BAB 53 ☀️

5K 374 68
                                    

Adrian dan Sandra memberi ruang kepada Shahim untuk meredakan tangisan Adra. Sejak mereka sampai di rumah, Adra tidak henti-henti menangis. Kini hanya mereka berdua sahaja yang berada di ruang tamu.

Shahim duduk melutut di atas karpet manakala Adra duduk di atas kerusi. Bahu Adra juga tidak henti-henti terhinjut kerana menangis.

"Sayang. Jangan nangis. Awak dah ada dengan saya. Saya dah balik" pujuk Shahim dan mengusap lembut pipi Adra.

"Terima kasih sebab kembali dengan selamat. Saya rindu sangat-sangat dekat awak. Saya takut awak tak kembali pada saya" ucap Adra dengan nada sebak sambil memegang tangan Shahim di pipinya.

"Kan saya dah janji. Saya akan balik semula ke pelukan isteri saya"

Shahim tersenyum tipis. Dia juga tidak menyangka kepulangannya di saat yang cukup memerlukan. Jika dia terlambat, pasti nyawa Adra sudah tiada.

Adra terus merangkul tubuh Shahim. Kehangatan tubuh itu yang sangat dirindukan olehnya. Lelaki itu yang sering dia ucap di dalam doa supaya dijagakan Allah untuknya.

"I'm proud of you, sayang. Awak berjaya bertahan untuk saya. You're doing absolutely best and that is absolutely enough. Not everything will be easy but not everything will be hard. Awak berjaya kuat demi kita berdua. Maafkan saya kerana tinggalkan awak terlalu lama" ungkap Shahim dan mengusap lembut belakang Adra.

Tangis Adra masih mendayu. Dia masih cuba meredakan tangisan itu dengan lembut. Dia tahu bagaimana tertekannya Adra mengharungi semua itu tanpa dia di sisi.

☀️

"Adik dah tidur?" Soal Adrian apabila melihat Shahim turun ke bawah.

"Baru je Abang Ad" balas Shahim dan melabuhkan duduk di hadapan Adrian.

"Macam mana semua tu boleh berlaku? Bukan ke Mia ada dekat UK?" Soal Shahim.

Dia mahukan penjelasan tentang semua yang berlaku. Dia tinggalkan Adra di situ bukan untuk menerima semua ugutan karut itu.

"Ini apa yang aku tahu daripada papa. Papa cakap, lepas Adra start kerja. Benda ni berlaku. Mungkin sebab waktu tu Adra dikenali ramai. Ugutan demi ugutan dia dapat sampai hampir cederakan dia. Tapi papa dah laporkan pada pihak polis. Mereka juga cuba untuk cari lelaki tu tapi tak berjaya. Dan rupanya lelaki tu gunakan dua identiti yang berbeza. Selepas pihak polis kaji, lelaki itu ada berkomunikasi dengan Mia. Dan punca semua ni berlaku adalah daripada arahan Mia sendiri" jelas Adrian dengan lancar.

"Maksud Abang Ad, lelaki tu ada hubungan dengan Mia? Jadi dia turutkan je arahan Mia?"

"Besar kemungkinan macam tu. Tapi lelaki tu juga adalah peminat fanatik Adra. Pihak polis dah berjaya kesan rumah dia dan ternyata penuh dengan gambar Adra. Mungkin dia obses dengan Adra dah lama. Dan peluang ni je yang dia ada lepas dengar arahan daripada Mia untuk dekat dengan Adra" sambung Adrian.

"Si*l. Apa lagi yang Mia tak puas hati dengan kita orang. Aku dah tolak dia tapi kenapa masih berdendam dengan Adra" luah Shahim dengan geram.

"Biasalah Im. Perempuan. Selagi dia tak dapat apa yang dia nak. Dia mesti akan usaha juga" balas Adrian.

Shahim menggempal tangannya tanda geram. Dia tidak pernah terbayang tentang perbuatan Mia terhadap Adra. Serasa dirinya pula yang bersalah kerana menjadi punca dendam antara dua pupu itu.

"Im. Aku dapat call yang dia orang dah tangkap Mia" ungkap Adrian tiba-tiba.

"Secepat itu?" Soal Shahim pelik.

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now