BAB 27 ☀️

5.2K 420 70
                                    

Shahim bersemangat selepas Dr memaklumkan bahawa lukanya sudah semakin kering. Malah balutan di badannya juga sudah dicabut dan hanya meninggalkan plaster sahaja.

Tugas mereka di situ juga sudah selesai. Kawasan-kawasan musuh yang dijangka juga sudah diperiksa beberapa kali. Malah kawalan ketat juga dijalankan selama seminggu di situ.

"Happy nampak" tegur Naim.

"Sudah semestinya. Aku nak jumpa wife aku" balas Shahim dan mengemas beg pakaiannya.

"Orang tu ada yang menanti kepulangan, aku ni. Takde" rajuk Naim sendiri.

"Eh kau. Umi kau nak campak mana. Sesuka hati cakap takde yang menanti" bebel Shahim.

"Aku maksudkan someone special la. Umi aku tu ratu hati"

"Aku dah cakap, cari. Kau pun sama pesen dengan si Yusuf. Konon tak nak kahwin, sekali dia dulu yang berlepas. Kau pula kalau nak kahwin, bagi tahu aku. Jangan kahwin dekat Thailand" pesan Shahim.

"Uish. Tak nak lah aku kahwin lari. Aku dah muak dengan sempadan Thailand ni. Sempadan Thailand ni pun dah menyampah tengok muka aku"

"Haa. Melalut" sindir Shahim.

"Nanti la aku cari peneman hidup yang setia. Mana tahu next operasi, dah ada yang menunggu"

"Ikut kau la Naim. Asalkan perempuan tu baik dan boleh terima kau"

"Amin. Berkat doa kau, insyaAllah ada"

Shahim hanya menggelengkan kepala. Soal jodoh Naim dia tidak mahu masuk campur. Biarlah sahabatnya itu mencari sendiri.

☀️

Shahim melangkah masuk ke dalam rumah Dato' Hamdan dengan hati yang berbunga. Dia sudah meminta Adra untuk duduk di situ sementara dia masih operasi.

Suasana rumah yang agak sunyi membuatkan Shahim berasa lain. Sunyi itu memberi kelainan buatnya.

Minah yang kebetulan baru keluar daripada dapur tersentak melihat Shahim di ruang tamu. Shahim juga pelik kerana wajah Minah seolah melihat hantu.

"Assalamualaikum Minah" sapanya dahulu.

"Waalaikumussalam Cik Shahim" balas Minah dengan nada getar.

"Err. Yang lain mana ya? Kenapa sunyi je?" Soal Shahim.

Dia tahu kepulangannya mendadak, tetapi di mana semua orang? Malah Datin Qaseh juga tiada di rumah.

"Errr. Dato' dengan Datin ada dekat hospital" jawab Minah dengan nada perlahan.

"Hospital? Siapa sakit?"

Kening Shahim diangkat sebelah. Pelik. Dato' Hamdan dan Datin Qaseh tidak mempunyai penyakit yang kronik.

"Cik Adra" ucap Minah dan segera menundukkan kepala.

Beg yang dipegang oleh Shahim terus terlepas daripada tangannya. Terasa seperti dunia menjadi gelap saat mendengar nama Adra disebut oleh Minah di Hospital.

"Hospital mana?"

"HKL Cik Shahim"

Tanpa menunggu lama, Shahim terus keluar daripada rumah. Kunci kereta salah satu milik Dato' Hamdan diambil pantas. Dia segera memecut keluar daripada perkarangan rumah dan terus menuju ke Hospital Kuala Lumpur.

☀️

Sampai sahaja di tempat letak kereta HKL, Shahim ternampak Yusuf yang juga baru tiba. Dia tahu pasti Yusuf mahu berjumpa dengan Umay.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now