BAB 49 ☀️

4.6K 355 18
                                    

Saat sampai di lobi syarikat Adra, suasana yang agak tegang kedengaran di telinga Adra dan Sandra. Mereka berdua segera bergerak ke arah lobi bawah itu.

Adra dan Sandra terkedu apabila melihat sebuah banner yang digantung di pintu masuk. Banner tersebut memaparkan wajah Adra dan terdapat kesan pangkah bercat merah di wajah Adra.

Malah terdapat ayat yang berbaur ugutan ditulis di dalam banner itu.

Tina yang kebetulan ternampak Adra dan Sandra segera bergerak menuju ke arah mereka.

"Kak Adra baru sampai ke? Lebih baik kita naik dulu. Pengawal sedang cuba untuk turunkan banner tu" ucap Tina.

Adra masih kaku di tempatnya. Jantungnya berdegup laju secara tiba-tiba. Malah perasaannya juga berubah menjadi berdebar. Malah debar yang agak luar biasa.

"Adra?" Tegur Sandra apabila perasan dengan kelainan pada diri Adra.

"Sandra. Saya nak balik" ucap Adra sambil memegang dadanya yang terasa sakit.

Beberapa pekerja yang sememangnya berada di bahagian lobi juga tertoleh-toleh ke arah Adra kerana banner tersebut. Malah kedengaran juga bisikan-bisikan halus yang menyalahkan diri Adra.

"Lebih baik kita naik sekarang, Sandra. Saya risau jadi apa-apa dekat Kak Adra" cadang Tina.

"Baik. Kita bawa Adra naik dulu"

Sandra segera membawa Adra untuk naik ke tingkat 6. Malah di dalam lif juga mereka bertembung dengan Zayn.

"Kau kenapa ni Adra?" Soal Zayn pelik.

Jarang dia melihat Adra seperti itu.

"Maaf ya Zayn. Kak Adra perlukan rehat sekarang" ucap Tina sebagai pencelah.

"Nanti apa-apa call saya" pesan Zayn sebelum pintu lif tertutup.

Zayn mula risau. Dia juga dapat mendengar perbualan beberapa staf di situ berkaitan dengan ugutan terhadap Adra. Difikirkan hanya peminat yang menyukai Adra tetapi lebih teruk.

☀️

Adra meneguk air mineral itu dengan laju. Tangannya juga sudah mengigil kuat. Dari jauh dia melihat Sandra yang sedang berbincang bersama Kak Zura dan Tina.

Masing-masing mempamerkan wajah yang serius. Nampak serius tentang hal banner yang digantung itu. Malah cctv juga tidak dapat mengesan wajah si pembuat.

'Im. Baliklah. Saya perlukan awak sekarang. Saya takut'

Gumam Adra banyak kali di dalam hati dengan mata berair. Tangannya juga memegang kemas kepalanya tanda tekanan.

Dirinya benar-benar di tahap yang sudah melebihi had. Mungkin semua melihatnya seperti biasa. Tetapi di dalam dirinya, dia sudah hampir rebah.

Tambah pula dengan banner yang digantung di syarikat itu membuatkan Adra terasa mahu memejam matanya sehabis mungkin. Dia malu dengan pandangan semua orang terhadapnya.

"Adra" ucap seseorang yang dekat dengannya.

Adra membuka mata dan melihat Adrian di hadapannya. Tanpa diminta air matanya gugur. Dia terasa seperti mendengar suara Shahim ketika itu.

"Abang Ad ada dengan Adik. Adik jangan risau" ucap Adrian dan menarik Adra ke dalam pelukannya.

Adra terus menangis teresak-esak. Dia benar-benar buntu ketika itu.

"Syhhh. Abang Ad akan cari orang yang buat semua ni. Abang Ad janji" ungkap Adrian bersungguh.

Hatinya cukup terbakar saat mengetahui tentang banner tersebut daripada Sandra. Kebetulan dirinya terasa mahu menjenguk Adra di tempat kerja.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now