BAB 28 ☀️

5.4K 353 56
                                    

Shahim menutup Al-Quran yang baru sahaja dibaca. Sudah 3 hari dia berada di sisi Adra. Malah Umay juga memaklumkan bahawa masih tiada tanda-tanda untuk Adra terjaga.

Umay juga memaklumkan bahawa bahagian bedah sudah baik dan sudah menunjukkan kesan yang positif. Hanya Adra sahaja yang perlu dinanti untuk bangun.

"Sayang. Saya rindukan awak sangat-sangat. Sebulan kita terpisah dah cukup buatkan hidup saya tak tenang. Malah sekarang, saya tetap tak tenang sebab tengok awak macam ni. Maafkan saya sebab lambat. Saya rindu dekat awak sangat-sangat"

Air matanya jatuh saat mencium tangan Adra. Tangan yang sejuk itu digenggam kemas. Meminta supaya ada keajaiban buat Adra.

Dato' Hamdan yang baru sahaja tiba hanya mengeluh perlahan. Dirinya juga bersimpati pada Shahim. Sudahlah mereka baru sahaja bernikah, tetapi perkara ini pula berlaku.

"Im" panggilnya perlahan.

Shahim lantas menyeka air mata di matanya dan terus berdiri. Tangan kanan Dato' Hamdan diambil dan disalam.

"Dah makan?"

"Belum lagi papa" jawabnya perlahan.

"Ni papa ada belikan roti. Kamu jamah la sikit. Jangan biar perut masuk angin" ucap Dato' Hamdan dan meletakkan plastik roti itu di atas meja.

"Terima kasih papa"

Shahim hanya membiarkan sahaja Dato' Hamdan duduk di kerusi tempatnya tadi.

"Kenapa anak papa ni susah nak bangun. Adra. Suami kamu dah pulang. Bangunlah. Jangan buat dia ternanti terlalu lama"

Ucapan Dato' Hamdan membuatkan hati Shahim berasa sebak. Dia tahu perasaan seorang ayah kepada anaknya. Sudah pasti lagi mendalam.

"Im rasa ini adalah balasan buat Im" ucap Shahim tiba-tiba.

"Kenapa kamu cakap macam tu?" Nada suara Dato' Hamdan mula berubah menjadi kurang senang.

"Im dah buat Adra menanti Im terlalu lama sebelum ni. Bertahun-tahun dia tunggu Im untuk meminang dia. Dan sekarang Im tahu, penantian itu sakit. Im dah rasa macam mana yang Adra rasa. Mungkin Allah nak bagi Im rasa pedihnya pengharapan dan penantian" luah Shahim dengan nada getar.

Dato' Hamdan terkedu. Dia mahu mengiyakan juga tidak berani. Tetapi di balik kata Shahim, ada betulnya juga.

"Ujian ataupun balasan, ini adalah cara Allah untuk rapatkan hubungan kamu berdua. Allah nak tengok sama ada kamu sanggup terima Adra lepas ni atau pun. Sama ada kamu setia atau tak dengan dia. Papa tak nak masuk campur urusan rumah tangga kamu. Asalkan anak papa ni dijaga baik oleh suaminya, papa dah rasa tenang. Papa percaya dekat kamu Im. Kamu boleh jadi pelindung buat Adra. Tapi kalau pilihan kamu berbeza, papa ikhlaskan"

"Im dah tak pernah terdetik nak angkat perempuan lain sebagai isteri Im. Selagi tangan Papa yang Im pegang sewaktu akad nikah dan nama Adra disebut oleh Im, Im akan jaga amanah dan tanggungjawab ni sampai bila-bila" ucap Shahim bersungguh.

"Alhamdulillah kalau kamu betul-betul maknakan perkara tu" bahu Shahim ditepuk perlahan oleh Dato' Hamdan.

Tanpa mereka sedar, jari Adra bergerak sedikit.

☀️

Shahim berjalan keluar daripada cafe selepas membeli sedikit makanan untuk Datin Qaseh. Malam itu, mamanya itu mahu tidur di bilik Adra. Mahu menjaga Adra.

Shahim yang sedang menilik telefonnya terhenti apabila memerhati ada kasut tumit tinggi di hadapannya. Kepalanya diangkat dan matanya jatuh ke arah wajah seorang gadis.

"Assalamualaikum you" ucap Mia dan memaniskan wajah.

Shahim hanya menjawab salam itu perlahan. Dia cuba untuk beredar tetapi lengannya dipegang oleh Mia.

