❁ 1 ❁

1.5K 84 19
                                    

"Tolong! "Yeonra menoleh kekiri dan kekanan mencari prince charmingnya. Namun tiada sesiapa pun yang muncul.

"Bukan scene-scene macam ni ada prince charming ke? "Yeonra merasa berputus asa dan terus merenung ke luar jendela. Namun bunyi tapak kaki kuda yang mendekati menara yang didudukinya menarik perhatian Yeonra.

Yeonra menyepetkan matanya untuk melihat siapakah prince charmingnya. "Oh Sehun? Apahal ex aku ada kat dalam mimpi aku weh? "Yeonra mengerutkan dahinya.

"Juliet! "Sehun yang sedang membuat flying kiss dipandang dengan menyampah. "Kau salah watak woi! "Sehun menggaru-garu kepalanya.

"Juliet my darling! I'm your good boy! "Walaupun wajahnya tidak jelas, tapi Yeonra tahu siapa gerangan yang menjerit dari dalam hutan. Semakin dekat, semakin jelas wajah Kim Taehyung.

"Mimpi pun pandai mengelirukan ke? "Pisang di atas meja diambilnya lalu dibuang kulit pisang itu di merata tempat.

"Weh, kau siapa? Aku Romeo dia yang sebenarnya. "Yeonra hanya melihat Sehun dan Taehyung bergaduh sesama sendiri di bawah. Tapi tak sampai bertumbuklah sebab diorang ni anak mak jadi tak pandai bertumbuk.

"Oh my Juliet! I Rokookiemeo datang untuk menyelamatkan mu! "Kini muncul pula Jeon Jungkook. Diorang ni memang tak reti nak bagi aku mimpi tenangkan? Dah hidup aku diorang tak tenangkan.

"Ni scene rapunzel, tapi berdialogkan Romeo dan Juliet. Apakah yini? "

"Weh budak! Kau baik pergi main tamanlah. "Taehyung dengan angkuhnya memandang Jungkook yang sudah menunjukkan wajah nak menangis.

"Menangis anak orang aku tak tanggung. "Sehun memalingkan wajahnya ke tepi. "Juliet!!!!! "Jeritan yang nyaring itu berjaya membuatkan ex-ex aku yang lain diam. "Aku Romeo Lee akan menyelamatkan mu sayang! "Setelah lama Yeonra memerhati, akhirnya Yeonra dapat mengenal pasti lelaki yang menjeri nyaring.

Dia, ex keempat Ahn Yeonra, Lee Taeyong.

Asal aku nak mimpi je tentu ada mereka ni. "Ahn Yeonra!! "Sekali lagi Yeonra memandang ke dalam hutan yang gelap dengan malas.

"Ex aku empat ekor ni je. Siapa pula yang jadi watak tambahan? "

"Bangun! Dah lewat ni! "Kim Junmyeon?! Bukan sepatutnya dia masuk mimpi Yeonsoo ke? Dah salah setting mimpi aku ni.

"Baik aku turun cepat dari tunggu mereka nak selamatkan aku. "Yeonra mundur dari jendela sehingga belakangnya terlanggar dinding. Setelah menghitung satu sampai tiga, Yeonra terus pecut dan melompat seolah-olah dia ada sayap keluar jendela.

Buk!

Wuish sakitnya bukan kaleng-kaleng. Yeonra membuka matanya. Amatlah tidak mengejutkan apabila dia sudah tidak lagi di atas katil.

"Sampai bila kau nak buat tahi mata Yeonra oi~kau tu dah besar panjang dah. Takkan masih nak mama yang bangunkan? Reojun pun boleh bangun sendiri. "Eloklah tu, telinga sarapan lebih awal dari mulut, esofagus dan perut.

Dengan perlahan Yeonra bangun sambil tangan kanannya tidak berhenti menyentuh punggungnya. Sakit gile do! Yeonra melihat semula ke arah katilnya, tak de tinggi mana tapi impaknya tinggi kalau jatuh wehh.

"Ni mimpi apa lagi sampai jatuh ni? "Mama yang bercekak pinggang dihadapan pintu dipandang sambil tersengih.

"Mimpi biasa je ma, biasalah, imaginasi tahap langit ketujuh. "Yeonra terus mengambil tuala dan masuk ke dalam tandas.

