BAB 40 ☀️

5.3K 347 38
                                    

Perjalanan mereka pulang semula ke Kuala Lumpur menjadi sunyi. Adra hanya mengunci mulut sepanjang jalan. Manakala Shahim juga begitu. Masing-masing seolah bermain dengan perasaan sendiri.

"Awak hantar saya dekat rumah mama" ucap Adra tiba-tiba.

Saat itu, mereka baru sahaja melintasi tol Rawang. Shahim menoleh ke arah Adra. Permintaan Adra itu agak tiba-tiba baginya.

"Mama minta datang jumpa dia ke?" Soal Shahim.

"Tak. Saya nak balik jumpa mama" balas Adra dengan nada lewah.

"Kita rehat la dulu dekat rumah. Esok baru kita pergi sana" pujuk Shahim.

Badannya sudah penat untuk memandu ke Shah Alam. Di fikirannya sekarang hanya katil. Mahu melelapkan mata.

Adra diam.

Entah kenapa hatinya tidak suka dengan cara Shahim itu. Dia fikirkan Shahim akan memberi peringatan kepada Odah. Tetapi tiada. Dia berasa dirinya sahaja yang beria dalam mempertahankan hubungan itu.

Shahim yang perasan dengan perubahan Adra mula berfikir. Adakah dia ada buat silap atau tidak?

"Kenapa ni? Sayang nak jumpa mama sangat-sangat ke?" Soal Shahim.

"Takpe lah. Kita balik je rumah awak, awak mesti penat drive" balas Adra dan memandang ke luar tingkap.

"Kenapa cakap rumah saya. Itu kan rumah kita dua." Tegur Shahim apabila mendengar bicara Adra sebentar tadi.

"Mana-mana je lah" rungut Adra.

☀️

Sampai di rumah, Adra terus turun daripada kereta dan mengambil beg pakaiannya. Setelah itu, dia terus masuk ke dalam rumah.

Shahim pula yang terpinga-pinga dengan situasi itu. Dia tidak tahu di mana silapnya sehingga membuatkan Adra merajuk.

Shahim yang baru sahaja menutup bonet kerata terkejut apabila melihat Adra kembali dengan beg tangannya sahaja.

"Awak nak ke mana?" Soal Shahim dengan laju.

"Saya nak keluar kejap. Khai call saya. Dia minta tolong saya" jelas Adra.

"Khai? Lelaki?" Ada nada cemburu di balik ayat Shahim.

"Khairunisa. Awak ingat saya ni batak sangat dengan lelaki. Dah la, saya nak pergi. Awak pergi la rehat" balas Adra dengan kasar.

Shahim terus terasa dengan kata-kata Adra. Dia juga terkejut apabila dibentak oleh Adra.

"Adra. Saya tak izinkan awak keluar" halang Shahim apabila melihat Adra yang sudah masuk ke dalam keretanya.

"Kenapa? Kawan saya dalam masalah sekarang. Then, awak nak saya biarkan dia macam tu? Takde commen sense ke?" Marah Adra.

"Biar saya ikut sekali. Saya tak nak jadi apa-apa dekat awak" luah Shahim.

"Tak payah. Saya minta awak hantar saya ke rumah mama pun awak tak nak. Ni. Nak teman saya? Nampak sangat tak ikhlas. Dah. Tepi. Saya tak nak buat Khai menunggu" balas Adra dan menolak tubuh Shahim ke belakang.

Dengan kuat dia menutup kereta Bezza miliknya itu. Shahim yang berusaha menghalang Adra daripada pergi tidak berjaya apabila Adra dengan cekap memandu pergi.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now