BAB 18 ☀️

6.3K 417 27
                                    

Majlis yang berlangsung sehingga jam 11 malam itu akhirnya tamat. Semua tetamu sudah pulang ke rumah masing-masing.

Malah keluarga Dato' Hamdan dan Tan Sri Luqman juga semuanya sudah pulang ke rumah. Mereka semua mahu berehat selepas seharian menguruskan majlis tersebut.

Shahim pula membawa Adra untuk pulang ke rumahnya. Walaupun dibangkang sekerasnya oleh Adra, akhirnya Adra menerima ajakan tersebut selepas ditegur oleh Dato' Hamdan.

Shahim sudah perasan dengan kelainan sikap Adra sejak di sesi santapan mereka itu. Sikap dingin Adra ketika itu sudah cukup mengambarkan tentang perasaan Adra. Ada sesuatu yang membuatkan hati Adra sakit.

"Kita dah sampai" ucap Shahim selepas masuk ke dalam perkarangan rumahnya.

Adra lantas keluar daripada kereta dan mengambil beg rodanya di bonet kereta. Shahim mula mengeluh. Dia masih ingat dengan kata-kata Yusuf. Jangan mendesak.

Masuk ke dalam rumah, Shahim lantas mengangkat beg roda Adra untuk naik ke atas. Tetapi ditahan oleh Adra.

"Awak nak bawa ke mana beg tu?" Soal Adra dengan dingin.

"Ke bilik tidur kita la"

"Saya nak tidur dekat bawah"

"Tak boleh. Awak dah jadi isteri saya dan awak kena tidur dengan saya" ucap Shahim dengan nada sedikit tegas.

"I don't care with this stupid marriage. I don't want to be with you?!!" Jawab Adra dengan nada yang tinggi. Wajahnya juga memerah kerana berasa marah.

Shahim tersentak apabila mendengar jawapan Adra. Hatinya lantas terasa dihiris dengan kata-kata Adra.

Beg Adra diletak ke tepi dan Shahim berjalan mendekat ke arah Adra. Adra hanya menyilangkan tangannya dan memandang ke arah lain. Air mata cuba ditahan sehabis mungkin.

Dia sedar dia sudah terlepas cakap. Tetapi itu adalah isi hatinya. Dia sedih saat melihat Shahim dan Mia bersama sewaktu di meja makan.

"Adra. I'm sorry. I'm so sorry. Boleh awak pandang mata saya?" Pujuk Shahim dengan memegang lembut bahu Adra.

Adra masih berkeras untuk tidak memandang ke arah Shahim. Shahim menarik nafas supaya hatinya bersabar. Dia perlu memujuk isterinya itu dengan baik.

"Sayang? My rouhi. Please, I want to see you eyes. Your beautiful eyes. My wife's eyes. I need her right now" ucap Shahim sekali lagi.

Adra yang mendengar kata-kata Shahim terus mengalirkan air mata. Hatinya kalah ketika itu.

"Awak terluka sebab nampak saya dengan Mia kan? Saya minta maaf. Saya dengan dia takde apa-apa hubungan" jelas Shahim.

"Tapi kenapa awak masih bercakap dengan dia?!" Akhirnya Adra bertanya.

"Sebab dia ugut saya dengan gambar awak. Dia cuba untuk buat saya hentikan hubungan kita berdua. Dan saya tak kan benarkan dia buat semua tu. Selama 15 tahun saya sayang pada awak seorang, tiba-tiba dia nak pisahkan kita? No way. Saya tak kan benarkan"

"Dia ugut awak tentang gambar saya? Kenapa dengan saya?"

Shahim mengesat air mata Adra yang mengalir deras itu. Dia perlu menyelesaikan masalah itu dengan cepat. Malam pertama mereka tidak boleh dibiarkan dengan bermasam muka.

"Dia beritahu saya yang awak peluk lelaki lain dekat KLIA sebelum ke sini. Dan saya tahu itu bukan awak. Right?" Luah Shahim.

Adra terdiam buat sejenak.

"Tapi itu memang saya"

Kata-kata Adra membuatkan Shahim meleraikan tangannya daripada bahu Adra. Langkahnya juga berundur setapak. Dia seperti sukar menerima pengakuan tersebut.

Adakah rumah tanggannya akan hancur dalam masa sehari?

