BAB 50 ☀️

5.2K 352 32
                                    

Shahim berdiri tegak di hadapan Yusuf. Peluh di wajah masih belum dilap. Dadanya juga turun naik kerana baru selesai berlari.

"Maaf, Kapten Wadi tak benarkan" ucap Yusuf dengan sebuah keluhan.

Shahim yang mendengar bicara Yusuf terus memejam mata. Permintaannya untuk mundur dengan awal tidak diluluskan.

"Maaf Im. Nak tak nak kau kena habiskan juga tugas kau dekat sini. Jangan risau, Adra pasti baik-baik. Kau percaya dekat dia kan?"

Yusuf berdiri menyamai Shahim. Tangan kanannya menepuk perlahan bahu Shahim. Dia tahu hati sahabatnya yang tidak tenang itu.

"Aku redha Yusuf. Andai ini sahaja cara untuk aku balik pada dia dengan selamat. Aku harap takde apa yang buruk berlaku dekat dia" ucap Shahim dengan nada pasrah.

"Jangan risau. Perasaan kita selalu tak salah. Aku pun pernah hadap macam ni. Tapi kita kenal isteri kita macam mana. Kuat mereka sama dengan kuat kita" balas Yusuf. Memujuk.

Shahim mengangguk perlahan. Beberapa malam, dia bermimpi tentang keadaan Adra yang menangis teruk.

Disebabkan itu, dia cuba untuk memohon balik dengan lebih awal. Tetapi semua itu mustahil. Dia sedar tentang itu tetapi tetap mencuba.

Situasi di situ juga masih sama. Mereka masih cuba untuk menghapuskan pasukan musuh. Walaupun hampir masuk ke 3 bulan, semuanya tetap sama.

"Kita fokus urusan kita dekat sini. Cepat selesai, cepatlah kita pulang. Semangat" ungkap Yusuf dengan sebuah senyuman.

Shahim hanya mampu membalas dengan senyuman. Dia tahu semua itu. Tetapi hatinya tetap tidak tenang.

☀️

"Im!" Jerit Adra apabila tersedar daripada lenanya.

Wajahnya juga bepeluh kerana berasa takut. Malah dadanya juga turun naik dengan cepat. Mimpinya sebentar tadi cukup mengejutkan dirinya.

Ruang bilik yang kosong itu membuatkan Adra bertambah pilu. Dia seolah dapat melihat bayangan Shahim yang berlari ke arahnya kerana risau.

Tangan di bawa ke perutnya dan diusap lembut. Hanya kandungannya sahaja yang setia menemaninya saat itu.

Datin Qaseh yang terdengar suara Adra dari luar bilik segera berlari masuk. Malah Puan Sri Khadijah yang baru sahaja tiba juga menuruti langkah Datin Qaseh.

"Adra okay?" Soal Datin Qaseh dengan nada risau.

"Adra okay, mama" ucap Adra dan tersenyum tawar.

Puan Sri Khadijah juga duduk di sebelah Adra dan mengusap lembut bahu menantunya itu. Hatinya juga terasa seperti disiat apabila mengetahui tentang apa yang berlaku kepada Adra.

Tan Sri Luqman juga sudah bersama-sama dengan Dato' Hamdan dalam melaporkan kes tersebut di balai polis. Malah ada seorang polis yang sudi menyiasat kes tersebut.

"Mama, Adra nak minta sesuatu boleh?" Pinta Adra tiba-tiba.

Datin Qaseh mula risau. Risau jika permintaan Adra tidak dapat ditunaikan olehnya.

"Apa dia sayang" balas Datin Qaseh dengan nada debar.

"Adra nak isteri Yusuf datang ke sini. Adra nak jumpa dia" luah Adra.

"Isteri Yusuf? Dr. Umay?" Soal Datin Qaseh sekali lagi.

Adra hanya mengangguk perlahan. Dia mahu meluahkan rasa kepada Umay. Hanya Umay sahaja yang merasai apa yang dirasakan olehnya sewaktu Shahim tiada.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now