BAB 47 ☀️

4.7K 358 25
                                    

Datin Qaseh duduk di atas kerusi di biliknya dengan keluhan berat. Hatinya dihambat dengan perasaan risau.

"Macam mana ni bang, saya risau dengan keselamatan Adra. Tambah pula Adra tengah pregnant" luah Datin Qaseh.

"Qas jangan risau, abang dah letak seorang bodyguard untuk jaga Adra. Benda macam ni, abang tak kan pandang ringan" ucap Dato' Hamdan.

"Saya betul-betul terkejut bila kereta tu cuba langgar kita orang. Mujur lah Pak Leman pandai kawal kereta" ceritanya lagi.

Sewaktu mereka berdua pulang daripada hospital, kereta mereka diikuti oleh sebuah kenderaan lain. Malah mereka juga hampir kemalangan disebabkan kereta tersebut.

"InsyaAllah, Allah jaga kita semua. Abang tak kan biarkan orang tu buat apa-apa yang buruk dekat Adra"

"Saya risau jadi apa-apa dekat Adra. Im pun kita tak tahu bila dia nak balik. Hati saya ni tak tenang"

"Sabar Qas. Malam esok akan ada yang teman dan jaga Adra. Kamu jangan risau" ucapnya dengan yakin.

"Siapa pula bang? Bodyguard tu boleh percaya ke?"

"Boleh. Abang tak kan biarkan anak perempuan kita dalam bahaya"

Datin Qaseh hanya mengeluh. Dia berharap Dato' Hamdan memilih orang yang tepat buat Adra.

Adra pula disahkan mengandung dalam 2 bulan. Dia risaukan keadaan anaknya itu. Dia tidak mahu berlaku sesuatu yang buruk kepada Adra dan bakal cucunya kelak.

☀️

Adra memandang seorang perempuan di hadapannya tanpa berkelip. Siapa perempuan itu, dia juga tidak kenal.

"Hai, cik ni nak jumpa siapa ya?" Soal Adra dengan lembut.

Dikerling sekeliling rumah, tiada pula mama dan papanya.

"Selamat pagi, Cik Adra. Saya pengawal Cik Adra untuk hari ni" ujarnya sebagai perkenalan diri.

"Pengawal saya?" Terkejut Adra dibuatnya.

"Ya Adra. Papa arahkan dia untuk jaga keselamatan Adra waktu pergi kerja. Kenalkan, ini Sandra" muncul Dato' Hamdan dari tingkat atas.

"Tapi, Adra boleh jaga diri Adra dengan baik Pa. Tina pun ada dengan Adra"

"Tak apalah Adra. Biarlah Sandra jagakan kamu. Lagipun itu memang bidang kerja Sandra. Mama tak nak keselamatan kamu terancam" muncul pula Datin Qaseh di sebelah Dato' Hamdan.

Adra mengeluh perlahan. Dia sudah dapat mengagak perkara itu bakal berlaku. Tetapi dia tidak sangka sepantas itu, papanya mencari pengawal buatnya.

"Adra jangan pergi jauh daripada Sandra. Biar Sandra jaga Adra" pesan Dato' Hamdan. Bersungguh.

"Baik papa" balas Adra dengan nada rela.

Mahu tidak mahu, Sandra sudah berada di situ. Jadi dirinya juga harus menerima.

Dato' Hamdan memberi isyarat mata kepada Sandra supaya sentiasa menjaga Adra. Sandra hanga menganggukkan kepala tanda faham.

Itu sudah menjadi tugasnya dan dia akan melaksanakannya dengan baik.

☀️

"Dah lama ke Sandra kerja macam ni?" Soal Adra sewaktu berada di dalam kereta.

Selalunya dia sendiri yang akan memandu ke tempat kerja. Tetapi kini, tugas itu bertukar kepada Sandra.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now