BAB 42 ☀️

5.2K 389 43
                                    

Adra turun ke bawah dan mencari Shahim. Dia baru sahaja selesai membersihkan diri. Seingatnya, Shahim mengajaknya untuk bersarapan bersama.

Dari jauh, Adra melihat Shahim yang sedang berbual melalui telefon di pintu beranda itu. Kedengaran juga beberapa keluhan daripada mulut Shahim.

Adra seolah dapat meneka apa isi perbualan tersebut. Dia yakin, ianya pasti berkaitan dengan kerja.

Shahim yang baru sahaja berbual menoleh ke belakang. Dia terus melemparkan senyuman ke arah Adra. Dengan segera dia mendapatkan Adra.

"Mari kita makan. Saya ada beli nasi lemak tadi" ucap Shahim dan membawa Adra ke ruang makan.

Adra perasan dengan cara Shahim yang tiba-tiba berubah. Dia tahu lelaki itu sedang menyembunyikan sesuatu.

Nasi lemak yang diletakkan oleh Shahim di hadapannya diendahkan terlebih dahulu. Perutnya masih tidak berbunyi tetapi hatinya berasa ingin tahu.

"Im. Awak kena balik kem ke?" Soal Adra.

Soalan Adra membuatkan Shahim yang mahu membuka bungkusan nasi lemak, terhenti. Pandangannya terus dihala ke arah Adra.

"Maaf Adra. Saya kena masuk bertugas" luah Shahim.

Lambat atau cepat, dia tetap perlu memberitahu Adra.

"Bila ke sana?" Soal Adra.

"Esok. Maaf Adra. Yusuf call saya tadi, dia minta untuk saya ke sana terlebih dahulu. Dia nak saya uruskan budak-budak kita orang dekat sana dulu" jelas Shahim.

Mata Adra yang kelihatan lain membuatkan Shahim berasa serba salah. Dia tidak mahu membuat Adra sedih. Hubungan mereka baru sahaja baik.

"Tak apa. Saya faham dengan kerja awak. Awak terikat dengan negara dan saya terikat dengan awak. Mahu tak mahu, saya tetap perlu terima dengan hati yang terbuka" balas Adra dan tersenyum.

"Saya serba salah nak tinggalkan awak. Saya takut bila saya balik, awak terbaring lemah" luah Shahim dan menundukkan kepalanya ke bawah.

Cukuplah sekali dia melihat Adra terbaring lemah di hospital. Dunianya sudah hampir musnah ketika itu.

Bunyi kerusi yang ditolak mengejutkan Shahim. Belum sempat dia mengangkat kepala, dirinya sudah dipeluk oleh Adra. Saat itu, air matanya terus mengalir.

"InsyaAllah saya akan baik-baik. Moga Allah lindung saya dan awak. Jangan fikir yang buruk ya, Im. Hati saya juga takut dengan keadaan awak di sana. Jaga diri awak seperti mana awak jaga saya" ucap Adra dan mencium lembut dahi Shahim.

Shahim terus memeluk tubuh Adra. Dia juga berat untuk melakukan semua itu. Tetapi itu sudah amanahnya dalam menjadi seorang tentera. Dia tetap perlu berkorban buat Adra.

☀️

"Kenapa ajak saya ke mall ni?" Soal Adra.

Tiba-tiba petang itu, Shahim mengajaknya untuk ke mall. Dia fikirkan Shahim sudah malas untuk keluar rumah.

"Saje je. Nak jalan-jalan dengan isteri saya ni" ucap Shahim dan mengenggam jari jemari Adra.

Adra hanya tersenyum mendengarnya. Selepas ini, dia seorang pula. Pasti dia akan rindukan lelaki itu.

Mereka berdua berjalan dalam mall itu di setiap tingkat. Malah Shahim juga ada membeli beberapa pakaian buat Adra. Walaupun Adra menolak, Shahim tetap mahu membelinya.

"Kita tengok wayang nak tak?" Soal Shahim.

"Tak nak la" balas Adra perlahan.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now