BAB 13 ☀️

6.2K 418 37
                                    

Shahim dan Naim memandang antara satu sama lain. Masing-masing seperti tidak mahu membuka langkah.

Yusuf yang sudah menanti kehadiran mereka berdua merenung tajam. Ada sesuatu yang hendak dia perkatakan kepada mereka berdua.

Masing-masing mengambil kerusi kosong di hadapan Yusuf. Malah mereka berdua juga tidak berani untuk menatap mata Yusuf.

"Asal tak pandang muka aku?" Tegur Yusuf apabila melihat Shahim dan Naim memandang ke arah lain.

"Err. Kejap ya Yusuf. Kita order makanan dulu" ucap Naim dan dengan laju memanggil mamak.

Selesai mengambil order, situasi menjadi diam semula. Naim hanya menekur memandang meja yang berkilat itu.

"Aku minta maaf Yusuf sebab tak bagi tahu kau" ucap Shahim dengan laju.

Daripada Yusuf sendiri yang mengucapkannya, lebih baik dirinya dahulu.

"Tak bagi tahu apa?" Soal Yusuf kembali.

Naim sudah mengigit bibirnya kerana berasa talut.

"Aku minta maaf sebab libatkan Naim sekali dengan kes polis tu. Dan aku minta maaf sebab tak bagi tahu kau dulu. Waktu tu aku cuma nak selamatkan Adra. Maafkan aku, Yusuf" luah Shahim dengan bersungguh.

Satu keluhan lahir di bibir Yusuf. Naim juga hanya mengunci mulut. Salahnya juga kerana tidak memberitahu Yusuf.

"Mujurlah kes tu selesai dengan baik. Kalau sebaliknya? Habis kau orang berdua kena gantung kerja. Mujur Akmal dah contact dan inform aku. Kalau tak, sampai kesudah aku tak tahu. Paling dahsyat, aku tahu daripada Kapten Wadi. Tak ke naya?" Bebel Yusuf.

"Maaf Yusuf" ucap mereka berdua serentak.

"Sekarang Adra macam mana?" Soalan diubah pula kepada Adra.

"Alhamdulillah dia okay" nada suara Shahim terus berubah ceria.

Naim di sebelah sudah membuat muka menyampah. Mentang-mentang Adra sudah menerimanya semula. Bahagialah kawannya tu.

"Lepas ni kalau kau buat Adra terluka lagi, nahas kau" ucap Yusuf tiba-tiba.

"Eh kau. Itu kan girlfriend aku. Aku bagi tahu Umay" ugut Shahim pula.

"Adra tu aku dah anggap macam sahabat dengan adik perempuan aku. Kau lupa ke? Apa-apa masalah, Adra selalu cari aku?"

"Memang la. Tapi ayat kau tu macam ada hati dekat Adra"

"Adra tu sekadar adik je bagi aku. Umay tu, bidadari aku. Qalbi aku" ucap Yusuf dan tersenyum lebar.

"Mula dah" ucap Naim perlahan.

Malas dia mendengar kata-kata manis Yusuf untuk Umay. Pasti tekaknya terasa loya.

"Kau tunggu la nanti Adra jadi isteri aku. Kalah kau nanti" balas Shahim dengan semangat.

"Kau nak kahwin dengan dia dah ke? Kau kan suka biarkan Adra tergantung sepi" perli Yusuf.

"InsyaAllah, jumaat ni, aku dengan family aku nak pergi masuk meminang dia dan terus bertunang. Dan malam nikah terus"

Shahim tersenyum senang. Perbincangannya bersama Tan Sri Luqman dan Puan Sri Khadijah semalam telah meletakkan kata putus seperti itu. Mereka berdua juga gembira dengan keputusan Shahim.

"Kau serius ni Im? Tak tipu?" Yusuf sukar untuk mempercayainya.

"Ya. Aku serius. Sebelum kita balik kem. Aku nak Adra jadi milik aku yang sah. Aku nak dia jadi isteri aku yang halal"

Naim di sebelah Shahim menganggukkan kepala tanda bangga dengan sahabatnya itu. Seperti telah berubah daripada jahat ke baik. Insaf katakan.

"Alhamdulillah lah kalau betul. Aku doakan urusan kau orang berdua berjalan lancar. Kau, Naim. Bila pula?" Soalan Yusuf bertukar kepada Naim pula.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now