BAB 32 ☀️

5.3K 356 27
                                    

Shahim dan Adra berjalan berpegangan tangan masuk ke dalam Strawberry Farm itu. Tiba-tiba Shahim teringin memetik buah strawberry. Selalu sangat berada di dalam hutan sehingga lupa rupa strawberry bagaimana.

"Betul ke ni boleh petik sendiri?" Soal Adra. Mahukan kepastian.

"Ya sayang. Nanti dia orang timbang lepastu saya bayar. Awak petik je buat strawberry tu" jawab Shahim dan menunjuk ke arah dalam ladang.

"Okay" Adra terus bergerak ke bahagian buah strawberry untuk memetik.

Begitu juga dengan Shahim. Dia juga memetik beberapa buah strawberry. Dari jauh dia melihat Adra yang seronok dengan buah-buah strawberry di situ.

Tiba-tiba dia ternampak sebuah yang agak besar daripada yang lain. Laju kakinya di bawa ke situ. Belum sempat dia memetik, terdengar suara halus di sebelahnya.

Shahim terus menoleh ke sebelah dan melihat seorang budak lelaki dalam lingkungan umur 5 tahun. Budak lelaki itu memandangnya lama.

Shahim cuba untuk menjegilkan matanya supaya budak lelaki itu pergi tetapi tidak berjaya.

"Adik nak apa?" Tanyanya terus.

"Tu. Saya nak buah yang tu" minta budak lelaki itu dan menunjuk ke arah buah strawberry yang besar itu.

"Tak boleh. Ni abang punya"

Shahim berkeras tidak mahu memberi kepada budak lelaki itu. Dia mahu memberikan kepada Adra.

"Abang kenalah mengalah dengan budak kecil" balas budak lelaki itu dengan berani.

"Kalah tak kalah, siapa cepat dia dapat" ucap Shahim dan terus memetik buah strawberri itu.

Sempat dia menayangkan wajah berlagak di hadapan budak lelaki itu. Belum sempat dia bersuara, kepala sudah dipukul perlahan dengan bakul kecil itu.

"Dengan budak kecil pun nak gaduh ke awak ni?" Bebel Adra.

Shahim terdiam seketika. Dia tidak sangka Adra ternampak perbuatannya.

"Nah. Untuk adik"

Adra mengambil strawberry besar itu dan meletakkan di dalam bakul budak lelaki itu. Budak lelaki itu terus mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi.

"Kenapa bagi, sayang. Itu untuk awak" rengek Shahim apabila melihat budak lelaki itu pergi.

"Eeee. Saya dah kutip banyak dekat sana. Buat apa, besar-besar. Rasanya sama juga" ucap Adra dan mencubit lembut pipi Shahim.

"Ala. Tapi kan special tu. Besar. Lain daripada yang lain" luah Shahim kerana tidak puas hati.

"Cukup Shahim Razin. Sebelum saya yang mengamuk dekat sini, baik awak senyap" marah Adra.

Shahim terus mencebik. Hatinya berasa sedikit sedih kerana dimarahi oleh Adra. Dia cuma mahu hadiahkan kepada Adra tetapi tidak diendahkan oleh Adra.

Hujungnya, mereka membayar buah strawberry yang dikutip dan bergerak pulang ke hotel untuk solat Zuhur. Di dalam kereta juga, Shahim hanya mengunci mulut. Setiap bicara yang diucap oleh Adra hanya dibalas dengan anggukan kepala.

☀️

Selesai solat, Shahim terus merebahkan tubuhnya ke atas katil. Dia hanya membiarkan sahaja Adra yang sedang melipat telekung.

"Merajuk ke?" Soal Adra. Sengaja mahu bertanya.

Diam.

Shahim hanya mengunci mulut, dia tidak mahu bersuara.

"Okay. Saya nak jalan-jalan seorang diri, pinjam kereta ya" ucap Adra dan mengambil kunci kereta.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now