BAB 45 ☀️

4.6K 345 7
                                    

Dua bulan berlalu dan dua bulan juga Adra tidak pernah berbual bersama Shahim. Dia faham dengan kerja lelaki itu. Pasti di sana tiada talian dan sebagainya.

Tugasnya sebagai model juga semakin hari semakin banyak. Dia juga tidak menang tangan dalam memenuhi permintaan beberapa syarikat terkenal.

Malah terdapat beberapa billboard yang terpampang wajahnya sebagai model papan tersebut.

Adra duduk di sebuah kerusi untuk melepaskan nafas. Akhir-akhir ini, tubuhnya terasa sedikit penat. Dia juga kekurangan tidur kerana kerja yang banyak.

"Kak Adra nak air?" Soal Tina yang baru sahaja selesai mengemas baju.

"Boleh juga"

Beberapa minit kemudian, muncul Tina dengan air sejuk. Dengan perlahan Adra meneguk air tersebut. Barulah hilang dahaganya.

"Lepas ni akak ada kerja lagi tak, Tina?" Soal Adra.

Dia fikir mahu merehatkan badan di rumah. Tiba-tiba kepalanya pening. Panadol juga sudah ditelan pagi tadi.

"Kejap kak"

Tina terus membuka telefonnya untuk memeriksa jadual Adra. Dengan wajah yang serius dia melihat semua jadual itu.

"Takde dah Kak. Harini, shoot sampai tengah hari je" balas Tina dengan nada riang.

Dia juga dapat berehat jika begitu.

"Alhamdulillah. Boleh akak rehat. Penatnya badan" luah Adra dan bersandar di kerusi.

"Itulah. Saya pun kesian tengok akak. Nak tolak job, akak tak kasi" ujar Tina.

"Rezeki jangan ditolak Tina. Ini rezeki kita berdua" balas Adra dengan rasa syukur.

Bukan dirinya tidak mahu menolak, tetapi dia suka dengan kerja itu. Tambah pula dia baru mengetahui tentang situasi keluarga Tina yang memerlukan wang yang banyak bagi membiayai kos pembedahan ibunya.

Dalam diam, dia mahu juga membantu pembantunya itu. Tina sudah cukup baik kerana telah membantu mengurus jadualnya. Tanpa Tina, dia juga sukar untuk mengurus semua tu.

"Baik Kak Adra. Kak Adra nak saya hantarkan balik ke?" Soal Tina.

"Tak rasanya. Akak drive sendiri tadi ke sini. Jadi akak balik sendiri juga la"

"Okaylah kalau macam tu. Tina minta diri dulu ya Kak. Ada mesej bagi tahu Tina untuk ke hospital" ucap Tina dengan nada debar.

"Baik Tina. Hati-hati" pesannya sebeum Tina hilang di balik pintu studio itu.

Adra juga berkemas sedikit beg tangannya sebelum keluar.

Sewaktu dia berjalan ke keretanya, tiba-tiba dadanya terasa kurang enak. Dia berasa berdebar tiba-tiba.

Malah Adra juga merasakan ada seseorang yang menuruti langkahnya daripada belakang. Tetapi apabila ditoleh, tiada sesiapa.

Dengan pantas, Adra berjalan masuk ke keretanya. Sudahlah tempat letak kereta itu gelap walaupun masih siang. Dengan bismillah, Adra menghidupkan keretanya dan berhati-hati memandu pergi.

☀️

Sampai di rumah, satu keluhan lahir di bibirnya. Selalunya dia akan menginap di rumah Dato' Hamdan mahupun Tan Sri Luqman.

Dia merasa sunyi jika pulang ke situ tanpa kehadiran Shahim. Tetapi disebabkan dia sudah cukup penat untuk memandu, dia memilih untuk duduk di situ.

Adra merenggangkan badannya yang terasa lenguh, dia mahu membersihkan badannya terlebih dahulu.

Belum sempat, dirinya mahu ke bilik air, telinganya menangkap bunyi cermin tingkap yang pecah di aras bawah.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now