"Kejap you" tahan Mia.

"Jangan berani sentuh aku!" Marah Shahim sambil merentap tangan Mia daripada lengannya.

Mia hanya mencebik apabila dimarahi oleh Shahim. Nampaknya Shahim masih membencinya.

"Ish you ni. Kasar sungguh" rengeknya dengan nada manja.

"Kau nak apa perempuan?"

"You mesti tak makan lagi kan. I ada benda nak cakap, so boleh tak kalau kita keluar dinner sama?" Ajak Mia dengan nada riang.

"Isteri aku tengah terbaring lemah dekat dalam bilik. Lepastu kau dengan senang hati ajak suami dia keluar makan? Kau takde hati perut ke? Waktu-waktu macam ni nak sondol suami orang?" Balas Shahim dengan mata yang tajam.

Mia yang melihat wajah ketat Shahim hanya menelan air liur. Dia tidak kisah dengan itu kerana hatinya suka pada sisi Shahim yang seperti itu.

"I ajak you makan je. Bukannya ajak ke hotel. Apa masalahnya?"

"Dah disindir tapi masih berpura-pura bodoh. Maksud ayat aku tu, aku tak nak keluar dengan kau. Tak faham ke?" Sindir Shahim.

"You ni jangan la biadap sangat. Niat I nak ajak you makan. Lepastu, I ada benda nak cakap. Itu je"

"Cakap je dekat sini. Aku tak de masa nak keluar dengan kau"

Mia merengus perlahan. Nampaknya caranya tidak berkesan kepada Shahim.

"Okay. I just nak tanya you. You tak nak ceraikan Adra ke? Ye la dia dah sakit teruk macam tu. Tambah pula masih koma kan. Mesti you nak lunaskan nafkah batin you juga kan? You tak nak cari yang kedua?" Luah Mia tanpa rasa malu.

"Kedua atau ketiga dalam hidup aku tetap Adra. Dia sakit atau sihat, bidadari aku hanya Adra Raeesa. Aku ulang lagi sekali. Bidadari aku, cinta mati aku dan isteri dunia akhirat aku hanya Adra Raeesa binti Dato' Hamdan. Bukan orang lain. Kalau kau cuba nak pisahkan kita orang berdua, aku tak kan teragak-agak nak tembak kepala kau. Kau mungkin tak tahu yang aku ni gila. Aku dah banyak bunuh orang. Kalau kau nak termasuk dalam senarai tu. Cubalah. Kalau aku dengan kau kahwin sekalipun, aku akan dera kau sampai mampus!" Jelas Shahim dengan nada yang masih terkawal.

Mia yang mendengar kata-kata Shahim diam seribu bahasa. Itu pertama kali dia mendengar pengakuan daripada Shahim. Malah sisi Shahim yang ini juga cukup berbeza daripada sebelumnya.

"Assalamualaikum" ucap Shahim dan beredar pergi meninggalkan Mia yang terpinga-pinga.

Hatinya benar-benar terbakar apabila ada yang cuba memisahkan dirinya dan Adra. Mereka semua tidak tahu apa yang berlaku sepanjang percintaan mereka dahulu. Dan tiada siapa yang berhak untuk putuskan semua itu.

☀️

"Bab*. Bab*"

Mia menghentakkan tangannya ke atas stereng kereta. Dia benar-benar terasa hati dengan sikap Shahim ketika itu.

"Kau nak mati, mati je la betina. Menyusahkan hidup aku" ucap Mia dengan nada bengang.

Hatinya mula terasa bahang apabila teringatkan kepada Adra. Sewaktu dia mendapat berita tentang Adra terpaksa menjalani pembedahan, senyuman di bibir tidak lekang dari wajahnya.

Dia cukup berharap Adra maut dalam pembedahan itu sebelum Shahim pulang. Tetapi semuanya tidak berlaku apabila Adra terlibat dalam koma.

"Aku tak kan benarkan kau bahagia. Kalau aku tak dapat Shahim, kau pun tak kan dapat" ucap Mia dengan penuh dendam.

Telefonnya di buka dan dia segera mencari nombor seseorang. Dia perlukan bantuan seseorang.

"Aku ada tugas untuk korang. Dan bayaran juga lumayan" ucapnya dengan senyuman penuh makna.

Stereng kereta dipegang kemas seolah rancangannya akan berjaya tidak lama lagi. Dia perlu lakukannya pada malam itu juga. Jika tidak, semuanya terlepas.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now