BAB 26 ☀️

5.2K 369 24
                                    

Yusuf menendang dengan kasar pintu bilik itu sehingga tercabut. Kapten Wadi yang turut berada di dalam bilik itu terkejut dengan tindakan Yusuf.

Malah Yusuf tidak mengendahkan kehadiran Kapten Wadi di situ dan terus menumbuk wajah lelaki yang menjadi punca kepada kehancuran di belah Kelantan itu.

Tumbukan Yusuf yang cukup kuat itu membuatkan gigi Fakhrul tercabut dan berdarah.

"Tahan Yusuf!!" Arah Kapten Wadi.

Beberapa tentera yang bertugas segera memegang tangan Yusuf.

"Bangs*t. Disebabkan kau banyak nyawa yang melayang. Kau tak layak untuk hidup!!" Jerkah Yusuf dan cuba untuk membelasah Fakhrul lagi.

Fakhrul pula hanya beriak biasa. Dia seolah sudah menyerahkan segala-galanya. Dia juga sudah selesai menyiapkan misinya.

"Sabar Yusuf!!" Marah Kapten Wadi.

"Macam mana saya boleh sabar kalau anak buah saya hampir maut disebabkan dia!!"

Mereka semua yang mendengar amukan Yusuf terdiam. Termasuk Kapten Wadi. Masing-masing sudah kenal dengan baran Yusuf.

"Saya tahu semua itu. Kita dah dapat dia. Jadi biarkan dia diadili dengan betul" ucap Kapten Wadi dengan tenang.

Yusuf menarik nafas sedalam yang mungkin dan merentap tangannya yang dipegang oleh mereka berdua. Selepas itu, dia terus berlalu pergi.

Lama dia duduk di situ, bertambah sakit hati dirinya. Jika Kapten Wadi tiada di situ, sudah lunyai Fakhrul dikerjakan olehnya.

Kapten Wadi mengeluh perlahan. Dia tidak dapat membayangkan bagaimana jika dia tiada di situ. Sudah tentu Yusuf akan melanggar segala prosedur yang sudah ditetapkan.

Fakhrul juga ditemui oleh mereka semua sewaktu lelaki itu sedang cuba untuk memasang bom di sekitar kawasan sekolah.

Semuanya dengan berkat Jebat yang mengesan tentang susunan bom yang dipasang. Andaian Jebat ketika itu tepat belaka. Dan mereka dapat menangkap Fakhrul dengan mudah dan selamat.

☀️

"Macam mana dengan keadaan Im?" Soal Yusuf saat tiba di pusat kawalan operasi.

"Alhamdulillah. Sekarang keadaan dia dah stabil. Peluru dalam perut dia juga dah dikeluarkan dengan selamat" jelas Naim.

"Alhamdulillah. Aku nak pergi lawat dia kejap. Kalau ada apa-apa hal, jumpa aku terus"

"Baik"

Naim melepaskan nafas lega. Mujurlah tiada yang buruk berlaku kepada Shahim. Walaupun Shahim berada dalam keadaan kritikal, Shahim masih berjaya berjuang. Mungkin disebabkan berkat doa seseorang.

☀️

Yusuf berjalan masuk ke dalam sebuah khemah di tapak operasi mereka. Kain langsir yang menutup sebuah sudut diselak perlahan. Matanya terus tertuju ke arah Shahim yang baru sahaja membuka mata.

"Kau okay?" soal Yusuf.

Shahim yang mendengar soalan Yusuf hanya memejam mata dan tersenyum tipis.

"Lepas ni kau buat aku susah hati lagi. Siaplah. Aku bagi tahu Adra" ugut Yusuf.

Shahim tersenyum sekali lagi. Dia tahu bagaimanan perasaan Yusuf. Dahulu dia memarahi Yusuf, tetapi kali ini sudah berlawanan.

"Tersenyum-senyum. Kau okay tak ni?"

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now