BAB 23 ☀️

5.5K 358 23
                                    

Shahim memegang kemas telefonnya saat itu. Selepas ini, dia perlu serahkan telefon itu ke pusat kawalan. Mereka tidak akan dibenarkan lagi untuk berhubung dengan dunia luar.

Naim di sebelah Shahim hanya mampu menepuk bahu sahabatnya itu. Tugas mereka kali ini agak berbahaya jika dibanding dengan kerja-kerja sebelum ini.

Yusuf juga sudah bergerak ke Kampung Gemersik untuk melihat situasi di sana. Malah beberapa komando yang lain juga sudah bergerak ke tempat masing-masing.

Nahdi yang baru sahaja selesai memakai baju kelengkapannya mengangkat kening ke arah Shahim. Jarang dia melihat wajah lelaki itu seperti itu. Betul-betul masam.

"Kau asal ni. Jangan main-main pula" tegur Nahdi dan membetulkan tali pinggangnya.

"Aku okay. Cuma aku masih terkejut dengan bom yang berlaku tadi"

"Kalau kau tak nak terkejut, kita kena selesaikan misi ni dengan segera. Lagi cepat dia orang dibunuh, lagi cepat negara kita aman" balas Nahdi tanpa sebarang riak di wajah.

Shahim dan Naim segera mengangguk. Mereka berdua segera menuruti langkah Nahdi ke arah sebuah kereta.

Perjalanan yang membawa mereka ke tebing sungai hanya memakan masa selama 10 minit. Di tebing sungai itu, sudah terdapat beberapa PASKAL yang bertugas.

Mereka semua menabik ke arah Nahdi yang baru sahaja muncul di situ. Malah salah seorang daripada mereka juga bergerak ke arah Nahdi untuk melaporkan situasi semasa.

"Kami jangkakan mereka semua mahu beegerak ke sini dalam keadaan yang ramai tengah malam ni, Tuan" jelas anak buahnya.

"Ramai? Apa maksud kau?" Soal Nahdi pelik.

Shahim dan Naim juga hanya memasang telinga di belakang Nahdi.

"Pihak pengintip yang dihantar oleh Tuan pagi tadi telah melihat beberapa buah bot tiba di markas mereka. Malah beberapa senjata juga dipunggah daripada bot tersebut dan dibawa masuk ke dalam markas mereka" jelasnya lagi.

"Nampaknya mereka nak musnahkan kawasan ni secepat yang mungkin. Terima kasih atas laporan kau. Panggil Aizat untuk datang ke sini. Aku perlukan dia kalau ada bom dekat sana" ucap Nahdi.

"Baik Tuan"

Anak buahnya itu terus hilang dalam memanggil Aizat. Beberapa minit kemudian muncul seorang lelaki yang berpakaian sama seperti Nahdi. Beliau juga sudah bersiap sedia lebih awal.

"Kenalkan ini orang kanan aku, Aizat Hamzah. Sharpshooter dan unit bom dalam pasukan aku" ucap Nahdi dalam memperkenalkan Aizat.

"Selamat berkenalan Tuan berdua. Aku, Aizat Hamzah. Boleh panggil sebagai Ijat" ucap Aizat dan menghulurkan tangan untuk bersalaman.

"Aku Shahim. Dan ini Naim. Kami berdua dari unit GGK" balas Shahim. Mereka berdua juga berjabat dengan Aizat.

"Dah. Jangan nak meleret sangat. Kita kena gerak sekarang. Aku tak nak kita sampai sana waktu malam. Kalau boleh, sebelum matahari terbenam, kita dah ada dekat sana" jelas Nahdi. Serius.

"Baik!!!" Jawab mereka bertiga serentak.

Shahim sempat memandang ke arah dada langit yang sudah hampir senja itu. Dia seperti melihat wajah Adra di sana. Hatinya mula berasa berdebar.

'Ya Allah. Kau lindungilah isteriku. Lindungilah dia sehingga aku pulang. Dan bawalah aku pulang kepadanya secepat yang mungkin' gumam Shahim dalam doanya.

☀️

Sampan yang dibawa dengan perlahan di Sungai Golok itu bergerak dengan kadar yang perlahan dan baik. Aizat juga sempat menukar beberapa arah sampan mereka supaya tidak terpesong ke arah lain.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now