BAB 5 ☀️

6.2K 406 17
                                    

Adra berjalan laju ke arah luar mall. Hatinya benar-benar terbakar dengan kehadiran Shahim di situ. Buat masa itu, dia tidak mahu bersua dengan Shahim.

"Nak apa?!" Tanyanya kasar saat mereka berdua berada di luar mall.

Tetapi, Shahim hanya mendiamkan diri dan menarik lengan baju Adra supaya mengikutnya ke kereta.

"Awak nak bawa saya ke mana? Lepaskan baju saya la!" Jerit Adra apabila Shahim menariknya ke kereta.

Kereta milik Shahim yang sudah diparking di tepi jalan itu segera dihidupkan oleh Shahim.

"Masuk" arah Shahim dan memaksa Adra untuk masuk ke dalam.

Adra yang sudah berada di dalam kereta berusaha untuk keluar tetapi tidak berjaya kerana dikunci oleh Shahim. Tanpa menunggu lama, kereta itu mengaum pergi daripada mall tersebut.

Adra mula menarik wajah ketat. Sakit hatinya apabila diperlakukan oleh Shahim seperti itu. Setiap kehendaknya tidak dihiraukan langsung oleh Shahim.

Shahim pula hanya memandu laju ke arah sebuah tempat.

☀️

Sampai ke destinasi yang dituju, Shahim memberhentikan keretanya dengan segera. Adra mengeluh apabila melihat kawasan itu. Dia cukup kenal dengan kawasan itu.

"Keluar. Kita bincang dekat luar" ucap Shahim dan keluar daripada kereta.

Adra mendengus kasar dengan situasi itu. Mahu tidak mahu, dia terpaksa juga keluar daripada kereta.

"Apa motif awak bawa saya ke sini? Nak pujuk saya?" Sindir Adra dengan tangan yang sudah disilangkan.

"Yes. Saya nak ingatkan awak tentang kenangan kita. Tentang kenangan indah kita berdua sebelum ni. Tentang saya yang masih cintakan awak" luah Shahim.

Wajahnya masih dalam keadaan serius. Tiada langsung senyum di bibir.

"Dah lapuk. Saya dah buang kenangan tu jauh-jauh. Dalam otak saya sekarang, kenangan saya berkaitan dengan awak dah kosong"

"Kalau kita berdua dah halal. Dah lama saya peluk awak sekarang. Saya akan tetap pujuk awak untuk tarik balik kata-kata awak, Adra. Saya tak nak hubungan kita terhenti macam ni" ujar Shahim.

Adra mula berasa tidak selesa. Dia tahu Shahim benar-benar maksudkan ayatnya itu.

"Saya penat Im. Saya penat dengan semua janji awak. Saya dah terlalu penat untuk tunggu awak" ujar Adra dengan nada sebak.

Apabila dia mengingat semula apa yang berlaku di antara dirinya dan Shahim, hatinya terasa sakit. Dia juga sama seperti Shahim, tidak mahu berpisah. Tetapi dalam masa yang sama, hatinya juga sudah hampir tawar.

"Give me a second chance, Adra. Saya akan bahagiakan awak sama macam janji saya 15 tahun lepas. Saya akan masuk minang awak secepat mungkin. Saya akan ambil awak sebagai isteri saya. Sebagai pendamping saya" luah Shahim dengan nada ikhlas.

"Another promise?" Balas Adra dengan senyuman palsu.

Ayat itu adalah sama seperti tahun-tahun yang lalu. Ayat yang sering diberikan oleh Shahim kepadanya. Tetapi hujungnya, Shahim memilih pekerjaannya. Dirinya pula ditolak ke tepi seolah tidak penting.

"Kali ni, saya tak akan bermain dengan janji saya. Trust me"

"Enough Im. Maybe we were meant to meet but not to be. I'm tired" ucap Adra dengan mata yang kendur.

Shahim terdiam. Itu pertama kali dia melihat raut wajah Adra seperti itu. Seolah tidak mempunyai apa-apa perasaan kepadanya lagi.

"Awak tak ingat ke dekat tempat ni Adra?" Soal Shahim dengan penuh harap.

"Jangan buat saya rasa bersalah Im. Kalau kita bersama sekalipun, semuanya tak kan sama seperti sebelum ni. Hati saya dah terlalu penat dengan awak" balas Adra dan cuba menahan air mata daripada menitik.

Shahim cuba menahan sakit di hatinya. Dia tidak mampu untuk memujuk Adra lagi. Saat itu, dia berasa seperti bertemu dengan gadis lain yang langsung tidak dikenali olehnya.

"Tapi saya tetap cintakan awak Adra. You're one is enough for me"

"Me too. I dont want it come to an end. I sincerely do not. It's horrible how much I want to be with you, despite all the dirt you dragged me through, the tears you forced me to cry and the scars you forced me to bear. And you know what? Regardless how much you hurt me. I don't want it to come to an end. But all of this thing is broken because of you. I'm tired. I'm too tired just being you girlfriend. Please. Let me go, Im. Give me a chance to find my happiness" luah Adra dengan air mata yang mengalir ke pipi.

Saat itu, dia benar-benar mengharapkan Shahim faham dengan kehendaknya.

Shahim memejam mata saat mendengar luahan Adra. Cukup mendalam baginya kata-kata itu. Lama dia mengunci mulut sehingga sebuah keluhan berat lahir di bibirnya.

"If that you want. I will let you go. But, I just want you to know that I still love you until my last breath. Adra Raeesa. I love you" balas Shahim dan berlalu ke arah keretanya.

Selepas itu, Adra ditinggalkan seorang diri di kawasan itu. Adra hnya mampu menangis teresak-esak. Dia juga sayangkan Shahim. Dia juga cintakan Shahim.

Tetapi hatinya terlalu penat dalam menunggu janji Shahim. 15 tahun yang cukup lama berakhir dengan perpisahan. Janji-janji mereka semuanya lebur pada hari itu.

☀️

Khai memberhentikan keretanya di tepi jalan itu. Kakinya laju dibawa ke arah Adra yang sedang menangis di bangku kayu itu.

"Adra" Khai terus memeluk tubuh Adra.

"Kita orang dah selesai, Khai. We are nothing" luah Adra dengan esakan laju.

Khai mengeluh perlahan. Nampaknya tiada apa yang baik berlaku kepada mereka berdua di situ. Hanya perbalahan sahaja dan bukannya perbincangan.

"Jadi kenapa kau menangis? Ni air mata bahagia kau ke?" Soal Khai dan memandang mata Adra.

"Hati aku rasa kosong. Aku rasa macam aku hilang sesuatu yang cukup berharga. Aku rasa sedih sangat-sangat sedangkan semua ni apa yang aku inginkan" ujar Adra dan memegang dadanya.

"Dekat sini dah jadi buktinya. Kau masih sayangkan Im. Kau masih cintakan Im. Kau orang berdua hanya perlukan masa untuk masing-masing sedar" pujuk Khai dengan lembut.

"Aku tak tahu Khai. Aku benar-benar buntu. Aku tak nak teruskan hubungan ni tapi dalam masa yang sama aku sayangkan dia"

Khai lantas menarik Adra ke bahunya. Dia hanya membiarkan Adra menangis semahu-mahunya. Dia tahu sahabatnya itu cukup sayang dengan Shahim.

Tetapi sikap ego Shahim dan penantian Adra yang terlalu lama membuatkan hati Adra kosong. Sayang itu ada tetapi sukar untuk ditafsirkan oleh Adra.

Bohonglah kalau dirinya mahu hentikan semua itu sepantas itu. Mustahil 15 tahun itu ranap begitu sahaja. Tetapi itu sahaja pilihan yang ada. Dia mahu mereka berdua mencapai kebahagiaan masing-masing.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now