BAB 39 ☀️

4.8K 351 28
                                    

Shahim mengeluh perlahan apabila melihat Adra yang berwajah ketat di hadapan cermin solek itu. Malah sarapan juga tidak diambil oleh Adra disebabkan kes tersebut.

"Lepas habis kenduri ni, kita balik kan?" Ucap Adra dan melihat Shahim melalui cermin solek.

"Aah. Kita gerak balik terus" jawab Shahim dengan laju.

Adra terus meneruskan solekannya. Dia mahu kelihatan cantik di kenduri itu. Biar semua orang cemburu. Biar overshadow pengantin baru yang berlagak itu.

"Sayang pakai baju mana ni? Bukan cakap nak pakai baju kurung ni?" Soal Shahim apabila melihat sehelai dress tergantung di almari.

Dress itu juga bewarna khaki sama dengan baju melayunya.

"Saya nak pakai dress tu. Kenapa? Tak cantik ke?" Soal Adra dengan serius.

"Cantik. Tapi tak risau ke dia orang bercakap nanti?" Ucap Shahim perlahan.

"Cakap atau tak. Ini pilihan saya. Siapa suruh dia orang cari pasal dengan saya. Dia ingat saya ni jenis lembik. No way, this is Adra Raeesa!" Ucap Adra bersungguh.

Shahim tergelak kecil apabila melihat cara Adra. Dia cukup kenal dengan Adra. Adra pantang dicabar orangnya. Bukan sejenis yang mudah mengalah.

"Saya nak awak duduk dengan saya je. Jangan pergi tempat lain. Awak tu dah la handsome, semua perempuan asyik teleng ke awak" bebel Adra lagi.

"Sama juga dengan isteri saya ni. Ramai lelaki yang asyik pandang awak" bisik Shahim sewaktu dia memegang bahu Adra dan melihat Adra di cermin.

"Eeee. Saya masih geram dengan si Odah tu. Tak tahu malu" luah Adra sambil memegang dagu Shahim.

"Jangan fikir sangat sayang. Saya tak de hati pun dekat dia. Lagi pun saya dah tahu yang dia memang sejenis suka buat cerita. Jadi, jangan percayakan dia" pesan Shahim.

Adra hanya mencebik mulut. Hatinya masih geram dengan sifat pura-pura Odah itu. Mahu sahaja dia cilikan.

☀️

Suasana di kenduri itu penuh dengan suara-suara tetamu yang hadir. Malah lagu yang dipasang juga kena dengan suasana di situ.

Adra dan Shahim berjalan sambil berpegangan tangan sewaktu tiba di situ. Malah beberapa tetamu yang melintasi dan terpandang ke arah mereka juga mula berbisik.

Terutama sekali berkaitan dengan penampilan Adra yang cantik berseri. Di tambah pula dengan rambut lebat perang milik Adra yang jatuh cantik itu.

"Sayang cantik sangat la. Rasa nak cucuk je mata orang lelaki dekat sini" bisik Shahim dengan nada geram.

"Biarkan mereka, yang penting sekarang saya ada dengan awak. Tangan awak ni yang saya dah genggam. Don't worry, awak, saya punya" ucap Adra dan tersenyum.

Shahim hanya tersenyum tipis apabila mendengarnya. Sakit hatinya apabila mereka semua dapat melihat senyuman Adra untuknya itu.

"Baru sampai?" Muncul Rizqi yang berpakaian melayu bewarna maroon.

"Aah. Tak makan lagi ni. Mana mama dengan papa?" Soal Shahim dan mencari kelibat orang tuanya.

"Mama dengan papa tengah ada dekat dalam. Tak tahu la berbual apa. Abang dengan Kak Adra pergi la makan dulu" ucap Rizqi.

"Okay la kalau macam tu. Kau nak pergi mana? Tak makan sekali"

"Qi dah makan tadi. Ni nak jumpa orang jap" ucap Rizqi.

Shahim hanya mengangguk dan membiarkan sahaja Rizqi pergi. Adra di sebelah mula tertanya-tanya. Siapa yang ingin Qi jumpa di situ?

"Qi nak pergi jumpa buah hati dia eh?" Soal Adra sewaktu mereka duduk di meja makan.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now