"Cepat sikit tau, unnie dengan oppa kau semuanya dah nak berangkat. Kau sorang je yang masih ada kat sini. "

*****
"Kau kenapa tak sekolah itik? Dah rasa pandai ke? "Reojun hanya menjeling Yeonra tak lupa juga dengan muncungnya yang panjang setiap kali dia melihat Yeonra.

"Sebab aku rasa aku pandailah aku tak sekolah. "Yeonra hanya menjelirkan lidahnya. Laju saja tangannya mengambil air susu Reojun.

"Weh tu susu aku! Ma tengok noona ambil susu baby. "Reojun yang sedang menangis itu dijeling. Nampak sangat menangisnya tu dibuat-buat.

"Kesah pulak aku. Dah cau lu pape roger, aku dah lewat nak mampos ni. "Yeonra melambaikan tangannya. Rak kasut dibuka dan tangannya terus mengambil sebarang kasut yang pertama dilihatnya. Tanpa berfikir panjang, Yeonra terus pergi.

"Lewat bangun lagi ke jiran? "Yeonra menoleh ke hadapan rumahnya. Dijelingnya Byun Baekhyun yang sibuk menyiram pokok bunga.

"Sibuk je! Belajar tinggi-tinggi tapi menganggur apa guna? "Yeonra terus pergi meninggalkan Baekhyun yang masih lagi speechless dengan jawapan Yeonra tadi.

"Dah takda bas waktu macam ni. "Yeonra menoleh ke kiri dan kanan. Tak da pilihan lain. Yeonra terus bersedia untuk lari seperti atlet.

"Moh kita throwback waktu muda-muda dulu! "Yeonra terus lari tanpa mengendahkan orang lain.

******
"Lapar gila perut aku. "Segala kertas-kertas yang ada di atas meja disusun terlebih dahulu. Biar tak siap kerja jangan tak makan.

Sampai sahaja di kafetaria, yeonra terus membulatkan matanya. "Weh, asal tibe je banyak orang? Aduh, macam mana aku nak makan? Kalau aku tak makan, boleh kebuluran aku. "

Setelah puas Yeonra mengeluh, tiba-tiba seseorang manarik tangannya. "Woi, kau siapa? Asal tarik tangan aku? Tahu tak dosa kalau pegang-pegang? "

Yeonra terkejut tatkala lelaki yang menariknya menoleh kebelakang sambil senyum. "Taknak aku ikut kau! Entah kemana kau bawa aku. "Yeonra menarik tangannya dari terus dipegang.

"Aku nak belanja kau makan kat luar, kau taknak. Tadi bukan main mengutuk kafeteria aku. "Lelaki tadi berpeluk tubuh memandang Yeonra.

Setelah lama berfikir, akhirnya Yeonra membuat keputusan.

******
"Kau kenapa pandang kiri kanan? Macam banduan baru lari dari penjara dah aku tengok. "Junmyeon hanya melihat ke buku menu yang disediakan.

"Kau tak faham situasi aku. Aku takut Yeonsoo ada kat sini. "Matanya meliar melihat ke kiri dan kanan. Sungguh ku berasa resah betul.

"Kenapa aku rasa dia dekat je dengan kau? "Junmyeon melihat kebelakang Yeonra sambil berpeluk tubuh. Yeonra menjadi cuak dan tidak dapat mengalihkan pandangannya dari Junmyeon.

"Adik ku sayang. "Yeonra menelan liurnya sambil memusingkan badannya. Berkelip-kelip matanya melihat Yeonsoo yang bercekak pinggang melihatnya.

"Aku tak pasti kalau Junmyeon ada kembar ke tidak. Tapi kenapa kau keluar dengan dia? "Tanpa memperdulikan pandangan pelanggan restaurant, Yeonsoo sedikit pun tidak berganjak dari tempatnya.

Memang betul pepatah melayu. Malang tak berbau. Kalau malang berbau, apa bau dia eh?

"Unnie, tenang, bawa mengucap, sabar ini cobaa-"

"Cobaan kepala otak kau. Kita bincang kat rumah. "Sebelum pergi, sempat Yeonsoo menheling Junmyeon.

"Disoal secara berjemaah aku lepas ni. "Aku menheling Junmyeon yang hanya tersengih macan kerang busuk.








↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯↯

(✔) S1 & S2 My Sister's Ex Boyfriend | •KJM•Where stories live. Discover now