BAB 8 ☀️

5.8K 402 21
                                    

Naim yang sedang melantunkan bola keranjang memandang pelik ke arah Shahim yang duduk termenung di luar gelanggang.

Sejak dia mengajak Shahim ke situ, wajah Shahim hanya masam dan ketat. Seolah mempunyai masalah yang cukup besar ketika itu.

"Kau kenapa ni? Cakap nak teman aku main" ujar Naim dan memegang bola keranjang.

"Aku tak de mood la nak main bola" luah Shahim.

"Kenapa ni abang kacak? Cuba cerita ke kome apa masalahnya" ujar Naim dan duduk bersila di hadapan Shahim.

"Adra minta putus. Dia tak mahu teruskan hubungan kita orang sekarang"

"Huh? Aku salah dengar ke ni? Kau biar betul Im. Kau dengan dia dah 15 tahun. Jangan main-main" nada suara Naim juga melonjak naik.

"Kau ingat aku nak tipu ke benda macam ni? Kau nampak sendiri kan wajah aku macam mana sekarang. Aku serabut bila fikir" ucap Shahim dan mengusutkan rambutnya.

Naim terdiam buat seketika. Nampaknya perpisah itu benar-benar berlaku.

Dia juga jarang melihat Shahim seperti itu. Sahabatnya itu selalunya sering tersenyum dan membuat lawak hambar. Tetapi sekarang sudah lain.

"Adra minta putus sebab apa? Tak kan tiba-tiba je" soal Naim.

"Semuanya salah aku. Aku terlalu bagi harapan dekat dia. Aku terlalu pengecut untuk dia. Aku terlalu lama biarkan dia menanti aku" luah Shahim dengan sebuah keluhan berat.

"Berat ni saudara. Kau dah try pujuk dia?"

"Semuanya dah. Tapi nampak macam Adra betul-betul penat dengan aku. Entah lah Naim. Aku pasrah dan redho sekarang ni" Shahim bersandar di tiang court itu dan memandang ke dada langit.

Naim juga buntu. Sejak dulu dia sering mendengar kisah cinta Shahim dan Adra daripada Shahim sendiri. Bagaimana Shahim mengajak Adra untuk bercinta dan bagaimana Shahim mengembirakan Adra. Semuanya diketahui olehnya dan juga Yusuf.

Sedang mereka berdua termenung. Tiba-tiba jam yang dipakai oleh Shahim bergetar.

Shahim segera melihat jam tangannya. Matanya juga membulat apabila melihat nama Adra terpampang di skrin jam itu.

Naim yang perasan dengan perubahan wajah Shahim mula berdebar. Dia juga sempat melirik nama di skrin jam tangan Shahim. Nama Adra dilihatnya.

"Adra?" Balas Shahim dan berdiri.

Dia benar-benar terkejut apabila Adra menghubunginya saat itu. Malah bukan menggunakan telefon bimbit.

"Im. Tolong saya. Saya kena culik. Tolong saya, Im. Saya takut" luah Adra dengan nada terketar-ketar.

Shahim yang mendengar seolah merasa ada batu yang menghempap tubuhnya. Jantungnya juga berdegup laju.

"Awak dekat mana sekarang? Bagi tahu saya. Saya ke sana"

Shahim lantas bergerak ke pingu keluar gelanggang itu. Naim juga menuruti langkah Shahim ke luar.

"Saya tak tahu, saya dekat dalam gudang. Dan dalam hutan. Saya takut Im"

Suara Adra yang terketar-ketar membuatkan Shahim berdebar. Dia tidak mahu kejadian buruk berlaku kepada Adra.

"Adra. Bertenang. Saya akan pergi selamatkan awak. Tolong jangan fikir negatif" pesan Shahim dengan nada memujuk.

Adra hanya menangis apabila mendengar pesanan Shahim. Dirinya benar-benar mengharap Shahim akan segera menyelamatkannya.

"Woi betina!!"

Satu suara yang agak kuat mengejutkan Shahim. Suara lelaki yang menjerkah Adra membuatkan hatinya mendidih.

"Bab*. Kau call orang luar!!" Tengking lelaki itu dan menampar dengan kuat pipi Adra.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now