❁ Epilog ❁

368 24 10
                                    

Yeonra bangun dari tidurnya. Peluh di dahi dikesat dengan belakang tangan. Sesungguhnya mimpi tadi amat membuatnya takut separuh mati. Jam di atas meja dikerlingnya. Jarum sudah menunjukkan angka 5:30 pagi.

Yeonra terus bangun dan mengambil tualanya untuk mandi.

******

"Wuish, awal kau bangun? Si Yeonsoo masih buat taik mata lagi tu. "Jaehyun meminum susu diatas meja.

"Aku tak tahu kenapa aku boleh bangun dengan awal. Mungkin aku dah dapat hidayah kot. "Yeonra melabuhkan punggunya bersebelahan dengan Reojun yang masih menutup matanya tapi masih boleh duduk dengan tegak.

"Yelah tu. "

******

"Kami dah balik!"serentak semua orang memandang kearah pintu utama.

"Anak mama dah balik."mama bangun dan mendekati kedua anaknya yang baru sampai dari sekolah.

"Mama,siapa yang datang ni?"tanya Ryo jun tatkala melihat orang asing yang tidak pernah dia lihat datang kerumah mereka bersama dengan noonanya.

"Tu,noona kamu dengan kekasih dia lah,hensem kan? Pandai noona kamu pilih bakal menantu."ekleh mama ni semangat betul.

Junmyeon terpaku tatkala pertama kali melihat Yeonra yang sedang melihatnya tanpa ada senyuman di bibirnya.

Yeonra hanya kaku. Benda ni seolah-olah pernah berlaku. Yeonra terus naik ke atas. Semua tadi dejavu baginya. Dia pernah mimpikan hal ini.

"Aku perlu hentikan Junmyeon dari putuskan Yeonsoo unnie. "

******

"Ada apa awak ajak saya ke kafe ni? "Dengan senyuman tak lekang dari bibirnya Junmyeon melihat wajah cantik Yeonra yang sudah mencuri hatinya sejak 24 jam yang lepas.

"Jangan putuskan Yeonsoo unnie kalau masih nak makan nasi. "Yeonra hanya memandang Junmyeon yang masih tersengih macam kerang busuk.

"Aku serius. "Junmyeon berhenti senyum dan terus menghirup latte. "Kenapa awak taknak saya putuskan Yeonsoo? "Junmyeon berpeluk tubuh sambil menyilangkan kakinya.

"Sebab aku tahu kau suka aku. "Junmyeon terdiam mendengar jawapan Yeonra. Nampak macam yakin sangat, tapi itulah hakikatnya.

Macam mana Yeonra boleh tahu yang dia akan putuskan Yeonsoo demi Yeonra?

"Aku suka kau. Eh, tak, ani, nehi, no. Aku cintakan kau. "Yeonra menjongketkan keningnya.

Seketika itu Yeonra dapat rasakan yang lagu khabi kushi khabi gham bermain di minda.

Ehem!

Aku kena fokus supaya benda yang aku mimpikan selama ni takkan terjadi. Aku tak nak mati di tangan lelaki yang bernama Cha Eunwoo entah dari mana aku kutip dan aku takkan bercinta dengan lelaki yang bernama Cha Eunwoo.

"Kau dengar sini. Kita tak ditakdirkan bersama jadi, kau kawin je dengan Yeonsoo unnie atau kau putuskan dia dan jangan muncul depan mata aku. "Yeonra terus bangun meninggalkan Junmyeon yang terdiam mendengar amarannya.

******

Yeonra's POV

Semua mimpi ngeri ini takkan berlaku kalau aku cegah awal dan aku berjaya. Aku hanya melihat Junmyeon dan Yeonsoo unnie yang sedang memotong kek perkahwinan mereka.

Aku tersenyum lega. Sekurang-kurangnya aku bersyukur sebab mimpi tu. Kalau tidak, mimpi tu betul-betul akan terus berlaku sampai aku dewasa.

"Hai Yeonra. "Aku melihat Sehun yang sedang melambaikan tangannya ke arah aku. Agaknya apa yang jadi kalau aku kahwin dengan Sehun? Adakah dia akan menyorokkan statusnya seperti di dalam mimpi aku atau kami akan berakhir dengan kisah gembira?

Aku tersenyum dan mendekati Sehun sambil melambaikan tangan aku. "Weh, aku nak tanya. "Sehun yang baru sahaja ingin menyuap buah ceri berhenti dan memandang aku.

"Kau sayang aku tak? "Sehun tersenyum sambil menyelitkan rambut aku kebelakang telinga. "Mestilah saya sayang noona comel ni. "Sehun mencubit pipi aku dengan lembut sebelum mencium dahi aku.

"Weh, aku tunggu anak buah tau! "Reojun terus menepuk bahu Sehun membuatkan lelaki itu tersenyum bangga manakala aku menjeling Reojun. "Tak dapat makan nasi kau kalau aku dengar kau cakap macam tu lagi. "Reojun menjelirkan lidahnya sambil menyorok di belakang Yoongi yang sibuk mencuri makanan.

"Hyung, kau buat apa simpan makanan dalam bekas typeware? "

"Makanan ni aku nak bagi kat Shappy. "Tanpa mengendahkan pandangan orang lain, Yoongi meneruskan aktiviti mencurinya. My life, my rules katanya.

Aku hanya menggelengkan kepala. "Sayang, ikut saya kejap. "Sehun menarik tangan aku dan pergi ke lobby hotel.

"Kenapa kau bawa aku ke sini? "Sehun hanya diam dan mengusap rambut aku.

"Cha Eunwoo! "Aku terdiam dan menoleh ke arah kanan. Ini kali pertama aku berjumpa dengan Cha Eunwoo di dunia nyata dan beberapa kali di dalam mimpi.

"Kenalkan ini anak pemilik hotel ni dan juga kawan saya, Cha Eunwoo. Ini pula girlfriend aku Ahn Yeonra. "Eunwoo menghulurkan tangannya untuk berjabat tangan dengan aku. Tapi aku hanya memandang tangannya.

Aku semakin cuak tatkala Eunwoo tersenyum sinis memandang aku. Takkanlah watak dia di dalam mimpi aku dengan dunia sebenar ni sama?

"Nice to meet you Ahn Yeonra. "









↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

Jgn lupa support ff aku yg lain! Muahhhhhhhhhh 😘😘😘

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now