BAB 33 ☀️

5.3K 438 87
                                    

Shahim hanya menelan air liur. Kuat betul cabarannya ketika itu.

"Adra. Please"

Tangan Adra yang melingkar di pinggangnya di pegang kemas. Dia cuba untuk meleraikannya tetapi tidak berjaya.

Adra pula hanya memeluknya daripada belakang dan meletakkan dagunya di bahu Shahim. Shahim pula yang terasa berdebar dengan keadaan mereka.

"Why? Tak salah kan saya buat macam ni? Awak suami saya kan?" Soal Adra dengan nada lunak.

"Tapi bukan sekarang. Awak baru je pulih" tolak Shahim dengan perlahan.

Walaupun keinginannya juga melonjak naik, dia tetap menahan diri. Dia tidak mahu memudaratkan tubuh Adra.

"Kan saya dah kata saya dah sihat. Awak masih tak percayakan saya ke? Kalau macam tu, sudah la. Buat penat je goda suami sendiri, tapi dia tak layan. Baik goda laki lain" bebel Adra dan meleraikan rangkulan di pinggang Shahim.

Dia sudah memakai pakaian yang paling menggoda, tetapi tetap tidak berhasil kepada Shahim. Bila merelakan, tak nak pulak. Kutuknya di dalam hati.

Kakinya lantas di bawa ke tandas. Dia mahu menukar baju. Sakit hatinya apabila Shahim menolak dirinya.

Belum sempat tangannya memegang tombol pintu, dirinya sudah terangkat ke awangan. Membuntang mata Adra saat matanya bertembung dengan mata Shahim.

Dia terkejut apabila Shahim mendukungnya dan membawanya ke atas katil. Wajah Shahim yang ketat juga membuatkan Adra menelan air liurnya. Risau jadi benda lain.

"Awak nak goda laki mana? Suami awak ni tak wujud ke?" Soal Shahim dan merebahkan kepala Adra ke atas katil.

Sakit hatinya apabila Adra mengugutnya tadi. Mustahil dia akan membiarkan Adra bersama dengan lelaki lain. Meninggal la jawabnya.

"Ye la. Suami saya ni tak termakan dengan godaan saya. Jadi apa yang saya perlu buat. Susah-susah je buat suprise dekat dia. Lepastu pakai baju seksi macam ni. Rupanya tak kisah pun" rungut Adra.

Matanya juga tidak tertala ke arah Shahim. Masih dengan rajuknya.

"Haish. Saya cuma risau dekat badan isteri saya. Kalau jadi benda lain macam mana?" Luah Shahim.

Tangannya lembut memegang dagu Adra supaya memandang ke arahnya.

"Saya tahu badan saya macam mana. Awak jangan risau. Saya tak nak awak tahan diri awak terlalu lama. Apa tugas saya sebagai seorang isteri kalau tak boleh layan suami dia?" Balas Adra dengan yakin.

Shahim akhirnya mengeluh. Dia juga faham dengan semua itu. Cuma selepas pembedahan Adra, dirinya berasa risau yang melampau.

Sedang Shahim mengeluh, bibirnya tiba-tiba dikucup lembut oleh Adra. Terpempan dirinya buat seketika.

"Please Im. I want that" ucap Adra dengan nada lembut.

Akhirnya Shahim mengalah. Dia turutkan sahaja permintaan Adra. Semuanya dilakukan dengan baik olehnya. Dia juga sudah berdoa sebelum memulakan.

Cinta yang selama ini ditunggu-tunggu akhirnya disemai. Perjalanan cinta mereka yang masih tidak tahu hujungnya bagaimana.

☀️

"Sayang bangun. Mandi dan solat subuh" bisik Shahim di telinga Adra.

Adra yang baru terjaga hanya berlagak biasa. Dia masih berasa penat dengan hal semalam.

Shahim yang perasan dengan itu hanya tersenyum. Dia tahu Adra sengaja memejam mata. Rambut Adra yang jatuh ke atas dadanya dipegang lembut.

Dia mahu mengusik Adra.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now