BAB 29 ☀️

5.3K 370 23
                                    

Datin Qaseh memandang lama ke arah Shahim yang seolah-olah serabut. Pelik dia melihat wajah menantunya itu selepas pulang daripada membeli makanan untuknya.

"Im okay tak ni?" Tanya Datin Qaseh dan duduk di sebelah Shahim.

"Im okay je mama. Cuba penat sikit" luahnya dan memandang ke arah Adra.

"Im baliklah dulu, biar mama yang jagakan Adra. Lagipun dah 3 hari kamu berjaga"

"Tak pe mama. Im okay je lagi. Selagi Adra ada dekat sini, Im pun akan ada dekat sini" ucap Shahim dan tersenyum.

"Mama risau kamu pula sakit nanti Im. Susah pula nanti. Kamu tidur la dulu" ujar Datin Qaseh.

Dia risaukan kesihatan Shahim sahaja. Jika Shahim jatuh sakit, susah untuk dia menjaga Adra sendirian. Tambah pula Dato' Hamdan sudah masuk kerja semula.

"Kalau macam tu, Im tidur dekat sofa tu dulu la. Nanti kalau mama dah mengantuk, mama kejut Im ya"

Akhirnya Shahim malas membahas lagi. Dia tidak mahu menyusahkan orang lain. Jika itu yang diminta oleh Datin Qaseh, dia akan turutkan sahaja. Dapat juga dia mengembalikan tenaganya.

"Haa boleh je. Kamu pergi la lelapkan mata dulu, mama jagakan Adra"

Shahim mengangguk perlahan dan lantas berbaring di sofa. Tidak sampai beberapa minit, dia sudah lena.

Datin Qaseh hanya tersenyum tipis. Dia juga terharu dengan kesungguhan dan keikhlasan Shahim. Jika lelaki lain, sudah pasti akan mengendahkan isteri mereka yang tidak sedarkan diri.

"Adra. Bangunlah. Kenapa macam ni. Kasihan Im, dia nak jumpa dengan kamu" bisik Datin Qaseh perlahan di telinga Adra.

Selepas itu, Datin Qaseh segera masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk. Dia masih belum sempat menunaikan solat Isyak.

☀️

Sebuah kasut berbot melangkah masuk ke dalam bilik Adra yang tidak berkunci. Dengan berhati-hati dia berjalan masuk untuk tidak menyedarkan Shahim yang sedang lena di sofa.

Manakala Datin Qaseh terlelap di atas sejadah selepas menunaikan solat Isyak.

Pandangan jatuh kepada Adra yang berbaring lemah dan hanya kedengaran bunyi oksigen. Lelaki itu lantas tersenyum kerana merasakan tugasnya semudah kacang.

Tangannya lantas mencabut alat bantuan pernafasan daripada Adra. Dia hanya disuruh untuk melakukan perkara itu sahaja.

Belum sampai beberapa minit, gerak nadi Adra menjadi laju. Malah Adra juga seolah-olah tercungap-cungap.

Lelaki itu mula cuak apabila bunyi mesin itu menjadi kuat. Dengan pantas dia mahu melarikan diri.

Tetapi langkahnya terhenti apabila ada tangan yang sasa mencekik lehernya dengan kuat.

"Kau siapa huh?!" Ucap Shahim dengan pandangan mencerlung.

Malas hendak mendengar jawapan lelaki itu, Shahim lantas memengsankan lelaki itu terlebih dahulu. Nyawa Adra menjadi keutamaannya.

"Sayang.." ucapnya saat melihat Adra yang kelihatan susah untuk bernafas.

Alat bantuan pernafasan yang ditanggal di ambil dan dipasangkan semula. Tetapi semuanya tidak menjadi. Adra tetap terlihat kekurangan nafas.

Shahim mula berdebar. Dia terus menekan butang kecemasan di sebelah katil.

Datin Qaseh yang baru terjaga terkejut melihat seorang lelaki berbaring di atas lantai. Malah keadaan Adra juga membuatkan dia cukup terkejut. Dia terlelap di situ.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now