BAB 4 ☀️

5.9K 399 13
                                    

Adra yang baru sahaja selesai menunaikan solat Subuh memandang ke arah pintu bilik. Ketukan dan suara Dato' Hamdan di luar membawa Adra untuk membuka pintu.

"Ya papa. Kenapa?" Soalnya pelik.

"Im ada dekat bawah. Dia baru sampai subuh tadi" jelas Dato' Hamdan.

Adra lantas terkejut. Dia tidak sangka Shahim akan pulang seawal itu. Malah sudah berada di rumahnya.

"Jadi. Apa kaitannya dengan Adra?" Soal Adra semula.

"Adra. Kenapa cakap macam tu. Walau macam mana sekalipun, dia tu tetamu dekat rumah ni. Hormat sikit" tegur Dato' Hamdan.

"Dia cuma tetamu untuk papa dengan mama. Bukan dengan Adra. Adra tak nak jumpa dengan dia. Titik" ujar Adra dengan nada serius.

"Jumpa sekejap pun tak boleh ke Adra?" Pujuk Dato' Hamdan.

"Tengok muka dia, Adra dah naik menyampah, pa. Tak de guna kalau Adra jumpa dia. Adra nak bersiap pergi kerja ni. Adra tutup pintu ya" ucap Adra dan menutup pintu bilik.

Dato' Hamdan hanya mengeluh perlahan. Keras sungguh hati anak gadisnya itu. Benar-benar sudah tawar hati.

Adra yang berada di atas katil berasa geram. Sakit hatinya apabila Shahim datang ke rumahnya itu. Dia tahu lelaki itu pasti mahu memujuknya.

Dia sudah lali dengan semua itu dan dia sudah penat. Dia tidak mahu lagi memikirkan tentang hubungan cinta mereka yang tergantung sepi itu.

Dia penat.

☀️

Shahim duduk di ruang tamu sementara menunggu Datin Qaseh muncul. Tangannya juga sudah beberapa kali diramas kerana gemuruh.

"Maaf buat Im menunggu, minumlah air ni" muncul Datin Qaseh dengan sedulang air.

"Terima kasih Aunty"

Air yang diisi di dalam cawan itu segera diteguknya. Haus betul tekaknya di petang hari macam tu.

"Im baru habis operasi ke? Lama Aunty tak jumpa"

"Aah Aunty, tugas dekat Lahad Datu tu dah selesai" jawabnya.

"Alhamdulillah. Waktu Aunty baca tentang berita tu pun, Aunty dah risau. Tambah pula kamu bertugas dekat sana" balas Datin Qaseh.

Shahim hanya mengangguk dan tersenyum tipis. Dirinya juga bertuah kerana masih terselamat.

Datin Qaseh yang terpandang ke arah anak gadisnya segera menegur.

"Adra. Marilah tegur Im ni. Dia datang sebab nak jumpa kamu" panggil Datin Qaseh.

"Suruh dia balik je Mama. Adra tak nak jumpa dengan dia" balas Adra dengan nada kasar.

Shahim yang mendengar lantas terasa. Dia tahu sebab Adra memarahinya. Dan itu adalah salahnya sendiri.

"Kenapa cakap macam tu, Adra. Im datang sini sebab nak bercakap dengan kamu. Cuba hargai" tegur Datin Qaseh.

"Buat apa Adra nak hargai dia, kalau dia sendiri tak hargai Adra. Dah la mama. Adra nak keluar dengan Zayn. Assalamualaikum" balas Adra dan berlalu keluar dari rumah itu.

Datin Qaseh hanya mengeluh perlahan. Nampaknya hati anak gadisnya itu benar-benar terluka.

Shahim juga hanya menunduk ke bawah. Bagaimana dia mahu memujuk hati kekasihnya itu.

"Im jangan ambil hati ya. Emosi dia dua tiga hari ni tak berapa baik"

"Tak apa Aunty. Im faham. Tapi siapa Zayn?"

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Onde histórias criam vida. Descubra agora