PROLOG ☀️

19.1K 561 19
                                    

Shahim duduk di ruang tamu sementara menunggu Datin Qaseh muncul. Tangannya juga sudah beberapa kali diramas kerana gemuruh.

"Maaf buat Im menunggu, minumlah air ni" muncul Datin Qaseh dengan sedulang air.

"Terima kasih Aunty"

Air yang diisi di dalam cawan itu segera diteguknya. Haus betul tekaknya di petang hari macam tu.

"Im baru habis operasi ke? Lama Aunty tak jumpa"

"Aah Aunty, tugas dekat Indonesia tu dah selesai" jawabnya.

"Alhamdulillah. Waktu Aunty baca tentang berita tu pun, Aunty dah risau. Tambah pula kamu bertugas dekat sana" balas Datin Qaseh.

Shahim hanya mengangguk dan tersenyum tipis. Dirinya juga bertuah kerana masih terselamat.

Datin Qaseh yang terpandang ke arah anak gadisnya segera menegur.

"Adra. Marilah tegur Im ni. Dia datang sebab nak jumpa kamu" panggil Datin Qaseh.

"Suruh dia balik je Mama. Adra tak nak jumpa dengan dia" balas Adra dengan nada sedikit kasar.

Shahim yang mendengar lantas terasa. Dia tahu sebab Adra memarahinya. Dan itu adalah salahnya sendiri.

"Kenapa cakap macam tu, Adra. Im datang sini sebab nak bercakap dengan kamu. Cuba hargai" tegur Datin Qaseh.

"Buat apa Adra nak hargai dia, kalau dia sendiri tak hargai Adra. Dah la mama. Adra nak keluar drngan Zayn. Assalamualaikum" balas Adra dan berlalu keluar dari rumah itu.

Datin Qaseh hanya mengeluh perlahan. Nampaknya hati anak gadisnya itu benar-benar terluka.

Shahim juga hanya menunduk ke bawah. Bagaimana dia mahu memujuk hati kekasihnya itu.

☀️

"Saya janji tak kan lukakan hati awak lagi. Please, terima saya semula" rayu Shahim dengan nada sebak.

"Dah lebih 2 kali awak ucap benda sama, Im. Hati saya penat nak dengar semua ni. Hujungnya adalah benda yang sama" ucap Adra dengan linangan air mata.

"Saya nak awak jadi isteri saya. Saya tak nak orang lain. Salah saya sebab hancurkan harapan awak dulu" ungkap Shahim lagi.

"Hati saya dah tawar. Setawar yang boleh"

Shahim mula berasa takut. Dari riak wajah Adra sahaja dia sudah sukar untuk melihat keceriaan di wajah itu.

☀️

"Yusuf kau kena tolong aku" rayu Shahim dengan berlutut di atas lantai.

"Kau ni kenapa. Aku bukan untuk disembah. Ada masalah, cakap cepat" marah Yusuf.

"Tolong cakap dekat Umay, selamatkan Adra. Aku tak nak dia tinggalkan aku. Tolong aku, Yusuf" rayu Shahim lagi.

Kali ini dengan air mata yang tidak berhenti mengalir.

☀️

Being with you is my favourite memory

SEADANYA KAMU UNTUKKU [ C ] - 2Where stories live. Discover now