BAB 55 ☀️

5.4K 347 38
                                    

Dua minggu berlalu selepas peristiwa Adra diserang di syarikatnya. Malah ekoran daripada itu juga, populariti Adra semakin meningkat naik. Ramai yang sudah mengenali Adra sebagai seorang model.

Malah terdapat juga beberapa syarikat produksi yang menawarkan Adra untuk berlakon. Tetapi ditolak oleh Adra. Dia tidak mahu semua itu kerana bukan minatnya. Tambah pula, Shahim kurang senang dengan perkara itu.

Disebabkan itu, Adra hanya melakukan kerjanya sebagai seorang model. Kerjanya itu juga sudah kena dengan jiwanya. Malah syarikat yang mengambilnya juga tidak membebankan dia dengan kerja yang banyak ekoran daripada kandungannya yang sudah masuk 4 bulan.

"Cantiknya model tu. Dia single lagi ke?" Soal seorang lelaki yang kebetulan berada di bawah syarikat yang mengambil Adra untuk memperagakan pakaian mereka.

"Ish kau ni. Single apanya, dia dah kahwin. Sekarang tengah pregnant 4 bulan" tegur rakannya pula dengan gelengan.

"Laa. Aku tengok dia macam single je. Biasalah perempuan cantik kan"

Rakannya hanya mengelengkan kepala. Dia tahu sikap rakannya itu yang agak gatal. Pantang nampak perempuan cantik.

"Ehem. Boleh ke tepi sikit?" Teguran seorang lelaki dari arah belakang mengejutkan mereka berdua.

Mereka berdua mengerutkan dahi apabila melihat seorang lelaki yang memakai jaket bewarna hitam dan topi hitam. Persis seorang model.

Dengan segera mereka berdua memberi ruang kepada Shahim untuk ke depan.

"Tu siapa pula? Model baru ke?" Soal lelaki tadi.

"Entah lah. Aku tak kenal. Setahu aku, syarikat kita ambil model perempuan je"

Mereka berdua yang asyik berborak antara satu sama lain terkejut apabila melihat Adra memeluk lelaki tadi. Kedua-duanya ternganga kerana terkejut.

Pekerja yang lain juga memberi reaksi yang sama. Masing-masing terkejut dengan kehadiran suami Adra.

"Kenapa tak cakap nak datang?" Soal Adra selepas melepaskan pelukan itu.

"Saje. Nak buat suprise. Lagipun saya nak tengok sendiri macam mana isteri saya ni bekerja" ucap Shahim dan merenung ke arah Adra yang cantik bertudung.

"Jangan pandang saya macam tu, Im. Segan saya" bisik Adra perlahan.

Mata-mata yang memerhati mereka berdua juga sudah cukup membuatkan Adra malu.

"Isteri saya ni cantik sangat. Manis je bertudung" puji Shahim dan memaut lembut bahu Adra.

Mereka berdua didatangi oleh Kak Zura yang kebetulan berada di situ. Kak Zura terus menyapa Shahim. Dia sudah kenal dengan Shahim sebelum mereka berdua berkahwin lagi.

"Apa khabar Shahim?"

"Khabar baik Kak Zura" balas Shahim dengan ramah.

"Mari la join kita orang dinner. Adra pun dah selesai kerja dia" ajak Kak Zura.

"Maaf ya Kak Zura. Saya terpaksa tolak. Saya ada hal dengan Adra kejap lagi" tolak Shahim dengan lembut.

Adra yang mendengar kata Shahim mengerutkan dahi. Seingatnya mereka tiada perancangan pada malam itu.

"Oh yeke. Takpe lah kalau macam tu. Lain kali kalau ada rezeki, kita makan sama ya. Akak minta diri dulu ya" pinta Kak Zura.

Shahim hanya tersenyum dan melihat Kak Zura yang berlalu pergi dengan pekerja lain.

"Kita ada nak pergi mana-mana ke?" Soal Adra pelik.

"Yes. Saya nak bawa awak pergi satu tempat ni" ucap Shahim dengan nada gembira.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα