BAB 46 ☀️

4.7K 383 47
                                    

Shahim mengesat peluh yang mula muncul di dahinya. Mereka masih berperang dengan pihak musuh. Entah bagaimana situasi boleh menjadi semakin gentir.

Sudah dua bulan mereka cuba untuk meredakan kawasan itu. Tetapi tidak berjaya.

"Code 13. Jawab" suara Yusuf yang bergema di walkie talkienya membuatkan Shahim segera menyambut.

"Code 13. Hadir" balas Shahim.

Penjelasan Yusuf tentang rancangan mereka seterusnya diterima dengan jelas oleh Shahim. Mereka mahu menghapuskan pihak musuh di bahagian itu terlebih dahulu

Shahim dengan cekap merangkak di sebalik semak-samun yang agak tinggi itu. Di belakangnya juga terdapat beberapa komando lain yang dihantar ke lokasi itu.

Pusat pengumpulan barangan bersenjata pihak musuh itu dimasuki oleh mereka semua dengan penuh senyap dan licik. Masing-masing bergerak dalam melaksanakan tugas sepantas kilat.

Beberapa pihak musuh yang berjaga di situ juga tidak perasan dengan kehadiran mereka semua. Semuanya sudah di bunuh dengan pantas di lokasi tersebut.

"Bakar kawasan ni. Jangan biarkan ada sisa yang tertinggal" arah Shahim kepada mereka semua.

Semuanya mengangguk faham dan segera memasang api sekeliling kawasan tersebut.

Saat api menyala di kawasan itu, muncul beberapa pihak musuh dengan beberapa tembakan rambang. Shahim terus memberi arahan kepada mereka semua untuk membalas.

Petempuran yang agak bingit itu berlangsung lebih kurang 10 minit sehinggalah kesemua pihak musuh rebah ke tanah.

Shahim melepaskan nafas lega apabila mereka berjaya menumpaskan mereka di situ. Masing-masing juga segera bergerak ke pusat kawalan untuk menerima arahan selanjutnya.

☀️

Shahim meneguk air daripada botol mineral itu. Mereka baru sahaja tiba di pusat kawalan itu. Naim yang juga baru sahaja tiba juga segera meneguk air.

"Macam mana? Clear?" Soal Naim yang duduk bersandar di sebelah Shahim.

"Settle in and out. Kau?" Soal Shahim kembali.

"Ada seorang terlepas. Ada beberapa komando dah cuba kesan dia" jelas Naim dengan nafas yang masih laju.

"Aku harap semua ni selesai secepat mungkin. Aku rasa tak sedap hati" luah Shahim.

"Kenapa? Ada berita buruk ke dekat sana?" Tebak Naim.

"Aku dapat rasa yang Adra panggil nama aku. Aku rasa dia ada masalah. Jadi hati aku rasa tak tenang" luah Shahim sambil mengusap lembut dadanya.

"Penangan jodoh yang tepat ni. Haritu Yusuf. Ni kau pula. Hebatnya bila bertemu dengan tulang rusuk kiri" balas Naim dengan nada kagum.

"Nanti kau dah jumpa dengan jodoh kau. Kau akan tahu semua ni" pesan Shahim dengan sebuah senyuman.

"InsyaAllah. Aku harap takde apa yang buruk berlaku dekat Adra. Mama, papa dengan in law kau ada untuk jaga dia. Adik kau pun ada kan. Jangan risau" ucap Naim sebagai penyedap hati buat Shahim.

"Qi dah start kerja. So dia takde dekat Malaysia ni. Aku cuma risau kalau Adra tak dapat nak hadapi semua tu seorang diri. Aku tahu dia masih ada mak ayah dia, tapi aku rasa masalah ni perlukan aku dekat sana" luah Shahim.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang