Sampai depan pintu, Adara mengetuk perlahan. Kau bodoh ke Adara? Ada ke orang nak dengar ketuk slow macam ni? Kan ada loceng tu. Tekan!

Adara pun tekan loceng. Sambil melaungkan salam.

Sekejap saja, pintu sudah terbuka. Adara pandang siapa yang buka pintu ni. Ni Zafira kan? Atau dipanggil baby kan? Zafran pernah cerita yang mereka sekeluarga gelarkan Zafira ni baby. Aku tak tahu aku layak ke tak nak panggil sekali.

"Kak Dara dah sampai! Jemput lah masuk!" Zafira menjemput Adara masuk. Okay kat sini Adara rasa dia dah lega sikit. Sebab Zafira ni layan dia baik. Panggil Kak Dara pula tu. Dara. Tak pernah orang panggilnya Dara. Rasa macam bukan nama sendiri je.

"Hi." Adara senyum lebar. Nak tutup kegelabahan dalam hati.

Zafira menghulurkan tangannya untuk bersalam.

"Kak Dara sihat?" Zafira tanya.

"Sihat alhamdulillah. Fira sihat?" Lenjan jelah panggil Fira.

"Sihat juga. Alhamdulillah. Jom kak pergi dapur. Umi ada kat situ. Sekarang baru kupas-kupas je dulu. Sediakan bahan-bahan dulu. Nanti lepas asar baru masak." Zafira berkata sambil berjalan memimpin tangan Adara untuk pergi ke dapur.

Rumah ni sunyi lagi. Jadi Adara buat assumption tak ramai lagi yang sampai.

"Umi! Ni Kak Dara dah sampai!" Zafira menjerit kuat. Adara terkejut. Kenapa excited sangat ni?

"Ad! Sampai pun. Awal pula tu!" Datin Sri Zaharah terus pergi ke arah Adara dan terus memeluk Adara.

"Umi." Adara membalas pelukan itu. Kenapa baik sangat ibu mertuanya ini? Adara terharu.

"Adara dah makan?" Datin Sri Zaharah tanya selepas mereka melepaskan pelukan. Adara pandang sekeliling. Besar dapur rumah ini. Berganda besar dari dapur rumah keluarganya. Best ni kalau masak ramai-ramai. Takda lah sesak sangat.

"Adara dah alas perut tadi. Saja nak biar kosong. Biar malam ni boleh makan banyak-banyak." Adara tergelak.

"Ish! Apa pula macam tu. Makan lah dulu. Umi ada masak sikit tadi. Makan sekali dengan baby ni ha. Dia pun tak makan lagi. Baru bangun." Datin Sri Zaharah berkata sambil berlalu nak check bahan-bahan yang sudah siap disediakan.

"Mana ada umi ni! Baby bangun awal eh! Cuma baring-baring je dulu." Zafira berkata dengan mulut dimuncungkan.

"Samalah tu!" Datin Sri Zaharah berkata lagi.

"Ish! Mana ada. Entah-entah umi pun gitu juga dulu." Zafira berkata dan terus berlalu nak makan. Adara tergelak.

"Jom Kak Dara, kita makan sama." Adara meletakkan begnya di tepi dahulu dan ikut Zafira ambil pinggan. Nak makan lah. Lapar. Tengok lauk macam sedap je.

"Ha korang makan habis kan. Senang. Kemas terus semua." Datin Sri Zaharah sedang membasuh barang basah di sinki.

Adara rasa serba salah pula biar ibu mertuanya yang buat semua itu. Tapi dia memang lapar. Nak makan dulu. Takpa kot.

"Kak, takpa. Umi tu dah biasa buat kerja macam ni. Kita lek je. Nanti kita tolong lah. Nak tolong kena ada tenaga. Macam mana nak bertenaga? Kena makan lah. Sekarang kita makan dulu." Ujar Zafira selamba sambil menyuap nasi ke mulut.

"Takpa Ad. Ad makan je dulu." Datin Sri Zaharah macam dengar je apa yang dikatakan oleh Zafira itu.

Adara pun apa lagi. Melantak lah sekali. Rezeki depan mata. Makan jelah.

Sambil makan, mereka berborak. Adara baru tahu yang Zafira ni sebaya Aidid. Tapi Zafira sudah tamat belajar. Zafira budak pandai, jadi Zafira habis belajar awal.

Pilihan Kedua | CHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin