BAB 3 ☀️

6.3K 409 27
                                    

Shahim segera mengemas beg pakaiannya. Yusuf yang baru sahaja masuk ke dalam dorm mengerutkan dahinya. Dia berasa pelik dengan sikap Shahim yang terburu-buru itu.

"Kau kenapa ni Im? Nampak kalut je?" Tegur Yusuf.

Dia lantas duduk di katilnya dan melihat Shahim yang masih melipat baju.

"Aku nak balik KL malam ni juga. Tak mampu dah aku nak tunggu esok" luah Shahim.

"Tapi dah larut malam sangat ni Im. Gerak pagi esok je la"

"Tak boleh. Aku nak jumpa dengan Adra secepat yang mungkin" ucap Shahim dan menyambung melipat baju.

"Aik? Kan boleh je jumpa esok. Drive malam-malam ni bahaya" pesan Yusuf lagi.

"Dia minta putus dengan aku, Yusuf. Kau faham tak jiwa aku meronta sekarang ni. Dia nak putus!" Shahim mula meninggikan suaranya.

Yusuf yang mendengar lekas terkedu.

Putus?

Hubungan sahabatnya itu sudah berakhir? Seperti mustahil baginya. Tahulah dia kenapa Shahim seperti tidak senang duduk.

"Emosi kau sekarang tak stabil ni Im. Kalau jadi apa-apa tengah jalan nanti macam mana?"

Yusuf benar-benar risaukan keadaan Shahim. Tambah pula malam itu, hujan. Siapa je yang tidak risau.

"Aku shaking sekarang ni, Yusuf. Aku tak dapat nak terima apa yang Adra cakap dekat aku. Apa yang aku tahu, aku kena jumpa dia secepat yang mungkin. Aku perlu betulkan semua ni" jawab Shahim dengan nada getar.

"Dengan keadaan kau sekarang ni. Kau yakin kau boleh drive dengan selamat?"

"Aku tak tahu. Aku tetap akan cuba untuk balik secepat mungkin" Shahim lantas menzip beg pakaiannya.

"Okay lah macam ni. Aku follow kau dari belakang. Alang-alang kita berdua nak balik KL kan. Aku pun rindu dekat isteri dengan anak-anak aku" ucap Yusuf dan mengambil beg pakaiannya.

"Terima kasih Yusuf. Aku nak solat kejap"

Shahim terus keluar dari bilik dan menuju ke surau. Dia mahu tenangkan dirinya dahulu. Hatinya benar-benar tidak tenang dengan keputusan Adra itu.

☀️

Dato' Hamdan bersiap-siap untuk ke masjid di area perumahan itu. Kain pelikatnya juga dikemaskan buat kali kedua. Itu sudah menjadi rutinnya pada waktu subuh.

Sedang dia memakai selipar, kedengaran bunyi kereta yang mengaum kuat. Dato' Hamdan lantas mengecilkan matanya untuk melihat empunya kereta itu.

Kerutan di dahi bertambah hebat apabila dia melihat Shahim yang melangkah keluar. Dia tidak sangka Shahim akan muncul di rumahnya pada awal pagi seperti itu.

"Assalamualaikum Uncle" sapa Shahim dan menyalam tangan Dato' Hamdan.

"Waalaikumussalam. Awalnya kamu balik?" Soal Dato' Hamdan dengan nada tidak percaya.

"Im dapat cuti 2 minggu bermula hari ni Uncle. Uncle nak ke masjid ke?"

"Aah. Nak gerak solat Subuh ke sana"

"Kalau macam tu, kita pergi sekali la Uncle. Im pun nak solat subuh" pelawa Shahim.

"Okay juga tu. Mari la kita gerak. Risau terlepas jemaah"

Shahim lantas berjalan bersama dengan Dato' Hamdan ke keretanya. Matanya sempat melihat tingkap di bahagian atas rumah Dato' Hamdan.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now