adra tak boleh fikir positif tentang Im" luah Adra.

Datin Qaseh sudah cuak. Dia tahu anxiety Adra bagaimana. Overthinking Adra juga sentiasa ada. Malah di tahap bahaya.

Tiba-tiba Adra memegang dadanya kerana berasa cemas. Nafasnya tiba-tiba terasa tersekat.

Datin Qaseh sudah cuak. Dia tidak menjangkakan anxiety Adra boleh muncul ketika itu.

"Adra. Tarik nafas perlahan-lahan. Mama ada dengan kamu" pujuk Datin Qaseh dengan wajah cuak.

"Mama. Dada Adra sakit sangat" luah Adra sambil memegang dadanya.

"Minah! Minah!!" Jerit Datin Qaseh kepada pembantu rumahnya.

Muncul Minah dari arah dapur dengan wajah yang berkerut

"Ya Datin"

"Call ambulans sekarang. Adra sesak nafas" arah Datin Qaseh.

Minah yang faham dengan situasi itu segera menghubungi pihak hospital. Malah Datin Qaseh juga sempat memaklumkan kepada Dato' Hamdan tentang keadaan Adra.

Di dalam ambulans juga, nafas Adra menjadi tersekat-sekat. Itu pertama kali, Datin Qaseh melihat Adra seperti itu. Sebelum ini, tidak pernah Adra seteruk itu.

☀️

Adra ditolak laju masuk ke dalam bahagian emergency. Datin Qaseh sudah berdebar apabila melihat keadaan Adra. Tidak pernah Adra menjadi seperti itu.

Dato' Hamdan yang baru sahaja tiba juga segera mententeramkan Datin Qaseh. Dia juga terkejut dengan makluman berkaitan dengan Adra.

"Abang. Macam mana kalau jadi sesuatu yang buruk dekat Adra? Im takde dekat sini" luah Datin Qaseh.

"InsyaAllah semuanya akan baik-baik. Anak kita kuat, Qas. Dia takkan menyerah dengan mudah" pujuk Dato' Hamdan sambil memaut lembut bahu Datin Qaseh.

Puan Sri Khadijah dan Tan Sri Luqman yang baru sahaja tiba juga terkejut dengan keadaan Adra. Mereka semua tidak menyangka perkara seperti itu boleh berlaku.

Lama mereka menunggu, akhirnya keluar Doktor yang memeriksa Adra.

"Macam mana dengan anak saya, Dr?" Soal Dato' Hamdan.

"Alhamdulillah for now, keadaan dia dah stabil. Dia cuma mengalami kejutan tentang sesuatu perkara sehingga menyebabkan dirinya berasa cemas. Saya mohon kamu semua jangan memaksa dia tentang sesuatu buat masa sekarang. Keadaan dia sukar untuk dijangka" jelas Umay yang kebetulan bertugas di bahagian itu.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum