BAB 52 ☀️

4.9K 368 38
                                    

"Selamat tinggal Adra Raeesa" ucap lelaki itu dengan nada kuat.

Adrian terus berlari untuk mendapatkan Adra. Begitu juga Sandra, dia terus mengeluarkan pistolnya dan menghalakan ke arah lelaki itu. Situasi ketika itu cukup genting kerana masing-masing sedang kalut.

'Im. I wish you are here' ucap Adra dengan mata yang masih terpejam.

Belum sempat Adrian sampai ke arah Adra dan belum sempat lelaki itu menekan picu pistol itu, muncul sebuah topi keledar yang tepat mengena kepala lelaki itu sehingga jatuh rebah.

Adra yang terkejut dengan bunyi hentakan yang kuat itu lantas membuka mata. Langkah Adrian juga terhenti kerana terkejut dengan kehadiran topi keledar itu.

Adra terkejut apabila melihat lelaki itu rebah ke atas lantai. Bunyi erangan sakit lelaki itu juga kedengaran jelas. Malah topi keledar yang bergolek di sebelah lelaki itu membuatkan Adra pelik.

"Gila ar. Headshot" ucap seorang lelaki yang baru melangkah masuk ke dalam lobi tersebut.

Air mata Adra terus menitis saat melihat Shahim dan Naim yang melangkah masuk. Malah pandangan Shahim ke arahnya juga membuatkan hatinya berasa lega.

"Im.." ucap Adra dengan perlahan.

Adra yang cuba bergerak ke arah Shahim terus terhenti apabila merasakan ada sesuatu yang mendarat di belakang kepalanya.

Lelaki itu bangkit semula dan menghalakan pistol tersebut ke arah Adra. Kepalanya yang masih pusing dibiarkan pergi. Dia mahu menyelesaikan tugasnya.

"Kau langkah walau seinci, kepala perempuan ni pecah" ugut lelaki itu dengan angkuh.

"Naim. Bagi aku pistol kau" ucap Shahim dengan tenang.

Naim segera mengeluarkan pistolnya dan memberikan kepada Shahim. Shahim dengan tenang menarik picu tersebut dan menghalakan pistol itu ke arah Adra.

Adrian dan Sandra yang melihat juga terkejut. Mustahil Shahim akan menembak Adra jika itu isterinya.

Terdapat juga beberapa orang yang merekod situasi tersebut. Mahu memviralkan di media sosial.

"Kau memang tak sayang dekat dia kan? Tembaklah. Biar kita dua-dua puas" balas lelaki itu dengan gelakan galak.

Adra memandang tepat ke dalam mata Shahim. Dia sudah redha saat itu. Andai itu ajalnya, dia sudah puas kerana dapat melihat wajah Shahim sebelum memejamkan matanya buat selamanya.

"Sayang. Ingat janji saya kan?" Ucap Shahim tiba-tiba.

Adra terus tersentak dengan soalan itu. Naim di sebelah juga hanya tersenyum tipis. Macho sahabatnya ketika itu.

Adra mengalirkan air matanya sekali lagi. Dia tidak pernah lupa dengan janji mereka malah dia sering menanti supaya janji itu ditunaikan.

"Percaya dekat saya" ucap Shahim.

"Woi, lapuk dah ayat manis kau. Jangan buang..."

Belum sempat lelaki itu menghabiskan ayatnya, dadanya terus terasa sakit. Dia tidak sedar sejak bila Adra mengalihkan badannya ke tepi dan membiarkan dirinya ditembak oleh Shahim.

Adra terduduk di sebelah lelaki itu kerana terkejut. Refleks kakinya sendiri seolah mendengar arahan daripada Shahim.

Lelaki tersebut terus rebah ke atas lantai. Malah terdapat darah yang mengalir keluar dari mulutnya. Adrian dan beberapa saksi di situ juga hanya memandang dengan diam. Masing-masing tidak sedar bila tembakan itu dilepaskan oleh Shahim kerana tiada bunyi.

Ketika itu juga, kedengaran bunyi polis dan ambulans di luar lobi itu. Kak Zura dan Tina yang baru sahaja turun juga terkejut melihat keadaan seorang lelaki terbaring kaku dan Adra yang terduduk hampir dengannya dengan wajah yang cemas.

Shahim terus berlari mendapatkan Adra. Dia terus memeluk erat tubuh Adra. Adra juga membalas pelukan itu dengan erat. Air matanya tidak henti-henti mengalir.

"Maafkan saya sebab lambat. Maafkan saya, sayang" ucap Shahim berulang kali.

Adra hanya menangis teresak-esak kerana masih takut. Dia benar-benar takut jika nyawanya melayang sebentar tadi.

Adrian yang melihat Shahim dan adiknya melepaskan nafas lega. Mujurlah tiada apa-apa yang buruk berlaku kepada Adra. Kini, dia boleh berasa lega dengan keselamatan Adra.

☀️

"Kau orang lagi" bebel Akmal apabila melihat Naim di situ.

Pandangan juga jatuh ke arah Shahim yang sedang meredakan tangisan Adra di sebuah bangku.

"Sorry la bro. Kita orang tak expect benda ni nak jadi" balas Naim dengan sengihan.

Kali terakhir dia berjumpa dengan Akmal adalah sewaktu Adra diculik sebelum Shahim dan Adra bernikah. Ketika itu juga, mereka meminta tolong Akmal untuk menguruskannya.

Taufiq yang juga ada bersama Akmal hanya mengerutkan dahi tanda tidak faham. Dia pula sudah ditugaskan untuk mengurus kes itu.

"Mereka berdua ni dari Unit GGK. Dan perempuan tu isteri mamat brutal tu" ujar Akmal dan menjuihkan bibirnya ke arah Shahim.

Taufiq hanya mengangguk faham. Pantaslah Shahim mampu menembak lelaki itu tanpa getar. Dan tembakan Shahim juga tidak mematikan lelaki itu. Hanya sekadar melemahkan badan lelaki tersebut. Naya kalau mati kerana mereka memerlukan siasatan lanjut.

"Sebenarnya kes ni bermula macam mana?" Soal Naim.

Dia juga pelik sewaktu Shahim memintanya untuk dihantar ke situ. Entah apa yang terjadi, dia hanya ikutkan sahaja.

"Lelaki yang ditembak oleh Shahim tu stalker bini dia. Dah nak masuk dua bulan, dia ugut untuk bunuh bini dia. Kita orang pun dah siasat dan cari mamat tu tapi tak dapat. Rupanya dia salah seorang pekerja dekat sini dan dia guna dua identiti" jelas Akmal.

Naim mengangguk faham. Mungkin perkara inilah yang sering diperkatakan oleh Shahim. Perasaan yang tidak tenang berkaitan dengan Adra. Mungkin ini lah penyebabnya.

"Maksudnya dia obses dengan Adra?" Tanya Naim lagi.

"Ya. Kita orang beranggapan macam tu. Tapi ada seseorang juga yang upah dia buat semua ni" celah Taufiq.

"Siapa?"

"Sepupu Adra sendiri. Mia Tiana" ucap Taufiq dengan nada kecewa.

"Ouh. Minah tu. Aku ingat dia dah move on. Rupanya tak" tutur Naim dengan nada tidak sangka.

"Kenapa? Dia memang berdendam dengan Adra ke?" Soal Akmal.

Jika boleh dia mahukan maklumat tentang semua yang terlibat.

"Ya. Dia sukakan si budak Shahim tu. Jadi lepas dia orang kahwin, dia dah ugut macam-macam. Waktu Adra dekat hospital pun dia ada upah orang untuk bunuh. Tapi tak berjaya. Dan kes tu tak dibesarkan sebab Dato' Hamdan tak nak kecoh. Ye la. Benda berkaitan dengan hal keluarga kan" jelas Naim dengan gelengan kepala.

"Patut la dia memang berdendam. Terima kasih Naim atas perkongsian. Kita orang dah jejak sepupu dia dekat UK. Harap dia tak lari" balas Akmal.

"No hal. Apa-apa hal bagi tahu. Aku dengan Shahim sedia membantu"

"Terima kasih bro. Kita orang gerak dulu. Ada banyak lagi kerja kena buat" ungkap Akmal.

"Beres"

Naim hanya menganggukkan kepala dan melihat beberapa kereta polis dan ambulans berlalu pergi. Malah kemunculan beberapa wartawan juga membuatkan kawasan itu menjadi bingit.

Mujurlah pengawal berjaya mengawal keadaan tersebut. Malah Shahim juga sudah membawa Adra untuk pulang ke rumah. Semuanya berjaya dihentikan tepat pada masanya.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now