BAB 2 ☀️

7.2K 409 16
                                    

Adra mengunci keretanya dan melangkah masuk ke dalam rumah. Kakinya dibawa laju ke dapur. Dia mahu menghilangkan rasa haus di tekak.

Selesai membasahkan tekak, Adra lantas bergerak ke arah luar rumah. Dia dapat mendengar beberapa suara yang sedang rancak berbual.

Dari jauh dia dapat melihat Datin Qaseh yang sedang duduk berehat di meja batu itu bersama ayahnya, Dato' Hamdan. Gelak tawa Datin Qaseh itu membuatkan senyuman terhasil di wajah Adra. Senang hatinya melihat kegembiraan mamanya yang dilayan baik oleh papanya.

Tanpa menunggu lama, Adra mencapai selipar dan berjalan ke arah orang tuanya. Dia mahu berbual-bual sedikit sebelum naik ke bilik.

"Assalamualaikum mama. Papa" sapa Adra dan mencium lembut pipi Datin Qaseh dan Dato' Hamdan.

"Waalaikumussalam" jawab mereka berdua serentak.

"Adra baru balik ke?" Soal Dato' Hamdan.

"Aah Papa. Baru je sampai tadi. Mama dengan Papa buat apa dekat sini?"

"Tadi, mama baru je siap cantas pokok bunga tu. Lepastu papa kamu datang bawa air. Itu yang kami berdua dekat sini" jelas Datin Qaseh.

Adra mengangguk faham dan duduk di sebuah kerusi kosong di antara Datin Qaseh dan Dato' Hamdan.

"Adra okay ke dengan kerja? Ada apa-apa masalah ke?" Tegur Dato' Hamdan.

"Semuanya okay je Papa. Job pun tak putus-putus masuk. Haa. Sebelum Adra terlupa, next week Adra kena pergi Korea. Ada kerja dekat sana" jelas Adra dengan semangat.

"Korea? Kerja apa pula Adra?" Datin Qaseh mula risau.

"Aah mama. Adra kena jadi model untuk salah satu company dekat sana. Jadi Kak Zura nak bawa Adra ke sana. Mama dengan papa izinkan tak?"

Dia risau jika Dato' Hamdan dan Datin Qaseh tidak membenarkan dirinya ke sana. Tambah pula, itu kali pertama dia mendapat pekerjaan di luar negara. Selalunya hanya di dalam negara sahaja.

"Hmmm. Papa setuju sahaja Adra ke sana. Lagi pun si Zura tu, papa dah kenal sangat"

Adra tersenyum lega apabila mendengar kebenaran daripada Dato' Hamdan.

"Mama pula?"

"Kalau Adra tolak. Jadi apa-apa ke?" Berat soalan yang diajukan oleh Datin Qaseh ketika itu.

"Kalau Adra tolak, syarikat Adra kena bayar pampasan dekat company Korea tu" jawab Adra dengan nada kendur.

Datin Qaseh mengeluh perlahan apabila mendengarnya. Nampaknya dia tidak mampu berbuat apa-apa. Jika itu sudah menjadi pekerjaan anaknya, dia hanya mampu redha.

"Tak apa lah kalau macam tu. Mama izinkan"

"Terima kasih mama"

Adra lantas memeluk tubuh Datin Qaseh. Sejak dulu, apa sahaja permintaannya, pasti akan disokong oleh Dato' Hamdan dan Datin Qaseh. Permintaannya juga bukanlah yang berat. Semuanya yang masuk akal sahaja.

"Haa Adra. Im macam mana sekarang? Ada balik ke?" Soalan Dato' Hamdan membuatkan senyuman Adra lekas mati.

"Adra tak tahu papa. Adra tak nak ambil tahu tentang dia" ucap Adra dengan dingin.

"Kenapa ni Adra? Kamu ada masalah ke dengan Im?" Datin Qaseh mula perasan dengan kelainan suara Adra.

"Adra dah penat mama. Adra penat dengan hubungan ni. Kalau papa ada anak kawan papa yang single, papa kenalkan la Adra dekat dia. Adra tak nak tunggu lelaki tu dah" luah Adra dengan wajah ketat.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now