"Dengar dulu kata-kata saya, Im. Lelaki yang saya peluk tu bukanlah teman lelaki saya yang lain tapi itu Abang Ad. Saya ada cakap kan, Abang Ad akan pergi ke Perth petang tadi. Disebabkan itu, saya pergi hantar Abang Ad ke sana sebelum ke sini. Saya tak sempat nak bagi tahu awak, sebab telefon saya tertinggal dekat rumah. Awak percaya dekat saya kan?" Jelas Adra.

Dia benar-benar jujur ketika itu. Semuanya yang berlaku itu juga tidak dapat diduga oleh Adra. Siapa sahaja sangka yang Mia akan mengambil gambarnya di KLIA.

Shahim yang mendengar pengakuan Adra terus menarik Adra ke dalam dakapannya. Erat dia memeluk tubuh Adra.

"Jantung saya hampir-hampir terhenti. Saya fikir awak ada lelaki lain. Terima kasih sebab jelaskan pada saya, Adra" ucap Shahim dengan nada sebak.

"Saya minta maaf sebab tak inform dekat awak dengan lebih awal. Saya sayangkan awak. Saya tunggu detik ini terlalu lama. Dan saya tak pernah bayangkan yang suami saya ni orang lain selain daripada awak" jelas Adra dan membalas pelukan Shahim.

"Me too sayang. Saya tak pernah terfikir nak ada perempuan lain selain awak. Trust me sayang"

Adra meleraikan pelukan itu dan memegang lembut wajah Shahim. Shahim juga memegang kembali tangan Adra.

"I love you until Allah seperate us with death. I love you so much Shahim Razin" ucap Adra dan menitiskan air mata.

"I love you too Adra Raeesa. My beloved wife. One and only my angel till jannah" balas Shahim dan mencium lembut dahi Adra.

Setelah itu, bibir Adra menjadi tempat kedua bibirnya menyentuh. Adra hanya merelakan sahaja perbuatan Shahim.  Dia bersyukur kerana masalah itu dapat diselesaikan dengan baik.

Dia sedar Shahim tidak pernah melayan Mia sebelum ini. Dan perkara itu membuatkan dirinya takut. Takut jika Shahim penat dengan perangainya.

"Arghh!!" Jerit Adra apabila tubuhnya diangkat oleh Shahim.

"Awak nak bawa saya ke mana ni?" Adra sudah cuak. Dia baru sedar dengan peristiwa malam pertama.

"Jalankan sunnah" ucap Shahim dan membawa Adra ke bilik di tingkat atas.

Adra sudah cuak. Takkan secepat itu. Duganya.

"Kejap Im"

Adra terus menghalang Shahim yang ingin merapatkan tubuhnya dengan Adra. Adra yang sudah berada di atas katil berasa resah.

"Why?" Soal Shahim pelik.

Dia fikirkan Adra sudah membenarkan. Nampak gelojoh ke dia? Gumam Shahim di dalam kepala.

"Saya tak bersedia lagi" ucap Adra dengan pipi merahnya.

Shahim terkedu saat mendengar kata-kata Adra. Satu keluhan lahir di bibirnya. Dia yakin pasti Adra terkejut dengan perbuatannya tadi.

"Sorry Adra. Saya nampak macam mendesak pula" ucap Shahim dan memandang ke arah lain kerana berasa malu.

"Takde apa yang dimalukan. Awak berhak pada tubuh saya. Tapi bukan sekarang ya. Saya period" bisik Adra di telinga Shahim.

Semakin merah wajah Shahim apabila mendengarnya. Betul-betul nampak dia gelojoh.

"Hahaha. Merahnya muka awak" usik Adra dan ketawa kecil.

"Mesti awak fikir saya gelojoh kan. Dengan baju nikah tak tukar lagi"

"Gelojoh-gelojoh pun tetap handsome" balas Adra dan ketawa.

"Berani eh kenakan saya. Saya gigit leher tu nanti" ugut Shahim apabila melihat Adra ketawa.

"Hahahaha. Saya gurau je Encik Leftenan. Dah la saya nak mandi. Busuk-busuk lagi ni" ucap Adra dan turun daripada katil.

"Awak pergilah mandi. Nanti saya bawa beg awak naik ke atas. Teruk sangat saya tengok mekap awak tu" tegur Shahim.

Adra yang mendengar kata-kata itu terus berlari ke bilik air. Wajahnya habis comot dengan mekap akibat menangis tadi. Bertambah malu dirinya.

Shahim hanya tergelak kecil apabila mengingatkan peristiwa mereka itu. Malam pertama sebagai suami isteri sudah bergaduh dan hampir pisah. Gila-gila.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now