BAB 38 ☀️

4.8K 360 45
                                    

Keesokan paginya, Adra bangun lebih awal daripada Shahim. Dia memilih untuk duduk di luar rumah untuk menghirup udara segar.

Shahim pula sudah terlena setelah mereka selesai menunaikan solat Subuh. Penat melayannya semalam, gamaknya.

Kardigen yang dipakai oleh Adra dikemaskan supaya lebih selesa. Adra menjeling ke arah jam di tangannya. Jam sudah menunjukkan pukul 7.30 pagi.

Udara sejuk di pagi hari itu memberi sedikit keselesaan kepada Adra. Mujurlah kawasan homestay mereka itu di kawasan yang agak hujung, jadi tiada rumah lain berhampiran di situ.

Sewaktu Adra merenung ke arah sawah padi di hadapannya, dia perasan dengan bunyi motor yang menuju ke situ. Dia hanya melihat seorang perempuan bertudung yang muncul di situ.

Adra yang mengecam wajah perempuan itu mula berasa lain. Perempuan itu adalah Odah yang dilihatnya semalam.

Odah mematikan motornya dan berjalan ke arah Adra yang berdiri seorang diri di situ.

"Assalaamualaikum" sapa Odah dengan sebuah senyuman.

"Waalaikumussalam. Ya. Nak apa?" Tanya Adra langsung.

"Saya datang sebab nak bagi sarapan untuk awak dengan Shahim. Ni ada nasi lemak" ucap Odah dan menghulurkan satu plastik ke arah Adra.

"Susah-susah je awak bagi kita orang"

Walaupun kekok, Adra tetap menyambut pemberian itu. Risau jika dipandang pelik oleh Odah jika dia menolak.

"Tak susah pun. Lagi pun kalau Shahim balik sini, saya selalu keluar sarapan dengan dia" ucap Odah tiba-tiba.

Adra yang mendengar mula tersentak sedikit. Kenapa perlu memberitahunya saat itu?

"Oh yeke. Sorry ya, Im masih tidur sekarang" balas Adra dengan nada malas.

"Oh. Patutlah takde dia" tutur Odah perlahan tetapi masih boleh didengari oleh Adra.

"Ada apa-apa lagi ke nak cakap? Saya nak masuk dalam rumah dah" ucap Adra.

Dia berasa malas pula untuk melayan Odah. Dia perasan dengan sikap gadis itu yang kelihatan seperti mahu berjumpa dengan Shahim.

"Err. Saya nak tanya sesuatu boleh tak?" Tanya Odah teragak-agak.

Adra mula berasa lain. Nampaknya ada sesuatu yang bakal disebut oleh Odah.

"Tanyalah"

"Awak bercinta dengan Shahim dah lama ke? Kenapa tahun ni baru kahwin?" Soal Odah secara langsung.

Adra terus mengukir senyum. Dia sudah dapat mengagak niat Odah bagaimana.

"Aah dah lama. Sejak zaman sekolah menengah. Tapi sekarang baru kita orang nikah sebabkan hal-hal tertentu" jawab Adra dengan tenang.

"Eh. Lamanya korang bercinta. Tapi kenapa Shahim lambat masuk minang awak. Ke sebab Shahim tak yakin dengan awak?"

Adra yang mendengar soalan itu mula panas hati. Apa niat Odah sebenarnya. Dia fikirkan gadis itu baik.

"Kenapa awak cakap Im tak yakin?"

"Saya bukan apa awak. Sebab dulu Shahim pernah cakap yang dia akan minang saya. Cuma masa tu dia cakap dia ada girlfriend, jadi dia tak boleh minang saya. Dia minta saya tunggu dia dulu, lepastu saya dapat tahu yang dia dah berkahwin. That's why saya jumpa dia semalam" jelas Odah.

Adra yang mendengar kata-kata mula tersenyum sinis. Dia tidak sangka Odah pandai memusing cerita. Jika dibandingkan cerita Odah dan Rizqi, dia lebih mempercayai Rizqi.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now