BAB 34 ☀️

5.3K 352 20
                                    

Percutian mereka berdua tamat dengan bahagianya. Shahim juga berasa seronok dengan keadaan Adra yang semakin sihat. Berkat doa mereka berdua juga, hubungan mereka semakin akrab.

"Assalamualaikum" ucap Shahim sewaktu mereka sampai di rumah Tan Sri Luqman.

"Waalaikumussalam. Masuk-masuk. Mama kamu ada dekat dapur" jawab Tan Sri Luqman dan mengajak Shahim dan Adra untuk masuk.

Mereka berdua segera menyalam tangan Tan Sri Luqman. Selepas itu, Adra terus ke dapur untuk berjumpa dengan Puan Sri Khadijah.

"Macam mana dengan Adra? Dah okay?" Soal Tan Sri Luqman.

"Alhamdulillah. Dia dah sembuh, papa. Cuma Im risau jadi lagi benda ni nanti" luah Shahim tentang kerisauannya.

"InsyaAllah tak. Minta jauh la semua tu. Haa, ni papa nak tanya, kamu masuk kerja bila?" Soal Tan Sri Luqman dengan serius.

"Lagi dua minggu macam tu, kenapa papa?"

"Papa nak ajak kamu dengan Adra balik Perlis. Aunty Su kamu buat kenduri untuk anak dia"

"Bila tu papa? Nanti Im tanya Adra. Risau Adra ada hal lain"

"Hujung minggu ni. Hari sabtu. Tapi papa dengan mama nak gerak hari Jumaat" jelas Tan Sri Luqman.

"InsyaAllah papa, nanti Im bagi tahu semula. Qi mana pa? Tak nampak bayang pun"

Shahim mula tercari-cari kelibat adiknya itu. Terasa sunyi pula tiada budak itu.

"Qi ada tournament futsal dekat Putrajaya. Kamu tahu lah budak tu kan obses dengan bola. Papa malas nak halang" ujar Tan Sri Luqman dengan gelengan perlahan.

"Tak pe lah pa, dia pun dah habis belajar. Biarlah dia nak jadi apa" balas Shahim tentang perihal Rizqi.

"Papa bukan apa Im. Dia tu dah banyak dapat tawaran bekerja deka oil and gas tu. Tapi kamu tengok la, dia biarkan je tawaran tu sebab tak nak pergi jauh dari papa dengan mama. Haish" luah Tan Sri Luqman.

"Mungkin dia nak sambung legasi papa. Apa salahnya kan"

"Tapi papa tak nak anak-anak papa ni ikut jejak papa. Biarlah orang lain yang usahakan. Papa nak kamu berdua cuba bidang lain juga. Tak de lah terperuk dekat kerja yang sama dengan bapa dia orang" bebel Tan Sri Luqman.

Shahim hanya mengunci mulut. Dia juga tidak tahu untuk berkata bagaimana. Dari dulu, adiknya Rizqi itu mahu terjun ke bidang perniagaan sama seperti ayah mereka. Tetapi dihalang oleh Tan Sri Luqman. Disebabkan perkara itu, Rizqi memberontak dengan cara tidak bekerja.

"Apa yang dikeluhkan sangat tu bang" muncul Puan Sri Khadijah bersama Adra daripada dapur.

Adra juga mengambil tempat di sebelah Shahim.

"Nak keluhkan apa lagi kalau bukan tentang anak bongsu kita" balas Tan Sri Luqman.

Adra memandang pelik ke arah Shahim. Meminta penjelasan. Shahim hanya memberi gerak mata tanda jangan bertanya. Adra hanya mengangguk perlahan.

"Tak habis-habis lagi ke. Biarkan je la dia tolong awak dekat syarikat. Dengan anak sendiri pun nak berkira" bidas Puan Sri Khadijah.

"Malas saya fikir. Haa Adra, kamu free tak jumaat ni" tanya Tan Sri Luqman dengan laju.

"Err. Jumaat? Kenapa ya?"

Adra mula resah. Dia tidak bersedia dengan soalan itu.

"Papa ajak kita pergi Perlis. Ada kenduri anak Aunty Su. Awak free tak waktu tu?" Jelas Shahim.

"Ohh. Free je. Saya tak masuk kerja lagi" jawab Adra.

"Baguslah kalau macam tu, nanti ikut mama dengan papa pergi sana. Dapat lah Adra berkenalan dengan mak saudara Im ni" ujar Puan Sri Khadijah.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now